TERAJU Peneraju Bumiputera

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam sudut ekonomi negara.
Direkodkan sehingga Ogos 2019, TERAJU telah Berjaya mencatat angka yang besar iaitu sebanyak RM146.32 bilion untuk Bumiputera yang telah mencipta RM14.79 bilion pelaburan swasta Bumiputera dari Dana Mudahcara dan memperoleh RM10.07 bilion modal pasaran daripada penyenaraian syarikat-syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia.

Syarat-syarat permohonan:

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berumur 21-40 tahun yang tidak muflis.
  • Permohonan boleh dilakukan secara individu ataupun menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak melebihi daripada 3 tahun dari tarikh permohonan.
  • Terbahagi kepada 2 fasa projek iaitu:
    i)Idea/prototaip (nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu) atau
    ii) Pra Komersial/komersial (nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu).

Maklumat berikut adalah bagi keterangan lanjut berkenaan TERAJU
Laman web rasmi: http://www.teraju.gov.my/pengenalan/
Telefon: +603 7839 8000
Emel: info@teraju.gov.my



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain