Skim Pembiayaan KPDNKK – Update 2019

0
375

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Objektif utama penubuhannya adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri supaya bersifat berdaya maju, berdaya saing dan berkekalan maju, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran.

Sektor Perdagangan Pengedaran adalah salah satu penyumbang utama kepada KDNK dan ia bertindak sebagai pemangkin kepada kestabilan ekonomi, terutamanya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Justeru itu perdagangan pengedaran perlu sentiasa kukuh untuk berhadapan dengan sebarang bentuk ketidakstabilan ekonomi.

Kementerian juga sentiasa komited dalam melindungi kepentingan dan hak pengguna. Ia termasuklah pembangunan ekosistem pengguna dan perniaga yang melengkapi antara satu sama lain.

Pada tahun 2009, peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan merangkumi Sektor Francais dan Koperasi.

JENIS

Skim Pembiayaan Francais (SPF)

Skim Pembiayaan Francais (SPF) telah diperkenalkan hasil dari kerjasama KPDNHEP dengan Credit Guarantee Corporation (CGC). Objektif skim ini adalah untuk membantu usahawan yang berminat dalam bidang francais tetapi kekurangan modal. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang terlibat dalam skim ini seperti CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.

KETERANGAN PINJAMAN

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan.

Kadar Faedah

  • Perlu tidak melebihi LS % atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi pemberi pinjaman. Kos pembiayaan sebenar yang ditanggung oleh peminjam akan dikurangkan sebanyak 2%
  • 6% di mana KPDNHEP, melalui CGC akan membayar perbezaan kadar faedah pinjaman tersebut.

Tempoh Pinjaman

Sehingga 8 tahun

SYARAT KELAYAKKAN

  • Perniagaan mestilah milik warganegara Malaysia atau yang dikawalselia oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan haruslah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan
  • Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta
  • Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta
  • Mempunyai rekod pinjaman yang baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Peminjam perlu terlibat secara langsung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lesen yang sah

PROSES PERMOHONAN

  • Peminjam perlu mendaftar dengan KPDNHEP di bawah Program Pembangunan Francais.
  • Selepas mendapat pengesahan,permohonan peminjam akan dihantar ke institusi kewangan untuk dinilai proses kelulusan.
  • Pihak CGP akan mengeluarkan surat jaminan untuk permohonan yang telah lulus.

Permohonan dihantar ke :

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Level 13-16 CGC Kelana Business Building

Centre 97, Jalan SS 7/2

47301 Petaling Jaya

Tel: 03-7880 0088

Fax: 03-7803 0077

Website www.iGuarantee.com.my

Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

Dana ini bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung oleh usahawan atau syarikat tempatan dan memberi galakan kepada mereka untuk memfrancaisan produk dan perniagaan tempatan dan luar negara di Malaysia.

Kerajaan tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada pengusaha. Sebaliknya pengusaha perlu mengeluarkan modal sendiri untuk memfrancaiskan perniagaan mereka. Ia dilihat sebagai satu pelaburan dalam memperluaskan perniagaan dan menunjukkan komitmen terhadap perniagaan yang dijalankan.

Dana ini hanya sebagai satu insentif dalam memberi galakkan kepada pengusaha tempatan untuk menukar bentuk perniagaan konvensional kepada perniagaan francais. Dari dana ini lah perniagaan yang berjaya berdaftar dengan pendaftar Francais KPDNHEP sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000

KETERANGAN PINJAMAN

Jumlah Pinjaman

Bentuk dan Kelayakan Bantuan:

Berdasarkan pembayaran semula (reimbursement).Segala tuntutan pembayaran semula perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan.

SYARAT KELAYAKKAN

  • Terbuka kepada syarikat francaisor / francaisi induk Bumiputera yang telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
  • Syarikat perlu menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian Perdagangan Dalam   Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Hanya perniagaan jenis “business format franchise” sahaja yang layak mendapat bantuan.
  • Terbuka kepada syarikat yang telah difrancais dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja
  • Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
  • Bagi syarikat yang tidak melantik juruperunding hanya boleh memohon maksima RM25,000 sahaja. Perlu menggunakan borang permohonan BPF3
  • Syarikat perlu telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera

PROSES PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar terus kepada:

Unit Pembangunan

Produk Francais Tempatan

Jabatan Francais

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Aras 13, Menara PNS

Tower 7, Avenue 7

Bangsar South City

No.8, Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

Tel DID: 03- 2082 7882

Tel GL: 03-2082 7788

Faks: 03-2082 7666

Website: www.pns.com.my

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan kepada:

Bahagian Pembangunan Francais

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 1, Blok Menara,

No.13, Persiaran Perdana

Presint 2, 62623 Putrajaya

Tel:03-8882 5500

Faks: 03 – 8882 6683

Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)

Skim ini diperkenalkan untuk membantu bakal usahawan menceburi bidang perniagaan francais mikro dengan memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising).Ia menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

KETERANGAN PINJAMAN

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan RM5,000 minimum sehingga RM50,000 maksimum

Faedah

Yuran Perkhidmatan 3% setahun ke atas baki berkurangan

Tempoh Masa Pembayaran

Maksimum 5 tahun atau tempoh masa perjanjian francais

SYARAT KELAYAKKAN

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  • Terbuka kepada francaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Francais di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998
  • Permohonan Pembiayaan dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd. atau Perkongsian atau Enterprise
  • Pemohon mestilah usahawan yang merupakan pemilik atau pengusaha perniagaan
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan
  • Telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan 100% mestilah milik tempatan sama ada Pemilikan Tunggal atau Perkongsian atau Sdn. Bhd
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan ansuran tertunggak tidak melebihi 2 bulan)
  • Tidak diisytihar  bankrup
  • Bebas dari mana-mana prosiding di mahkamah
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah.
  • Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasuk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan
  • Perlu mendapatkan perlindungan kredit takaful yang ditetapkan bagi pembiayaan yang melebihi RM10,000

PROSES PERMOHONAN

Perlu mendapatkan borang permohonan dan dihantar kepada Perbadanan Nasional Berhad.

Hantarkan permohonan anda kepada:

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Menara PNS,

Menara 7, Avenue 7

Bangsar South City

No.8 Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

(Per: En. Zafrul Azman Azraai)

Tel: 03-2082 7788