Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan sebuah badan berkanun yang mula beroperasi pada 16 April 2002. Ia terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Penubuhan SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan dalam membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.SSM mengawalselia segala bentuk pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif.Ia untuk memastikan sektor korporat dan perniagaan memberi perkembangan yang postif kepada negara.
JENIS SKIM
GERAN KHAS PELAJAR IPT
Skim Pelajar Perniagaan
Dalam bajet 2017 Skim Pelajar Perniagaan SSM telah diumumkankan. Mulai 1 Januari 2007, Skim Pelajar Perniagaan mula berkuatkuasa. Ia memberi peluang kepada pelajar di pusat pengajian tinggi membuat pendaftaran perniagaan secara percuma.
Skim ini diperkenalkan sebagai membuka jalan kepada para pelajar menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.
Sejumlah RM 10 juta geran telah diperuntukkan untuk skim ini bagi tempoh 10 tahun dengan peruntukkan RM 1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak.
Syarat Permohonan
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dimana-mana pusat pengajian dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Permohonan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baru sahaja untuk tempoh satu tahun bagi setiap pelajar sepanjang tempoh perlaksanaan skim.
- Pemohon boleh memohon untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian. Rakan kongsi perlu terdiri daripada pelajar sahaja.
- Bagi pembaharuan pendaftaran yang telah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.
Proses Permohonan
Pemohon perlu hadir dimana-mana pejabat SSM yang terdekat dan mendapatkan borang serta menyediakan beberapa dokumen seperti:
- Kad Pengenalan
- Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sah laku
- Salinan asal surat perakuan pelajar dari pusat pengajian.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
IBUPEJABAT
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
ATAU
Pusat Panggilan SSM di talian
03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my