Nak Tawan Hati Pelanggan? Mudah Sahaja. Jom Ikut Tips Ini.

Penat melayan pelanggan yang cerewet? Ini 3 tips mengambil hati mereka.

Sememangnya tidak dapat dinafikan apabila anda sudah memulakan bisnes, pelbagai ragam pelanggan yang akan anda temui dan percaya atau tidak, pelanggan seperti inilah yang membuatkan anda lebih naik semangat dan berjaya dalam perniagaan anda. Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada diri anda dalam menyelesaikan masalah ini sama ada anda dengan berurusan dengan cara yang baik atau sebaliknya.
Sentiasa ingat apa yang dilakukan adalah pilihan anda sendiri. Jika anda mahukan kejayaan dalam perniagaan anda, hati dan kepuasan pelangganlah yang anda perlu jaga dan ambil berat. Dalam apa jua jenis perniagaan, pelanggan merupakan mereka yang perlu anda fahami kehendak mereka dan menjaga hati mereka. Anda sendiri perlu mengatur strategi mengambil hati mereka. Pernah dengar ungkapan ‘customer is always right’,?


Bagaimana nak tawan hati mereka ni?

1- Membina rangkaian (networking) dengan mereka

Pelanggan anda boleh jadi sesiapa sahaja dari pelbagai peringkat umur. Mereka boleh jadi kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan juga warga emas. Ada juga di antara pelanggan anda itu dari kalangan kaum kerabat anda juga seperti keluarga anda, saudara-mara dan sebagainya. Jika pelanggan anda itu kebanyakkannya dari keluarga anda, itu merupakan satu bonus bagi anda. Namun, jika ada pelanggan anda yang berada di kalangan orang yang tidak dikenali, anda perlu belajar membina networking dengan mereka. Bagaimana caranya? Mungkin agak sukar kerana anda tidak mengenali mereka namun tidak mustahil untuk anda melakukan sedemikian. Anda boleh membuat rangkaian dengan mereka di media sosial seperti di Facebook, Instagram dan banyak lagi akaun menarik.

2- Memberikan potongan harga

Jika ditanya, siapa sahaja yang tidak sukakan sesuatu yang murah, kan? Kerana mudah didapati dan berbaloi apabila menggunakannya. Biasalah ada sahaja pelanggan yang asyik meminta diskaun sahaja, itu bergantung kepada bagaimana anda menguruskan mereka dan anda juga perlu menjadi peniaga yang bijak dengan mengira segala aspek dari pelanggan tersebut termasuklah untung rugi apabila anda menbuat sedemikian. Tidak salah untuk anda memberi diskaun tetapi jika anda sudah mempunyai pelanggan tetap, bolehlah anda membuat sedemikian, jika tidak anda akan hanya mengalami kerugian dalam perniagaan anda. Jaminan apabila pemotongan harga diberikan, pelanggan anda tampil lebih ceria dan mula menyukai anda. Tidak percaya? Cubalah!

3- Memberikan hadiah kepada mereka

Dalam istilah Bahasa Inggerisnya disebut sebagai free gift. Kebiasannya, jika anda ingin membelikan free gift kepada pelanggan anda, pastikan hadiah tersebut tidak lari dari bajet yang anda ada. Janganlah disebabkan andaingin memuaskan hati pelanggan, anda sedikit pon tidak mengambil kira aspek kewangan anda. Jika hendak beri hadiah, biarlah berpatutan dan berbaloi untuk digunakan. Ingatlah, dalam perniagaan ini pelanggan diumpamakan sebagai nadi perniagaan anda. Maksudnya, jika anda bijak mengambil hati mereka dengan strategi yang anda aturkan, mereka akan rasa seronok dan ada potensi untuk mereka menjadi pelanggan tetap anda. Sentiasa ingat, jika pelanggan seronok, anda juga seronok dalam perniagaan anda. Mulakan langkah untuk membuat pelanggan anda seronok dengan cara anda.

Akhir kata, jika anda sedang berurusan dengan pelanggan yang cerewet janganlah anda patah semangat kerana apa yang anda harus lakukan adalah fahami apa kehendak mereka dan juga memberikan servis perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Teruskan usaha anda dan teruskan segala perancangan anda. Jadikan karenah pelanggan yang cerewet ini sebagai suatu cabaran yang anda mampu hadapi dan sebagai tonggak kepada kejayaan anda. Jika anda sudah melakukan yang sehabis baik tetapi pelanggan tidak menghargainya, itu bukan lagi tugas anda dan teruskan maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain