Selebriti Cup Cake Kini Ada 3 Cawangan!

0
2345

Pasangan Selebriti Terkenal Mengusahakan Cupcake

Twelve Cupcakes yang ditubuhkan oleh bekas ratu cantik iaitu Jaime Teo dan penyampai radio, Daniel Ong merupakan selebriti dari Singapura yang telah mengusahakan perniagaan di Malaysia. Mereka mempunyai 3 cawangan di Malaysia yang berada di Lembah Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Untuk makluman, cawangan Twelve Cupcakes di Malaysia merupakan rangkaian Asia yang keempat.

Mereka juga telah menembusi pasaran antarabangsa antaranya ialah Emeriah Arab Bersatu (UAE), China, India, Korea dan Jepun.

“Saya percaya rasa kek cawan kami adalah berbeza berbanding yang lain. Selain mengurangkan kemanisannya bagi menyesuaikan dengan selera orang Asia, kami membakarnya setiap hari. Kami tidak menjual kek cawan yang dibuat malam sebelumnya,” kata Ong.

Nama Twelve Cupcakes memberi maksud nombor 12 di mana ia menjelaskan seperti 12 jatuhan pin untuk permainan boling, 12 bulan dalam setahun, 12 nombor dalam putaran waktu dan 12 lubang dalam dulang.

“Kami kebiasaannya tidak membuat pembukaan secara besar-besaran. Kami mahu menyesuaikannya dengan operasi kami terlebih dahulu. Kami mahu orang ramai mengenali kami berbanding mengiklankan perniagaan kami. Tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali kek cawan kami menerusi perbualan dari rakan-rakan mereka.” kata Teo yang ingin memasarkan perniagaan mereka dari mulut ke mulut kerana ia lebih menyakinkan.

Teo yang menggemari membuat kek telah membuka peluang kepada dirinya sendiri untuk membuka perniagaan sendiri. Teo membawa pasangannya untuk memulakan perniagaan cupcake yang dirasakannya sangat laris jika dijual dengan resipi buatan sendiri. Pasangan itu juga saling melengkapi di mana Ong mempunyai kepakaran dalam strategi perniagaan, manakala Teo kreatif dalam menghasilkan perisa dan idea untuk pemasaran serta promosi.

Perniagaan pada masa kini sangat kompetitif. Hal ini membuatkan Teo perlu mencari perisa baru dengan membuat lawatan di luar negara dan mengimport bahan-bahan cupcakes. Namun, untuk mencari bahan yang sesuai dan tepat sangat susah kerana ia melibatkan cita rasa pengguna. Kadang, mereka terpaksa mengambil risiko dalam memastikan mereka mendapat formula yang tepat untuk cupcakes.

Twelve Cupcake dihiaskan dan dipamerkan bagi membolehkan para pelanggan menikmati baunya. Cara ini merupakan strategi untuk mendapat perhatian daripada pelanggan.  Untuk memastikan cupcakes yang dibuat berkualiti, pembakaran dan pengendalian perlu dilakukan dengan teliti.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


[anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


Lihat artikel menarik yang lain