Noraini Cookies Jenama Malaysia ke Persada Dunia

0
782

Noraini’s Cookies

 “Setinggi mana pun anak perempuan belajar, akhirnya akan ke dapur juga.” Itulah kata-kata yang diucapkan oleh bapanya apabila pengasas Noraini Cookies mendapat tawaran belajar di institusi pengajian tinggi, sedangkan kedua-dua abangnya tidak dihalang oleh beliau mereka.

Wanita yang berasal dari Selangor dan diberi nama Noraini Ahmad menghabiskan masanya dengan berniaga memandangkan beliau minat dalam perniagaan. Sebelum menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan cookies tersebut, beliau pernah bekerja di firma insurans. Dengan kemampuan menyusun masa dengan baik, Noraini telah melakukan dua kerja iaitu kerja di syarikat insurans pada siang hari, manakala sebelah malamnya diisi dengan aktiviti membuat cookies untuk dijual.

Memang sukar untuk menguruskan sendirian, lalu beliau mengambil pekerja wanita terutamanya kepada suri rumah yang berada di kawasannya. Pada asalnya, Noraini hanya menjadikan perniagaan cookies ini sebagai pendapatan sampingan di mana beliau berhasil memperoleh pendapatan secara purata sebanyak RM 4,000 sebulan.

Selepas kelahiran anak ketiganya, Noraini Ahamd mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan cookiesnya yang pada awalnya beliau tidak merasa yakin terhadap perniagaannya yang dijalankan. Namun, dengan adanya sokongan dari keluarga dan sikap yang tidak mengenal erti putus asa, kini beliau telah menjadi Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies pada usianya 52 tahun. Perjalanan yang panjang ini banyak memberi beliau pengalaman sehingga berjaya membina jenama sendiri iaitu Noraini’s.

Noraini’s Cookies bukan sahaja menyediakan cookies, bahkan syarikat ini juga mngeluarkan kuih-muih tradisional dan makanan tempatan yang terkenal. Beliau banyak mendapat tempahan daripada pelanggan terutamanya pada musim perayaan. Dengan bakat yang beliau ada, seorang chef hotel telah tertarik dengan kuihn-muih buatan Noraini. Lalu hotel tersebut membuat tempahan terhadap Noraini Cookies setelah yakin dengan produk makanan Noraini. Sejak itu, bukan hotel sahaja yang membuat tempahan, malah hotel lain dan restoran turut membuat tempahan daripada Norainis Cookies.  

Noraini telah memperbadankan Noraini Enterprise Sdn Bhd dengan melabur berjumlah RM 25,000 pada tahun 1994 yang pada ketika itu syarikat ini mengeluarkan kuih-muih untuk musim perayaan.  Mereka juga membekalkan produk makanan di Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman memandangkan di tempat tersebut sentiasa sesak dengan ramai orang. Bayangkan sahaja, dalam bualn pertama syarikatnya melabur, Noraini telah mendapat pulangan sebanyak RM 70,000.

Setiap perniagaan ada pasang surutnya, syarikat Noraini mengalami kemerosotan di mana mereka terpaksa menghentikan operasi untuk sementara waktu. Sikap tidak putus asa beliau membuatkan syarikatnya kembali seperti biasa selepas 4 tahun bertungkus lumus untuk membangunkan semula perniagaan beliau di mana kilang cookies yang terhenti, dibuka semula operasinya dengan mendapat pulangan sebanyak RM150,000 setiap kali musim perayaan.

Menerusi perkembangan yang berlaku pada perniagaannya, Noraini mengambil kesempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa di mana beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd pada tahun 2004. Produk Noraini’s Cookies telah memasuki beberapa negara antaranya ialah Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, United Kingdam, Mauritius, Afrika, Nigeria, Maghribi, Kemboja dan Dubai.

Pengasas Noraini’s Cookies juga berkongsi cabaran yang dihadapinya, yang pada ketika itu kegawatan ekonomi berlaku, suaminya pula berhenti kerja dan tidak ada pengaliran wang berlaku pada waktu itu. Bayangkan saja, apabila sudah biasa dengan pendapatan beribu ringgit, tiba-tiba semua hilang begitu sahaja. Namun, Noraini mengambil tindakan positif dan terus maju untuk meneruskan perniagaannya.

Kini, dengan memiliki sikap tidak putus asa, beliau telah menempah nama di Malaysia, malah di global juga.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain