Nak Jadi Usahawan Tapi Tiada Ilmu Keusahawanan?? 5 Agensi Ini Boleh Memberi Latihan Keusahawanan Buat Anda.

Bila sebut sahaja mengenai perniagaan, setiap dari kita sudah pasti mempunyai angan-angan untuk mempunyai perniagaan dan menjadi seorang usahawan. Sama ada produk sendiri, stokis, dropship atau sebagainya, semua ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di negara kita.

Walaupun pada masa kini negara kita sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19, banyak usahawan dan perniagaan baru yang tumbuh dengan sangat pesat ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”. Dari produk kecantikan sehinggalah ke produk berasaskan makanan, semuanya mendapat permintaan yang sangat tinggi terutama bagi perniagaan atas talian.

Nak Jadi Usahawan Perlu Mempunyai Ilmu Yang Mencukupi

Tambahan pula pada waktu sekarang ini, ramai yang dibuang kerja dan ada yang dipotong gaji. Maka sudah pastilah masing-masing mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan demi untuk meneruskan kehidupan terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Tetapi untuk menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan sudah semestinya kita perlu mempunyai ilmu keusahawanan yang mencukupi. Jika tidak, sudah pasti perniagaan yang dibina tidak akan bertahan lama.

Ada Beberapa Agensi Kerajaan Yang Menawarkan Latihan Kepada Usahawan Baru

Dekat mana nak belajar ilmu keusahawanan??

Apabila hendak belajar mengenai ilmu keusahawanan, sudah pasti kita perlu sertai kelas keusahawanan. Di negara kita ada banyak kelas-kelas keusahawanan yang diadakan sama ada dari syarikat swasta mahupun kerajaan.

Bagi yang ada wang lebih, mungkin boleh sertai kelas keusahawanan yang diadakan oleh NGO atau syarikat swasta dan harganya sudah tentulah sangat mahal sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.

Bagi yang kurang berkemampuan, mungkin ia perkara yang memeningkan kepala untuk membayar harga kelas keusahawanan seperti itu, namun kebanyakan agensi kerajaan menyediakan latihan keusahawanan khusus untuk usahawan yang baru hendak mula berniaga. Antara agensi tersebut ialah:

1-     Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

KPDNHEP bukan sahaja berperanan untuk menjaga hak pengguna tetapi mereka juga menyediakan latihan untuk para usahawan negara kita. Terutama sekali anak muda yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia usahawan. Bukan itu sahaja, dengan adanya program sebegini, ia memberi peluang kepada para usahawan yang sudah lama menceburi bidang ini untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan supaya mereka juga dapat mengembangkan lagi produk mereka ke pasaran yang lebih tinggi.

2-     Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

PUNB bukanlah satu agensi yang sangat asing bagi rakyat negara kita. PUNB sangat terkenal sebagai salah satu agensi yang menyediakan training buat para usahawan terutama sekali usahawan muda. Terdapat bermacam-macam program serta latihan keusahawanan yang telah diadakan oleh PUNB.

Latihan keusahawanan yang diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka supaya mereka dapat membina perniagaan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Apa yang penting, latihan yang diberikan adalah percuma dan anda hanya perlu pergi ke kelas yang telah di tetapkan sahaja.

3-     Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

INSKEN bukanlah satu agensi yang asing dalam negara kita. Sama seperti agensi-agensi lain, INSKEN juga turut menyediakan program latihan keusahawanan kepada mereka yang mahu menubuhkan perniagaan secara online. Antara latihan yang disediakan ialah Fb ads, copywriting dan pelbagai lagi. Dengan adanya latihan sebegini, ia sudah tentulah membantu mereka yang mahu membina perniagaan secara online.

Walaupun berniaga secara online, kita tetap memerlukan ilmu keusahawanan supaya perniagaan yang ditubuhkan dapat bertahan dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, yuran penyertaan yang ditawarkan oleh INSKEN juga berpatutan dan tidak membebankan mereka yang baru hendak belajar mengenai perniagaan online.

4-     Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Agensi yang seterusnya ini memang tidak perlu dinafikan lagi. Malah, setiap bakal usahawan akan mencari MARA untuk mendapatkan pinjaman dan untuk memohon premis perniagaan. Bukan itu sahaja, MARA juga menyediakan pelbagai latihan serta program keusahawanan untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia usahawan.

MARA juga berjaya melahirkan ribuan usahawan IKS yang berjaya terutama sekali IKS luar bandar. Selain itu, ada juga belia yang menyertai latihan dari MARA telah berjaya menjadi usahawan yang cemerlang dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

5-     SME Corp Malaysia

SME Corp Malaysia antara salah satu agensi yang menyediakan program latihan keusahawanan kepada belia di negara kita. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) adalah salah satu program yang diadakan oleh SME Corp Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berjaya dalam kalangan belia dan dalam pada masa yang sama, usahawan belia dapat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan adanya program sebegini ia memberi peluang kepada para belia sama ada di dalam atau di luar bandar untuk mengembangkan lagi dan memasarkan produk dan jenama mereka ke pasaran dalam negara atau luar negara.

Kesimpulannya, pada masa kini untuk belajar ilmu keusahawanan bukanlah satu perkara yang sukar. Banyak agensi kerajaan dan NGO yang mengadakan kelas serta program keusahawanan khusus untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak menjadi seorang usahawan. Apa yang penting kita perlu mempunyai sikap ingin berjaya dan sikap ingin belajar.

Ataupun kalau anda mahukan lebih banyak info berkaitan keusahawanan, anda boleh layari website www.usahawan.com



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain