Cara Untuk Memohon Lesen MOF?

0
3594

MOF merupakan singkatan kepada Ministry of Finance atau dikenali sebagai Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Tahukah anda? Sekiranya anda ingin bekerjasama dengan kerajaan dari bidang perniagaan, anda wajib untuk mendapatkan lesen MOF. Dengan adanya lesen tersebut, perniagaan anda akan dijadikan pembekal oleh kerajaan atas projek-projek yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pendaftaran lesen MOF juga dikenali sebagai pendaftaran lesen kewangan, daftar KKM atau daftar Eperolehan.

Kerajaan mewujudkan MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Permohonan lesen ini hanya layak kepada yang menjalankan perniagaan seperti jenis syarikat Enterprise, Syarikat Sdn Bhd, Perkongsian atau syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) sahaja. Anda perlu ingat, setiap jenis perniagaan mempunyai sedikit perbezaan dalam memohon lesen MOF.

Disini saya akan kongsikan cara untuk memohon lesen MOF.

Langkah 1: Membuka Laman Web Rasmi MOF


Kini, pendaftaran lesen dibuat atas talian, oleh itu anda perlu pergi ke laman web MOF https://www.eperolehan.gov.my/online-registration untuk membuat permohonan baru lesen MOF.

Pada laman tersebut. Terdapat tigs (3) jenis pilihan akaun iaitu Akaun Asas, Akaun
MOF dan Akaun G2G. Anda klik pada Akaun MOF untuk pendaftaran baru MOF. Selepas memilih akaun MOF, anda perlu memilih sama ada anda ingin mendaftar sebagai pembekal atau perunding. Anda hanya boleh pilih satu sahaja.

Langkah 2: Daftar ID User Dan Password


Selepas anda memilih pembekal atau perunding, anda boleh terus membuat id user sebagai pengenalan dalam website tersebut. Sebaiknya menggunakan nama sendiri daripada mendaftar nama yang pelik. Sediakan juga password yang mudah untuk anda ingat. Pendaftaran id user dan password dibuat adalah untuk log masuk ke dalam sistem e-perolehan.

Langkah 3: Mengisi Maklumat

Anda log masuk ke dalam sistem untuk membuat pendaftaran. Setelah itu, anda akan lihat terdapat 6 bahagian yang perlu diisi. Bahagian tersebut wajib diisi. Jika maklumat semua lengkap, automatik sistem akan memberikan tanda bahawa anda telah berjaya mengisi maklumat tersebut. Notifikasi akan diberikan kepada anda jika berjaya.

Langkah 4: Log keluar

Log keluar selepas mendapat notifikasi.

Langkah 5: Menghantar Dokumen Sokongan


Dokumen sokongan sangat penting untuk memohon lesen tersebut kerana ia akan
mempengaruhi keputusan permohonan anda sama ada lulus atau tidak. Dokumen tersebut perlu dihantar melalui pos laju dan permohonan akan disahkan selepas 14 hari bekerja.

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:
 Penyata bank 3 bulan (terkini)
 Penyata KWSP 3 bulan (terkini)
 Profil syarikat yang terperinci
 1 set salinan boring 49, 24, 44, M&A dan Borang 9
 1 salinan Board Resolution
 Kod bidang perniagaan
 Salinan kad penegnalan semua pengarah
 Sijil akademik yang relevan atau berkaitan
 S&P untuk pejabat (jika dibeli) atau Perjanjian Sewa pejabat (jika disewa)

Anda juga perlu sentiasa menyemak profil di website MOF untuk memastikan sekiranya terdapat notifikasi atau tidak.

Maklumat Tambahan Lesen MOF
 Lesen MOF sah laku dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pendaftaran sahaja.
 Bidang adalah terhad, maksimum tiga puluh (30) kod bidang sahaja.
 Syarikat mesti mempunyai akaun semasa atas nama syarikat yang didaftarkan untuk tujuan pembayaran.
 RM50 dikenakan atas bayaran proses dan tidak dikembalikan. Manakala bayaran
pendaftaran dicaj sebanyak RM400.

Untuk lebih lanjut, anda boleh layari laman web e-perolehan untuk mengetahui syarat-syarat serta maklumat yang berkaitan. Terima kasih!

Rujukan link:

https://www.eperolehan.gov.my/download-guideline/procedure
https://www.eperolehan.gov.my/documents/10182/100000002257870/Penyelenggaraan+Akaun+MOF+v180118.pdf/004ce248-1846-493f-a6ac-d57704f161ad
https://www.nbc.com.my/blog/how-to-apply-mof-licence-in-malaysia/
https://farizalife.blogspot.com/2011/06/cara-daftar-dengan-kementerian-kewangan.html?m=1



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain