Usahawan Lelaki Melakar Inspirasi Dalam Dunia Kecantikan

Apabila disebut soal jantina, pasti ramai yang bersikap stereotaip dan beranggapan bahawa lelaki hanya boleh berjaya dalam bidang mekanikal, pertukangan, jurutera dan sebagainya. Memang kita tidak menafikan bahawa kerja-kerja seperti pertukangan, elektrikal memerlukan kemahiran yang sangat tinggi dan tidak semestinya lelaki sahaja yang mampu melakukannya. Tiada istilah yang lelaki atau perempuan yang membezakan kejayaan seseorang dalam menjalankan bisnes atau melakukan sesuatu perkara sebagai target dan impian mereka. Apa yang membezakan kejayaan seseorang itu begantung
kepada usaha yang dilakukan. Dalam hidup ini, demi untuk mencapai sesuatu kejayaan itu mestilah berusaha keras kerana tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Bukan mudah untuk kita menggapai sesuatu kejayaan, namun tidak mustahil untuk kita kecapi kejayaan tersebut. Kata kunci yang mudah apabila disebut tentang kejayaan seharusnya berkait rapat dengan sebanyak mana usaha yang dilakukan.

Abdul Rahman Mat Rejab berjaya membuktikan bahawa lelaki juga boleh berjaya dalam industri kecantikan dan memberi inspirasi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pelosok dunia. Beliau berasal dari Pulau Pinang dan merupakan seorang yang berazam tinggi sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum beliau melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan kosmetik, beliau merupakan seorang jurutera sejak 2010 sehingga 2014 iaitu selama tempoh empat tahun. Setelah berhenti kerjayanya sebagai seorang jurutera kualiti, beliau tidak mengalah dan meneruskan kerjayanya dalam bidang yang jauh berbeza dari kerjayanya sebelum ini iaitu dalam industri kosmetik dan kecantikan. Dari situlah bermulanya titik kejayaan beliau di mana kehidupan beliau telah berubah 360 darjah dan semestinya membuat ramai yang ingin mengikuti jejak langkah beliau yang amat memberangsangkan. Tidak hairanlah jika beliau berjaya melakar nama di mata dunia disebabkan oleh kesungguhan dan usaha beliau sejak di bangku sekolah lagi. Beliau memilih untuk berkerjaya dalam bidang kecantikan kerana beliau percaya bahawa industri kecantikan ini tidak akan lupuk ditelan zaman.

Menurut beliau, beliau bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan itulah tonggak dalam kejayaan beliau sehingga ke hari ini. Pada 2014, dengan kerjaya beliau yang bermula dengan hanya seorang perunding kecantikan, beliau meneruskan langkah beliau dalam industri tersebut dalam mencapai impiannya. Kini, jawatan beliau dalam industri kecantikan adalah kedua tertinggi di mata dunia iaitu Elite Executive Senior Sales Director (EESSD). Beliau hanya mengambil tempoh selama lima tahun dalam merangkul jawatan tersebut. Namun begitu, beliau gigih mengorak langkah demi fokus beliau untuk digelar National Sales Director (NSD) menjelang tahun 2021. Kejayaan yang diperoleh sudah semestinya bukan mudah tanpa semangat dan kesungguhan yang tinggi.

Tambah beliau, tiga perkara yang sentiasa menjadi pegangan sejak memulakan bisnesnya dalam bidang ini ialah pemikiran, sikap dan juga pengurusan masa. Ketiga-tiga perkara ini amat penting dan perlu dijaga sekiranya ingin mencapai matlamat dan impian. Beliau meluahkan rasa kecewa apabila seringkali terdengar keluhan dan alasan generasi kini yang sukar untuk menjaga tiga perkara ini. Setiap individu perlu mempunyai kemahiran dalam mengawal perkara-perkara seperti ini. Soal pemikiran, beliau menyatakan bahawa kita mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk mengubah pemikiran seseorang, akan tetapi kita mempunyai kemampuan untuk mengubah pemikiran kita sendiri.

Sudah tentu apabila seorang lelaki berkerjaya di dalam bidang kecantikan ini, kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya tidak dapat dielakkan. Apa yang beliau lakukan adalah teruskan perjalanan dan tidak endahkan kata-kata tersebut. Beliau hanya fokus pada peluang yang ada dan bukan pada keadaan sekeliling.

“Setiap pandangan orang berbeza, itu merupakan satu proses pembelajaran,

“Pengetahuan amat penting dalam bidang ini, seseorang lelaki itu tidak semestinya perlu mempraktikkannya”, katanya semasa ditemuramah.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain