Skim Pembiayaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Ditubuhkan sejak 1991, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ini adalah untuk membantu para usahawan dari segi pembiayaan mereka dan juga khidmat masyarakat.

Skim yang ditawarkan oleh PUNB ini disenaraikan seperti di bawah iaitu:

1) Prosper Runcit (pembiayaan tidak bergerak)

Sesuai untuk: peniaga yang menggunakan food truck

Pembiayaan yang ditawarkan: sehingga RM150,000 di mana ia termasuk dengan pembelian trak tersebut.

Syarat utama:-

-Perniagaan mestilah didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian

-Pemohon mestilah mempunyai lesen GSL dari JPJ.

Tempoh kelulusan pembiayaan adalah selama 7 hari sahaja.

2) Prosper teras

Jenis perniagaan: Peruncitan (bagi usahawan yang ingin menaiktaraf perniagaan mereka.

Jumlah pembiayaan: bermula dari RM100,000 sehingga RM500,000.

Prosper teras ini tujuannya adalah untuk mengubahsuai premis perniagaan atau bagi membuat sebarang pembelian stok.

Syarat utama skim: Usahawan Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah menjalankan perniagaan selama lebih dari satu tahun.

3) Perusahaan Kecil Sederhana PKS

Dalam skim PKS, pembiayaan diberikan kepada usahawan atau syarikat dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan di mana ia juga berpotensi untuk membuat pengeksport ke luar negara. Sebanyak RM5 juta atau sehingga RM10 juta jumlah pembiayaan yang diberikan namun ia bergantung kepada case-to-case.

Usahawan Bumiputera yang sudah pun menjalankan perniagaan selama 3 tahun dan akaunnya telah beraudit selama 3 tahun.

Bagaimanakah caranya untuk memohon?

Untuk membuat permohonan, pemohon terlebih dahulu perlulah mendaftarkan diri mereka dan mendengar Taklimat Pembiayaan Perniagaan sebelum meneruskan langkah seterusnya. Setelah itu, pemohon yang berkelayakan dikehendaki untuk menghantarkan rancangan perniagaan mereka sebagai penilaian oleh pihak PUNB.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain