10 Sindrom Penyebab Pokai Walaupun Anda Ada Banyak Wang

0
444

  money-dreamer

Soalan seperti “Kemana perginya wang anda?” lazimnya timbul kerana segala perbelanjaan harian anda, tiada sebarang pelan perbelanjaan sebagai panduan. Di sinilah program pengurusan kewangan anda dapat membantu anda berbelanja dengan hemah, dan mencapai matlamatnya.

1. TIADA PELAN PERBELANJAAN.

Senaraikan perbelanjaan mengikut keutamaan: Anda haru s tahu perbelanjaan-perbelanjaan tetap anda; menentukan matlamat anda dalam jangka masa panajang atau yang terdekat. Teliti secara terperinci segala perbelanjaan anda dan keluarkan mana-mana perbelanjaan yang memuaskan dari senarai keperluan anda.

2. TIADA SIMPANAN TUNAI.

Pakar-pakar kewangan mengesyorkan setiap keluarga mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pendapatan tahunan mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut bermakna menggalakkan budaya menabung dan berbelanja dengan hemah. Keperluan untuk menabung adalah amat tinggi, dan anda pastinya dapat menyediakan dana kecemasan untuk masa-masa yang diperlukan.

Dengan mengetahui bahawa anda memiliki simpanan kecemasan, anda akan berasa lebih terjamin dan berfikiran lebih tenang. Dan jangan lupa, memiliki akaun-akaun simpanan akan memperkukuhkan kedudukan kredit anda.

3. TERLALU BANYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN KREDIT.

Menggunakan kemudahan kredit sama ada akan membantu anda atau menambahkan masalah anda. Ini bergantung kepada cara anda menggunakan kemudahan kredit tersebut. Masalah besar yang dihadapi lazimnya ialah sesetengah keluarga terlebih menggunakan kemudahan tersebut, yang melibatkan jumlah pembayaran yang tinggi melebihi kemampuan mereka.

Syarat-syarat kredit juga berbeza. Berhati-hatilah memilih kemudahan kredit anda – sepertimana anda lakukan sewaktu memilih barangan atau perkhidmatan yang terbaik. Pastikan pembayaran semasa bersesuaian dengan belanjawan anda dan jangan mengambil kredit lebih daripada kemampuan. Ketahuilah syarat-syarat kredit dan kosnya yang sebenar. Awasi segala perbelanjaan yang menggunakan akaun caj atau kad-kad kredit, supaya anda tidak akan terperanjat dengan jumlah bil-bil yang dihantar kemudiannya.

Dan bayar mengikut had masa yang ditentukan, untuk mengekalkan kadar kredit yang mantap.

4. PENGGUNAAN WANG PENDAPATAN TAMBAHAN SECARA TIDAK KONSTRUKTIF.  

Anda menerima wang pulangan daripada cukai pendapatan, bonus, kenaikan gaji, atau pun yang diwarisi dari harta pusaka. Kebanyakan keluarga akan condong kepada membelanjakannya pada barangan mewah yang mereka tidak pernah fikirkan sebelumnya. Dengan sekelip mata sahaja wang itu habis.

Ada banyak cara untuk menggunakan pendapatan tambahan itu pada jalan yang lebih bermakna. Asingkan sebahagian untuk ditokok kepada jumlah simpanan anda sebelum anda berfikir untuk membelanjakannya. Gunakan wang pulangan dan bonus anda itu bagi membeli peralatan atau barangan yang sangat diperlukan. Dengan itu anda akan menjimat daripada membayar kadar faedah daripada bayaran ansuran.

5. TIADA PERUNTUKAN UNTUK BERBELANJA BESAR.

Kita semua mempunyai komitmen besar, yang harus dijelaskan pada waktu-waktu tertentu sepanjang tahun. Premium insuran atau bil cukai yang besar, jika terlupa hndak diperuntukkan, akan mendatangkan masalah kewangan jika kita tidak mengumpulkan dana simpanan yang mencukupi.

Kumpulkan semua butiran perbelanjaan yang besar dan bahagikan kepada 12. Maka 1/12 daripada jumlah keseluruhannya hendaklah diketepikan setiap bulan, sebagai persediaan untuk menjelaskan jumlah keseluruhan apabila tiba waktunya.

6. TERSALAH ANGGAPAN MENGENAI HARGA PEMILIKAN.

Harga asal kadangkalanya bukan satu-satunya harga bagi pemilikan. Ini amat tepat sekali pada sebuah kenderaan. Kebanyakan harganya adalah jelas tetapi sesetengahnya pula terlepas pandang, sehinggalah kita bertembung dengannya. Jika sebuah kereta dibeli secara ansuran, bayaran bulanan hanyalah sebahagian kecil dari harga pengendaliannya. Cuba catitkan setiap harga untuk pengendalian kereta tersebut. Perbelanjaan pengendalian adalah: minyak, pembaikan, penyelenggaraan, tayar, insuran. Lain-lain perbelanjaan termasuk pendaftaran, lessen, bayaran letak kereta, tol dan lain-lain lagi. Sebagai tambahan sebuah kereta baru berharga RM11, 000 akan susut nilainya sehingga lebih kurang RM2, 500 dalam tahun pertama. Sungguhpun susut nilai tidak tersenarai dalam perbelanjaan yang dikeluarkan dari poket, ia akan menjadi seperti tersebut apabila kereta itu ditukar beli.

7. PERBELANJAAN-PERBELANJAAN KECIL.

Perbelanjaan yang mengikut gerak hati, dibuat dalam kuantiti yang kecil di sana-sini – jika dicampurkan akan menjadi suatu jumlah yang besar. Catitkan setiap sen yang anda belanjakan dalam seminggu dan perhatikan kepada perbelanjaan-perbelanjaan kecil itu. Kemudian cuba mengawal dari berbelanja dengan sia-sia.

Apabila anda lapar, elakkan daripada pergi ke kedai untuk membeli barangan runcit. Jika tidak, anda akhirnya akan membeli barangan yang tidak benar-benar diperlukan.

Elakkan diri daripada ‘membuang masa’ di pusat-pusat membeli belah. (Anda pastinya akan berkesudahan dengan membeli barangan yang tidak dirancangkan). Gunakanlah elaun dan berbelanja dalam lingkungan itu. Apabila anda sudah boleh mengawal diri daripada membeli barangan yang tidak diperlukan, sudah tentu anda akan memiliki lebih wang untuk membeli barangan yang anda benar-benar perlu.

8. TABIAT-TABIAT KURANG CERMAT SEWAKTU MEMBELI BELAH.

Selalunya memang ada tekanan-tekanan pada diri kita untuk membeli barangan. Keinginan kita adalah lebih besar daripada kemampuan kita. Dan para pengiklan sering membantu menambahkan tekanan tersebut. Ini membawa kepada pembelian barangan yang kurang diperlukan serta membeli barangan tanpa membuat perbandingan kepada nilai dan harganya.

Sebelum membeli, ketahuilah reputasi kedai dan pengusahanya. Baca label-label, fahami kontrak jaminannya. Hindari sebarang tekanan daripada para jurujual.

9. TIDAK MENABUNG SECARA KECIL-KECILAN.

Jangan berasa tawar hati sekiranya anda hanya mampu menabung dalam jumlah yang kecil. Percayalah bahawa seiki-sedikit lama-lama akan menjadi bukit. RM10 yang anda simpan setiap minggu akan menjadi lebih daripada RM1, 000 dalam masa kurang daripada dua tahun. Adakah anda merasa ianya terlalu lama? Masa akan berlalu lebih cepat daripada yang anda jangka. Ingatkah anda betapa cepatnya masa berlalu sepanjang dua tahun kebelakangan?

10. SIKAP TIDAK SABAR MENUNGGU.

Kesalahan pengurusan kewangan ini sering berlaku kepada golongan muda. Dan ia adalah penyebab kepada pelbagai kesusahan. Mereka sering mahu memulakan sesuatu pada tahap dimana keluarga anda mengambil masa dua puluh lima tahun untuk mencapainya.

Apa yang diperlukan adalah lebih daripada pendekatan “menabunglah hari ini dan berbelanjalah di kemudian hari”. Di samping itu, anda perlukan suatu pelan pengurusan kewangan bagi membantu anda memperolehi barangan yang anda perlukan seberapa segera.