Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Carlos Slim Helu, Orang Paling Kaya Di Dunia

0
1213

Awal Februari 2012 yang lalu, Carlos Slim Helu telah mengekalkan kedudukan sebagai orang No. 1 paling kaya di dunia selama 3 tahun berturut-turut dalam versi Forbes.com. Carlos Slim Helu merupakan orang pertama bukan warganegara Amerika Syarikat yang menduduki tangga teratas senarai orang terkaya di dunia, dan juga yang pertama mengulanginya sebanyak tiga kali berturut-turut. Ramai yang kagum, malah turut mengkritik dan membencinya kerana pencapaian beliau.

Anda mungkin mengetahui latar belakang Carlos Slim Helu tetapi tahukah anda rahsia kejayaan perniagaan yang telah menjadikannya billionaireNo. 1 dalam senarai orang terkaya di dunia?

1. “Ia sudah selesai”

Ramai yang mengetahui tentang pernyataan Carlos Slim Helu ini ketika beliau mengambil langkah untuk membeli Telmex dan muncul dalam senarai billionairedunia Forbes. Tetapi sebelum itu, Carlos Slim Helu telah membuat perancangan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Satu ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah kebolehan untuk mengenali peluang perniagaan yang muncul. Aliko Dangote (orang kulit hitam kedua kaya di dunia : $11.2B) pernah berkata bahawa untuk berjaya dalam perniagaan, anda harus berdoa untuk istirehat yang lama dan bersedia untuk bertindak apabila peluang tiba.

Semua usahawan yang berjaya telah mempersiapkan diri dan menunggu waktu yang tepat untuk bertindak dan mengenalpasti ciri-ciri perniagaan yang berpotensi. Carlos Slim Helu telah mengenalpasti suatu peluang keemasan dan telah bersiap sedia untuk bertindak. Inilah yang menjadikannya orang terkaya di dunia.

2. Dia memahami selok-belok perniagaan

Satu lagi faktor mengapa Carlos Slim Helu adalah orang terkaya di dunia adalah pemahamannya dalam selok belok perniagaan. Carlos Slim Helu sangat terkenal dengan penguasaannya terhadap lebih 200 perusahaan di seluruh dunia. Bagaimanakah dia memulainya? Bagaimana dia sampai ke peringkat tersebut? Dia mampu untuk memulakan perusahaan dan berkembang kepada lebih dari 200 perusahaan kerana dia memahami selok belok perniagaan.

“Bagaimana untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan? Saya rasa sewaktu anda pertama kali melibatkan diri dalam perniagaan, anda harus tahu tentang perniagaan. Setelah anda faham tentang perniagaan, anda dapat mengetahui apa yang berlaku dalam perniagaan melalui angka. Setelah anda dapat membaca angka, anda akan tahu samada semuanya berjalan lancar atau tidak. Anda harus bekerjasama dengan pesaing. Anda perlu merujuk kepada taraf antarabangsa untuk cuba mencapai tahap terbaik di taraf kebangsaan. Angka-angka berbicara dengan anda.” – Carlos Slim Helu.

Perniagaan adalah berkenaan pengiraan angka-angka yang diolah mengikut keperluan anda. Anda mampu menentukan untung dan rugi, adanya prospek atau tidak, layak atau tidak, beli atau jual, berdasarkan angka. Kebolehan mengolah dan mengintepretasikan angka dengan betul dan tepat merupakan rahsia kejayaan perniagaan Carlos Slim Helu.

3. Dia terjebak dalam permainan

Keusahawanan merupakan suatu permainan, sebagaimana juga pelaburan. Untuk mendapat hasil dalam permainan ini, anda harus komited dalam keusahawanan dan bermain untuk menang. Sebelum menjadi orang paling kaya di dunia, Carlos Slim Helu telah mengecapi kejayaan sebagai usahawan dan boleh memberi segala alasan untuk besara.

Walau bagaimana pun, dia terikat dalam suatu proses.

“Ya. Saya merasakan bahawa apabila kita memiliki suatu keistimewaan, kita juga memiliki suatu tanggungjawab. Semua ini adalah tanggungjawab dan tolak ansur. Tolak ansur dan tanggungjawab itu bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga. Pasukan pengurusan mempunyai tanggung jawab untuk mengetahui kepentingan tindakan dan terus mengelola perniagaan dengan sempurna sewaktu ketiadaan kita. Dan kita perlu menjalankan perniagaan dengan rasa tanggung jawab.” – Carlos Slim Helu.

Semua orang mengagumi kecekapan keusahawanan Calos Slim Helu, tetapi tidak ramai yang mengetahui apa yang diperlukan untuk membangunkan perniagaan yang berjaya. Carlos Slim Helu pertama kali muncul sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 2009 dan mempertahankan kedudukannya pada tahun 2011. Namun dalam mencapainya bukan dalam tempoh yang singkat. Ia memerlukan komitment selama 45 tahun, tumpuan dan mempunyai kebolehan untuk mencapai prestasi sebegini.

“Saya fikirkan pekerjaan, pelaburan dan pelaburan semula. Ayah saya selalu mengatakan bahawa wang yang dikeluarkan dari sebuah perusahaan akan menguap. Ini bermaksud, dia sedang memikirkan tentang pelaburan dan pelaburan semula dan pelaburan semula. Ia merupakan salah satu yang perlu kita lakukan. Perkara-perkara lain yang kita lakukan adalah pada waktu yang sesuai. Kami mempertahan kan kemenangan kami.” – Carlos Slim Helu

Berikut adalah kata-kata Carlos Slim Helu yang boleh dijadikan mutiara kata untuk perniagaan, inspirasi dan guru dalam mengelola bisnes:

1. Saya berpendapat bahawa ketika anda menceburi perniagaan pertama kali, anda perlu memahami selok-belok perniagaan. Setelah anda memahami perniagaan ini, anda dapat membiarkan angka-angka memberitahu anda apa yang terjadi.

2. Membangunkan perniagaan dan menjadi billioanairebukanlah suatu kemenangan. Ia adalah kompetensi; kompetensi dalam sektor anda dengan syarikat lain yang tidak memiliki rekod dalam perkara ini.

3. Sesetengah orang sangat berbakat dengan huruf (perkara bertulis) dan yang lain memiliki pemahaman yang baik dari segi angka. Anda dapat mengatur angka dengan pelbagai cara. Anda dapat membaca angka dan memahami apa yang terjadi dalam syarikat.

4. Saya berpendapat bahawa sesiapa yang memiliki hak istimewa memiliki tanggung jawab. Semua ini adalah berkenaan tanggung jawab dan kompromi.

5. Wang bukan sasarannya. Tujuannya adalah untuk membuat perusahaan semakin berkembang, menjadi kompetitif, berada di wilayah yang berbeza, menjadi efisien untuk memiliki pasukan kerja besar dalam syarikat.

6. Saya rasa kekayaan harus dilaburkan semula untuk menjana lebih kekayaan. Hasil kekayaan adalah pendapatan dan adalah penting untuk mengembangkan pengagihan pendapatan.

7. Memiliki kompromi dan tanggung jawab bukan hanya untuk diri saya dan keluarga, tetapi juga untuk pasukan pengurusan yang memiliki tanggung jawab untuk mengetahui kepentingan apa yang kita lakukan dan mengelola perniagaan dengan sempurna tanpa kehadiran saya.

8. Pada 1982, berlaku krisis besar di Mexico, bukan bermaksud tidak ada orang yang melabur. Dan kita melakukan pelaburan dalam bidang kertas, tayar untuk kereta, bahagian automotif, dan pembakaran aluminium dan tembaga. Itulah fokus kami sebenarnya.

Beberapa pengajaran yang dapat kita petik dari kisah kejayaan Carlos Slim Helu :

1. Mengembangkan perniagaan adalah berkenaan kompetensi (kebolehan)
2. Memahami bidang perusahaan anda dan mampu membaca angka
3. Menjadi usahawan yang berjaya adalah berkisar tentang tanggungjawab
4. Perniagaan didorong oleh cinta atau keghairahan, bukan wang
5. Memiliki tumpuan; fokus terhadap bidang usaha tertentu
6. Dapatkan peluang perniagaan di saat orang lain menyerah.
7. Selalu bersedia untuk mengambil langkah besar
8. Peruntukkan pendapatan untuk kegiatan kebajikan
9. Kendalikan perbelanjaan
10. Laburkan semula, laburkan semula, laburkan semula
11. Lihat pada peluang, bukan pada masalah