Skim Pembiayaan Pemerkasa-NITA

Skim ini merupakan pinjaman perniagaan dari pihak Bank Nasional Berhad khusus bagi usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Tujuan utama pinjaman adalah untuk memberi modal kerja dan memudahkan pembelian aset kepada para usahawan. BSN Mikro PEMERKASA-NITA ini merupakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan memperoleh bantuan dan sokongan perniagaan mikro.

Syarat-syarat yang mesti ditepati termasuklah:

  • Perusahaan mikro (milikan tunggal/perkongsian/Syarikat Sdn Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh para usahawan wanita.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan merupakan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Operasi perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Amaun pinjaman :

Sehingga RM50,000 sahaja.

Tempoh pinjaman :

Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulan-bulanan.

Kadar pinjaman :

Sebanyak 3% setahun.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Sila layari laman web rasmi BSN di https://www.bsn.com.my/BusinessBanking/Products/pemerkasa-nita?lang=ms-MY untuk info lanjut atau emel sebarang aduan/pertanyaan ke alamat Credit Supervisory Team BSN seperti berikut:

Johor : pemerkasa_bsnjohor@bsn.com.my
Kedah : pemerkasa_bsnkedahperlis@bsn.com.my
Kelantan : pemerkasa_bsnkelantan@bsn.com.my
Melaka : pemerkasa_bsnmelaka@bsn.com.my
Negeri Sembilan : pemerkasa_bsnnegerisembilan@bsn.com.my
Pahang : pemerkasa_bsnpahang@bsn.com.my
Perak : pemerkasa_bsnperak@bsn.com.my
Pulau Pinang : pemerkasa_bsnppinang@bsn.com.my
Sabah : pemerkasa_bsnsabah@bsn.com.my
Sarawak : pemerkasa_bsnsarawak@bsn.com.my
Selangor : pemerkasa_bsnselangor@bsn.com.my
Terengganu :pemerkasa_bsnterengganu@bsn.com.my
W.P. Kuala Lumpur : pemerkasa_bsnkl@bsn.com.my



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain