4 Cara Menjadi Pemegang Saham Syarikat

0
967

Definisi saham merujuk kepada perkongsian hak milik yang terdapat dalam syarikat. Saham boleh dijual dan dibeli bergantung kepada ahli syarikat yang terlibat. Penjualan dibuat adalah untuk mendapat wang atau modal, manakala untuk pembelian saham membolehkan pemilik saham dapat berkongsi hak milik dalam syarikat. Pemegang saham dalam syarikat dikenali sebagai ekuiti. Pemegang saham akan mendapat manfaat daripada prestasi syarikat yang dijalankan. Mereka akan mendapat manfaat dalam bentuk penilaian saham atau dikenali sebagai keuntungan kewangan iaitu dividen. Bagi yang ingin menjadi pemegang saham, berikut 4 cara yang anda boleh jadikan sebagai rujukan.Membeli Saham dari Firma Broker
Untuk menjadi pemegang saham, anda perlu membeli saham daripada firma broker di mana firma ini menyediakan perkhidmatan jual beli saham serta instrumen kewangan yang lain. Anda juga perlu tahu firma broker mempunyai tahap perkhidmatan yang berlainan kerana ia bergantung kepada jenis maklumat yang anda inginkan. Terdapat juga firm broker secara online di mana anda boleh berjual beli saham dengan membayar charge setiap transaksi yang dilakukan.

Broker Perkhidmatan Penuh

Broker perkhidmatan penuh bertanggungjawanb dalam memberikan perkhidmatan serta maklumat kepada pelanggan di mana anda boleh meminta perkhidmatan daripada mereka dari segi pencarian harga saham serta maklumat asas yang berkaitan saham anda. Anda juga boleh memohon perkhidmatan dalam menganalisis pasaran untuk mengetahui prestasi projek yang melibatkan anda.

Membuat Pembelian

Membeli saham bagi yang ingin menjadi pemegang saham adalah perlu. Pembelian boleh dilakukan melalui broker atau platform pembrokeran secara talian. Sekiranya anda ingin membuat pembelian saham, anda perlu membuat semakan atas belajawan anda dan mengetahui harga seunit saham. Pembelian saham memerlukan baki yang minimum dalam akaun anda bagi memastikan anda dapat membayar saham sebelum membuat pembelian.

Melabur di Syarikat Swasta


Anda perlu melakukan pembelian saham di syarikat swasta di mana kebanyakan perniagaan secara kecil-kecilan merupakan syarikat swasta yang dimiliki oleh sekumpulan pemilik dan pelabur kecil. Anda juga perlu menilai sama ada syarikat swasta tersebut mampu mendapat keuntungan atau tidak. Penilaian saham agak sukar sekiranya syarikat itu masih baru.
Setelah anda membuat penilaian, anda pergi membuat temujanji dengan setiausaha atau pengarah syarikat untuk membuat rundingan pelaburan anda. Membuat perundingan mengenai harga untuk satu unit saham. Pemilik syarikat mungkin tidak memberi kuasa penuh kepada anda sebagai pemegang saham, oleh itu anda boleh melabur secara terhad.

Akhir kata, menjadi pemegang saham dalam syarikat mesti mmepunyai matlamat yang khusus seperti inginkan dividen, pulangan atas pelabuaran dalam syarikat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain