Mee Yang Popular di Jepun. Ayam Mee Termasuk Tak?

0
106

4

Perkataan “mi” atau “mee” berasal daripada bahasa Hokkien kerana makanan ini berasal dari China. Dalam sejarah China, mee dihasilkan ketika Dinasti Han Timur dan pada Oktober 2005, mee tertua telah ditemui di Sungai Kuning, Qinghai, China. Mee yang dijumpai di Sungai Kuning itu berusia 4000 tahun.

Seperti yang kita tahu, masakan berasaskan mee sangat popular di Asia kerana majoriti setiap negara Asia menggunakan mee sebagai hidangan sampingan terutamanya di China. Pelbagai resipi dicipta untuk memvariasikan mee tersebut, antaranya ialah asam laksa, ramen, mee bandung, mee segera dan banyak lagi.

Di Jepun, mereka turut mengambil peluang dalam menginovasikan makanan yang berasaskan mee tersebut. Masyarakat di Jepun menjadikan mee sebagai makanan asas selain nasi kerana mereka tahu terdapat khasiat yang baik pada mee tersebut. Mee juga sangat popular di Jepun, malahan mee yang mereka hasilkan juga halal dan boleh dimakan oleh semua penganut agama.

Terdapat 6 jenis mee yang popular di Jepun, antaranya;

  1. Udon

Udon merupakan mee yang diperbuat daripada gandum dan mudah dikenalpasti kerana udon mempunyai ketebalan mee yang tebal dan bersaiz besar. Udon sangat terkenal di Jepun kerana ia sering menjadi hidangan ketika tetamu datang.

Anda boleh mendapatkannya di restoran jika melancong ke Jepun kerana, majoriti pemilik restoran menghidangkan udon. Udon dihidangkan bersama sup panas.

  • Sukiyaki

Sukiyaki lebih sedap dimakan apabila musim sejuk tiba. Sukiyaki turut dikenali sebagai mee shirataki yang dihasilkan daripada akar pokok berkanji yang terdapat di Jepun. Sukiyaki  mempunyai tekstur mee yang nipis, kenyal dan bersifat lutsinar.

  • Soba

Soba berbeza sedikit dengan udon di mana soba mempunyai mee yang nipis. Bahan yang digunakan untuk membuat soba ialah tepung gandum dan tepung buckwheat.

Ia lebih sedap dimakan jika dihidangkan bersama sup. Soba juga sesuai dimakan untuk orang yang berada dalam diet kerana soba mengandungi karbohidrat dan protein yang mencukupi.

  • Ramen

Jika anda menonton animasi Naruto, pasti anda tahu mengenai makanan ramen ini. Ramen merupakan mee sup yang sering dihidangkan dengan air rebusan serta hiasan-hiasan atas sup seperti daging, bawang hijau dan jagung.

Tetapi, perlu diperhati hiasan apa yang diletakkan pada ramen kerana sesetengah restoran akan menyajikan daging khinzir untuk hiasan ramen. Ramen mempunyai pelbagai jenis seperti miso ramen dan tonkutsu ramen.

Anda juga boleh membuatnya secara homemade jika anda teringin memakannya. Ia lebih berkhasiat jika anda memakannya bersama nasi kerana nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Makan mee bersama nasi boleh memberi keseimbangan dari segi kesihatan kepada tubuh badan kita.

Haa. Ayam Mee tidak termasuk mee yang popular di Jepun. Ayam Mee hanyalah parodi kepada lagu yang dipopularkan oleh Dato Seri Vida yang terkenal dengan produk Qu Puteh.