Agensi Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA telah memulakan operasinya pada 1 Mac 1996 di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuan penubuhannya adalah untuk memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan secara khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
JENIS PINJAMAN
Skim Pembiayaan Kontrak Eskpres (SPIKE)
Skim ini ditawarkan kepada usahawan Bumiputera dalam bidang kontrak. Kumpulan sasarannya adalah Kontraktor dalam Binaan gred G1‐G5, Kontraktor Bekalan, Kontraktor Perkhidmatan dan Kontraktor Elektrik. Ia melibatkan pemberian kontrak daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan & subsidiary dan GCL dan subsidiari
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
- Jumlah ditawarkan sehingga RM1 juta. Pembiayaan secara bertindan dibenarkan sehingga mencapai jumlah maksimum RM1 juta
- Cagaran tidak diperlukan untuk pinjaman kurang RM250 ribu. Manakala pinjaman melebihi RM251 ribu memerlukan penjamin dengan pendapatan tetap 3% ataupun Hartanah –Forced Sales Value10%
Tempoh Bayaran
- Kontrak bersifat bayaran lump sum 75% daripada NILAI KONTRAK
- Kontrak bersifat bayaran kemajuan –80% untuk 3 bulan pertama
SYARAT KELAYAKKAN
- Warganegara Malaysia yang bertaraf Bumiputera dan berumur 18 tahun keatas
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Melibatkan diri sepenuh masa terhadap perniagaan yang diceburi
- Telah berdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan yang berkaitan
Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)
Skim ini ditawarkan kepada usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan lagi perniagaan. Skim ini membantu usahawan melakukan pembelian harta tetap, pengubahsuaian premis perniagaan dan juga sebagai modal pusingan.
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
- Jumlah ditawarkan bagi pemilikan tunggal adalah sehingga RM250,000. Bagi syarikan Sendirian Berhad pula adalah sehingga RM500,000
- Penjamin diperlukan dengan pendapatan tetap 3% ataupun Hartanah –Forced Sales Value10%
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang bertaraf Bumiputera dan berumur 18 tahun keatas
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai lesen atau permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan
- Mampu menyumbangkan modal sendiri yang tidak kurang daripada daripada 10% daripada kos projek
- Melibatkan diri sepenuh masa terhadap perniagaan yang diceburi
Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
Skim ini menawarkan pembiayaan perniagaan kepada Orang Kelainan Upaya
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
Jumlah Pembiayaan adalah sehingga RM50,000
Tidak penjamin diperlukan untuk skim ini
Tempoh Bayaran
Sehingga 15 tahun
SYARAT KELAYAKKAN
- Pemohon mestilah berstatus OKU untuk semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental
- Mempunyai kad pendaftaran OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan yang belum beroperasi tetapi dilihat sebagai perniagaan berpotensi boleh memohon permohonan dan akan dipertimbangkan
Skim Pembiayaan Lepasan iPMa (SEMAi)
Ia dikhususkan kepada semua pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA. Mereka haruslah menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan kursus yang telah diikuti. Walaubagaimanapun perniagaan dalam bidang lain juga boleh dijalankan asalkan perniagaan tersebut berdaya maju dan menepati kriteria usahwan mudah jaya.
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan adalah RM50,000
Tiada penjamin atau cagaran diperlukan
SYARAT KELAYAKKAN
- Pemohon dari lepasan IPMA termasuk GiatMARA
- Berumur 18 tahun ke atas
- Tamat pengajian di IPMA dengan jayanya
- Mendapat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat belajar atau ditempat menjalani latihan
- Lokasi perniagaan yang strategik dan mendapat kebenaran atau permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Ia merupakan satu bentuk jaminan daripada MARA.MARA bertindak sebagai penjamin kepada beberapa buah bank komersial yang terpilih untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan seperti Cash Line Facility (Cash Facility), Documentary Credit Murabahah Facility (DCM) ,Murabahah Working Capital Financing (MWCF), Bai Al-Dyan Working Capital Financing Facility dan lain-lain kemudahan yang ditawarkan.
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan bagi Syarikat Milikan Tunggal atau Perkongsian ialah RM200,000 hingga RM500,000
Bagi Syarikat Sendirian Berhad jumlah pembiayaan adalah RM200,000 hingga RM5,000,000
Cagaran atau jaminan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bank komersil.
Yuran
1% setahun daripada jumlah jaminan termasuk 6% GST
SYARAT KELAYAKKAN
- Merupakan perniagaan Bumiputera berstatus Sendirian Berhad, perkongsian dan Milikan Tunggal
- Perniagaan dan syarikat telah beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Sekurang-kurangnya 20% modal berbayar daripada jumlah permohonan
- Status carian kredit haruslah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit
- Telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh bank komersil
PROSES PERMOHONAN
Pemohon perlu mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada bank komersil yang terpilih atau Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran dengan operasi perniagaan
MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS)
Ia merupakan kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat. MARA akan bertindak sebagai penjamin manakala Bank Rakyat pula akan bertindak sebagai pemberi pembiayaan. Antara kemudahan pembiayaan yang ditawarkan ialah modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan kontrak atau projek.
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan bagi Syarikat Milikan Tunggal atau Perkongsian ialah RM200,000 hingga RM500,000
Bagi Syarikat Sendirian Berhad jumlah pembiayaan adalah RM200,000 hingga RM2,000,000
Cagaran atau jaminan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat
Yuran
1% setahun daripada jumlah jaminan termasuk 6% GST
SYARAT KELAYAKKAN
Merupakan syarikat Bumiputera yang berstatus Sendirian Berhad yang mana:
- Perniagaan dan syarikat telah beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Sekurang-kurangnya 20% modal berbayar daripada jumlah permohonan
- Status carian kredit haruslah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit
- Telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat
Bagi perniagaan Bumiputera yang berstatus pemilikan tunggal atau perkongsian pula mestilah:
- Perniagaan dan syarikat telah beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Rekod jualan perniagaan bagi setahun mencapai sekurang-kurang nya RM 500,00
- Mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Status carian kredit haruslah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit
- Telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat
PROSES PERMOHONAN
Mengemukakan permohonan melalui Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Pejabat MARA Negeri/Daerah atau terus ke Bank Rakyat
Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA-EXIM (GEMS)
Merupakan kerjasama antara MARA dan EXIM Bank. Pembiayaan ini diberikan kepada usahawan Malaysia yang menjalankan perniagaan di luar negara.Antara kemudahan pembiayaan yang ditawarkan ialah pembelian aset atau pengubahsuaian dan juga pembelian mentah, gaji dan overhed dan sebagainya.
KETERANGAN PINJAMAN
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan bagi Syarikat Milikan Tunggal atau Perkongsian ialah RM200,000 hingga RM500,000
Bagi Syarikat Sendirian Berhad jumlah pembiayaan adalah RM300,000 hingga RM2,000,000
Skim ini memerlukan cagaran atau jaminan Iaitu cagaran tanah di Malaysia dengan Nilai Paksa Jualan Tanah sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah pembiayaan diluluskan.
Menyediakan 2 orang penjamin yang menetap di Malaysia dan mendapat jaminan daripada kesemua Ahli Lembaga Pengarah
Tempoh Jaminan
Sehingga 5 tahun
Yuran Jaminan
Sebanyak 1% setahun
SYARAT KELAYAKKAN
- Syarikat perlu perdaftar dibawah Akta Syarikat 1965
- Syarikat di luar negara telah beroperasi selama 3 tahun dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Status carian kredit haruslah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit
- Telah memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh MARA dan EXIM bank
PROSES PERMOHONAN
Membuat permohonan melalui pejabat MARA Luar Negara
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Pembiayaan Perniagaan
Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-2613 2543/ 03-2613 2544
Fax : 03-2691 5475