Pinjaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) – Update 2019

0
778

Pada 17 Julai 1991 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah ditubuhkan. Penubuhan PUNB adalah selari dengan objektif PUNB dalam usaha untuk menambah dan meningkatkan  kualiti usahawan Bumiputera sama ada dalam sektor industri atau komersil melalui sokongan kewangan dan korporat.

PUNB juga menyediakan perkhidmatan berbentuk nasihat, rundingan dan pemantauan ke atas prestasi syarikat usahawan Bumiputera dalam usaha memantapkan dan memastikan perniagaan mereka sentiasa bersifat berdaya maju dan berdaya tahan yang mampu membentuk perniagaan kearah kecemerlangan.

JENIS PINJAMAN

Prosper Runcit-Trak Bergerak

Skim ini dikhususkan kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan runcit atau pun usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan runcit yang sedia ada serta yang ingin membeli trak bergerak.

Jumlah pinjaman

Skim ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM 150 000.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran pembiayaan adalah 10 tahun

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan yang didaftarkan mestilah jenis pemilikan tunggal atau  perkongsian
  • Memiliki lesen memandu kelas GDL
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah
  • Lokasi perniagaan mendapt kelulusan dari pihak berkuasa
  • Usahawan digalakkan menjadi ahli Persatuan Trak Makanan ( Food Truck)

Prosper Pemborong

Sangat sesuai bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan runcit yang berskala besar yang berkaitan dengan perniagaan pemborongan,  pengedaran atau pembekalan.Pemborongan dan pengedaran adalah bahagian penting yang menyokong kepada bekalan bahan bagi usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan.

Jumlah Pinjaman

Skim ini menawarkan pinjaman di antara RM500 ribu hingga RM5 juta. Jumlah pinjaman sebanyak RM10 juta boleh dipertimbangkan tetapi ia bergantung kepada syarat dan penilaian khas.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembayaran adalah selama 10 tahun

Syarat pinjaman

  • Merupakan usahawan bumiputera sepenuh masa dalam bidang perniagaan
  • Jujur, berkeyakinan tinggi, berdaya tahan,  kreatif dan mempunyai displin yang tinggi
  • Mempunyai rekod yang memuaskan daripada mana-mana institusi kewangan
  • Sentiasa ingin mengikuti kursus-kursus yang telah dikenalpasti oleh PUNB

Prosper Teras

Ia lebih menjurus kepada usahawan peruncit Bumiputera yang ingin menaiktaraf dan ingin memodenkan perniagaan runcit mereka untuk lebih teratur dan sistematik. Ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan penglibatan usahawan  sehingga mampu meraih pendapatan tinggi.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pembiayaan adalah dari RM100 ribu  sehingga RM500 ribu

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembayaran adalah sehingga 10 tahun

Syarat Pinjaman

  • Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan
  • Perniagaan 100% milik bumiputera
  • Perniagaan jenis persendirian, perkongsian atau Sdn Bhd
  • Perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ditawarkan kepada usahawan Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan  secara sepenuh masa dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang terpilih yang ingin mengembangkan perniagaan berorientasikan pasaran dan berpotensi untuk ke peringkat tempatan dan global.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman adalah sekitar rm500 ribu sehingga RM5 juta. Peminjam yang ingin memohon pinjaman sebanyak RM 10 juta boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan case to case.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun

Syarat Pinjaman

  • Merupakan usahawan bumiputera sepenuh masa dalam bidang perniagaan
  • Jujur, berkeyakinan tinggi, berdaya tahan, kreatif dan mempunyai displin yang tinggi
  • Mempunyai rekod yang memuaskan daripada mana-mana institusi kewangan
  • Sentiasa ingin mengikuti kursus-kursus yang telah dikenalpasti oleh PUNB
  • Merupakan syarikat  Sdn Bhd yang telah berdaftar dengan mempunyai modal yang mencukupi
  • Jika merupakan sebuah syarikat perkongsian bukan dengan bumiputera pegangan equiti bagi rakan niaga bukan bumiputera mestilah tidak melebihi 30%
  • Memiliki modal perniagaan dan strategi perniagaan yang mantap
  • Mampu menghasilkan kadar keuntungan yang tinggi setanding dengan industri yang diceburi
  • Mampu membayar pinjaman yang sedia ada dan pinjaman yang baru
  • Perniagaan telah beroperasi dan akaun telah diaudit selama 3 tahun
  • Bersedia menyediakan cagaran jiak perlu

Prosper usahawan muda

Ditawarkan kepada golongan belia bumiputera yang berumur dalam lingkungan 18- 33 tahun semasa tarikh permohonan dan yang mempunyai modal sekurang-kurangnya RM500 (bergantung kepada projek yang ingin dilaksanakan).

Di dalam skim ini, 3 jenis pakej akan disediakan untuk yang berkelayakan:

  1. Pembiayaan perniagaan:

Pembiayaan ditawarkan adalah patuh Syariah dengan jumlah sebanyak RM5,000 sehingga RM100,000. Jika permohonan pembiayaan melebihi RM50 ribu, pemohon mesti mempunyai perniagaan milik tunggal atau perkongsian dan perniagaan mestilah berdaya saing dan telah mencapai sekurang-kurangnya satu tahun. Tempoh bayaran adalah sehingga 7 tahun

  • Perkhidmatan perniagaan:

Melalui skim ini, pemohon akan diberikan khidmat nasihat sebelum dan semasa menjalankan perniagaan. Bantuan juga diberikan dalam hal ehwal pemantauan akaun perniagaan

  • Kursus kemahiran

Antara kursus kemahiran yang akan dikelolakan oleh PUNB adalah seperti kursus motivasi, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dan lain-lain seumpamanya.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman adalah sekitar RM5,000 sehingga RM100,000. Pembiayaan melebihi RM50 ribu, memerlukan pemohon mempunyai perniagaan milik tunggal atau perkongsian dan perniagaan mestilah berdaya saing dan telah mencapai sekurang-kurangnya satu tahun.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun

Syarat Pinjaman

  • Merupakan usahawan bumiputera sepenuh masa dalam bidang perniagaan
  • Jujur, berkeyakinan tinggi, berdaya tahan, kreatif dan mempunyai displin yang tinggi
  • Mempunyai rekod yang memuaskan daripada mana-mana institusi kewangan
  • Sentiasa ingin mengikuti kursus-kursus yang telah dikenalpasti oleh PUNB
  • Merupakan syarikat  Sdn Bhd yang telah berdaftar dengan mempunyai modal yang mencukupi
  • Jika merupakan sebuah syarikat perkongsian bukan dengan bumiputera pegangan equiti bagi rakan niaga bukan bumiputera mestilah tidak melebihi 30%
  • Memiliki modal perniagaan dan strategi perniagaan yang mantap
  • Mampu menghasilkan kadar keuntungan yang tinggi setanding dengan industri yang diceburi
  • Mampu membayar pinjaman yang sedia ada dan pinjaman yang baru
  • Perniagaan telah beroperasi dan akaun telah diaudit selama 3 tahun
  • Bersedia menyediakan cagaran jiak perlu
  • Bumiputera berumur lingkungan 18-33 tahun pada tarikh pendaftaran.
  • Mempunyai modal minimum RM500 bergantung pada jenis projek yang ingin dijalankan
  • Perlu mengikuti semua program yang ditentukan oleh PUNB dari masa ke semasa
  • Tiada rekod buruk dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan perniagaan diuruskan oleh pemohon

Sendiri

  • Perniagaan harus berdaya saing

TEMPOH KELULUSAN

Tempoh kelulusan maksimum kepada 60 hari waktu bekerja setelah memenuhi syarat yg ditetapkan seperti:

  • Menyerahkan dokumen lengkap beserta rancangan perniagaan
  • Menepati kesemua ‘Condition Precedents’
  • Telah mendapat kebenaran dari institusi kewangan untuk membenarkan syarikat mencagarkan aset dalam bentuk aset tetap atau terapung pada masa sekarang atau hadapan.

PROSES PEMOHONAN

Peminjam perlu melalui proses permohonan seperti berikut:

  • Perlu mendaftar dan menghadiri Taklimat Pembiayaan Perniagaan anjuran PUNB
  • Mengikuti bengkel rancangan perniagaan
  • Proses penyerahan rancangan perniagaan dan penilaian awal akan dibuat tertumpu kepada lima aspek utama perniagaan iaitu produk, pasaran. pengurusan,operasi dan kewangan
  • Membentangkan cadangan perniagaan kepada Jawatankuasa Penilaian PUNB dan setelah itu kriteria pelaburan pemohon akan dinilai.
  • Kelulusan pembiayaan dari Jawatankuasa Pelaburan PUNB
  • Setelah semua dokumen dan syarat pembiayaan dipenuhi PUNB akan mengeluarkan pembiayaan kepada perniagaan untuk  tujuan yang telah dipersetujui. PUNB akan memantau perlaksanaan perniagaan pembiayaan sehingga mencapai sasaran perniagaan.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Tingkat 10,Blok 1B, Plaza Sentral

Jalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur

Tel:03-27851515

Faks: 03-27802100

1-300-13-7862