TERAJU ditubuhkan sebagai usaha menggalakkan lebih banyak penyertaan usahawan Bumiputera untuk berdaya saing dalam perniagaan. TERAJU adalah sebuah institusi yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Jenis Skim Pembiayaan
Skim Usahawanan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
Ia merupakan satu pembiayaan dalam membantu syarikat-syarikat start-up di Malaysia dengan menyediakan dana sebanyak RM100 juta. Selain daripada itu SUPERB juga menyediakan geran sehingga RM500 ribu sebagai usaha menyokong idea perniagaan yang lebih inovatif dan kreatif.
Ia terbuka kepada Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan atau mana-mana syarikat Bumiputera yang telah menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun.
Usahawan akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang terdiri daripada sekumpulan panel usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan mereka.
Syarat Permohonan
- Bumiputera Malaysia yang berumur dari 18-40 tahun
- Usahawan baru atau usahawan yang ingin mencari peluang kedua
- Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya 60% saham dari pemohon Bumiputera
- Pengarah dan pengurusan syarikat adalah Bumiputera Malaysia
- Syarikat yang beroperasi kurang dari 3 tahun layak memohon
Dana Pembangunan Halal
Dikhususkan kepada usahawan Bumiputera dan juga pengusaha industri halal yang berpotensi besar dalam bidang pasaran halal global.
Ia merupakan kolaborasi antara TERAJU dan Agrobank
Ia memberi peluang kepada pengusaha produk halal untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dalam meningkatkan kapasiti dan eksport pengeluaran.
Selain daripada itu dana ini juga terbuka kepada mana-mana syarikat pengeluaran dan perkhidmatan produk halal yang dilihat mampu untuk meningkatkan pendapatan negara menerusi peningkatan eksport, penggantian import serta dengan mewujudkan peluang pekerjaan.
Dana Teras
Dana ini terbuka kepada syarikat yang berada di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) sahaja.
Penubuhan dana teras adalah untuk membantu perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) mendapatkan modal kerja dan pembelian aset.
Ia merupakan kolaborasi antara syarikat TERAJU dengan institusi kewangan yang diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamiah, MIDF, Maybank Islamiah dan Hong Leong Islamiah Bank.
Syarat Permohonan
- Pegangan saham Bumiputera sebanyak 60% ke atas
- Mendapat pengiktirafan SCORE 3 bintang ke atas daripada SME Corp, MDEC, CIBD atau dari mana-mana badan pengesahan
- Bukan subsidiari GLC/MNC
- Majoriti kakitangan pengurusan adalah Bumiputera
- Merupakan syarikat Bumiputera yang mempunyai prestasi kewangan yang baik
- Bidang perniagaan yang bertumpukan sektor NKEA
- Mempunyai taraf kredit yang baik
Proses Permohonan
- Perlu melalui proses semakan awal oleh sekretariat TERAS
- Semakan kebolehpercayaan kredit
- Penilaian daripada Jawatankuasa Pemilihan Teras (TSC)
- Semakan perundangan
- Penilaian daripada Jawatankuasa perlaksanaan TERAJU
- Kelulusan daripada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)
- Pengumuman daripada YAB Perdana Menteri
Dana Mudahcara
Ia merupakan tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta.
Ia adalah hasil kolaborasi bersama dengan Unit Kerjasama Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
Geran sehingga 15% diberikan sebagai pemangkin untuk pelaburan syarikat Bumiputera terutamanya yang melibatkan sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, pelancongan, pengilangan, pertanian dan komunikasi dan infrastruktur.
Sebanyak RM 500 ribu akan diberikan bagi pembelian mesin dan kelengkapan lain serta RM 2.5 juta pula diberikan bagi pembangunan infrastruktur kepada kos minima projek yang layak.
Bantuan dana yang diberikan hanya terhad kepada 3 kali kelulusan atau RM30 juta.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 5, Menara Surian, No. 1,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya
Selangi Darul Ehsan
Tel : 03 7839 8000
Fax :03 7839 8100
Email : info@teraju.gov.my