Tips Pelaburan Mengikut Peringkat Usia

0
1143

Bila menyebut tentang pelaburan, pastinya tidak asing lagi di telinga orang ramai, tambahan pula semenjak ini, pelaburan telah menjadi sebuah trend cara hidup. Segelintir masyarakat sudah pun sedar dan buka minda tentang pengurusan kewangan yang baik dan betul adalah sangat penting. Salah satu langkah yang mereka ambil adalah melakukan pelaburan.

Apakah kelebihan melabur? Yang pastinya, dengan melabur boleh membantu ekonomi ketika kondisi kewangan merosot. Selain dari itu, melabur juga boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda pada masa akan datang. Perkara ini boleh membantu anda untuk mencapai tahap kewangan yang stabil serta memberi kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Anda masih belum mempunyai pelaburan? Tidak perlu risau, walau berapa pun umur anda, ingatlah bahawa tidak ada erti kata terlambat untuk melakukan pelaburan. Tetapi, tidak pada semua usia anda bebas memilih produk pelaburan yang diinginkan.

Setiap peringkat umur mempunyai variasi keperluan yang berlainan dan selari dengan peredaran masa, semua yang anda perlukan dan ingankan juga berubah. Contohnya, ketika and berada dalam lingkungan 20 tahun, semestinya anda belum memikirkan tentang memiliki rumah, tetapi ketika umur anda menginjak ke umur 35 tahun, barulah timbul keinginan tersebut. Oleh kerana itulah, anda perlu bijak memilih produk pelaburan yang sesuai dengan usia anda ketika ini.

Anda runsing mencari produk pelaburan pelaburan terbaik? Kami ada penyelesaiannya!

Umur 20-30 Tahun

Emas adalah salah satu produk pelaburan yang sesuai untuk umur 20-30 tahun.

Umur sebegini dikategorikan sebagai golongan yang masih muda, ada yang masih belajar malah sering kali digelar fresh graduate (graduan). Walaupun sudah berkerja, gaji yang diperolehi akan dibelanjakan untuk membeli-belah, makanan dan melancong.

Ini bermaksud, karakter kewangan pada usia muda iaitu di bawah umur 30 tahun kebiasaannya belum mampu mengawal kewangan secara stabil. Mereka merasakan mereka tidak mempunyai komitmen atau apa-apa tanggungan yang membebankan kewangan mereka, walaupun mereka mahu membantu keluarga dari segi kewangan, biasanya cuma dalam jumlah yang kecil.

Apabila anda sudah merancang untuk melabur pada usia sebegini, ini bermakna anda setapak lebih maju dan menjadi permulaan yang sangat baik untuk kewangan anda pada masa hadapan.

Tips:

  • Lebih baik melabur untuk tujuan jangka masa panjang, sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun.
  • Pilihlah produk pelaburan yang mempunyai risiko yang sesuai dengan kondisi kewangan. Samada anda adalah seorang yang konvensional dalam erti kata lain takut akan kerugian atau orang yang mahukan untung besar namun tidak terlalu risau tentang risiko kerugian?
  • Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 50% – 70% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
  • Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah saham, dana bersama, insuran, emas, hartanah, perdagangan matawang asing, bon dan deposit.

Umur 30-40 Tahun

Pelaburan hartanah adalah sangat sesuai bagi mereka yang berumur 30-40 tahun.

Semestinya pada usia begini, samada mereka yang telah berkeluarga atau yang masih bujang, boleh dikatakan sudah mampu menguruskan kewangan dengan baik. Kerana dari segi usia, mereka sudah mampu berfikiran lebih matang dan bertanggungjawab keatas beberapa komitmen.

Contohnya, bagi mereka yang telah berkeluarga, semestinya mempunyai keperluan bulanan yang harus disediakan, pembiayaan tempat tinggal hinggalah yuran sekolah anak-anak. Menyebut tentang pelaburan, pasti menjadi perkara penting kerana menabung sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan masa hadapan dan ada baiknya jika sudah mula berfikir tentang simpanan persaraan.

Tips:

  • Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas. Contohnya untuk pendidikan anak-anak atau untuk berkahwin ataupun untuk simpanan persaraan.
  • Pelaburan boleh dipilih samada untuk jangka masa sederhana iaitu 5-10 tahun atau untuk jangka masa panjang. Semuanya perlu selari dengan tujuan pelaburan.
  • Sebaiknya fokus memilih produk pelaburan yang sesuai dengan kondisi kewangan. Samada anda adalah seorang yang konvensional dalam erti kata lain takut akan kerugian atau orang yang mahukan untung besar namun tidak terlalu risau tentang risiko kerugian?
  • Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 30% – 50% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
  • Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah saham, dana bersama, insuran, emas, hartanah, perdagangan matawang asing, bon dan deposit.

Umur melebihi 50 Tahun

Dana bersama adalah pelaburan yang sesuai bagi mereka yang berumur lebih dari 50 tahun.

Semakin bertambah usia, semakin banyak yang perlu dibelanjakan. Berrmula dari pembiayaan pendidikan anak-anak, keperluan rumah tangga, sehinggalah keperluan untuk membahagiakan cucu-cicit. Sebaiknya, pada usia begini anda telah bijak menguruskan kewangan serta memiliki sumber pendapatan yang lebih stabil untuk menampung kos sara hidup anda serta keluarga. Akan tetapi, apabila pada usia sebegini pun anda masih belum mempunyai apa-apa pelaburan, tidak salah jika anda mencuba untuk melabur keatas perkara yang sesuai dengan kemampuan dan yang penting sesuai dengan usia.

Tips:

  • Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas. Contohnya untuk pembayaran ibadah haji/umrah, simpanan persaraan untuk 5-10 tahun ke hadapan, atau untuk melancong di hari tua kelak dan lain-lain.
  • Boleh melaburan untuk jangka masa sederhana iaitu 5-10 tahun. Semuanya harus diselarikan dengan tujuan pelaburan.
  • Sebaiknya memilih produk pelaburan yang berisiko rendah
  • Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 20% – 30% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
  • Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah dana bersama, emas, perdagangan matawang asing dan deposit.

Umur 60 Tahun dan usia persaraan

Deposit termasuk dalam jenis pelaburan yang sesuai untuk usia persaraan.

Jika pada usia ini anda sudah pun memiliki simpanan persaraan dan hasil pelaburan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup anda, Selamatlah! Akan tetapi, jika anda masih dalam keadaan kewangan yang belum stabil, usah bersedih. Yang penting anda sihat. Tentang pelaburan, anda masih ada peluang untuk melabur. Tidak ada erti terlalu lambat, asalkan anda ada kemahuan untuk melakukannya.

Tips:

  • Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas. Contohnya untuk pembayaran ibadah haji/umrah, simpanan persaraan untuk 3-5 tahun ke hadapan, atau untuk melancong di hari tua kelak dan lain-lain.
  • Boleh melaburan untuk jangka masa pendek atau sederhana seperti 2-3 tahun. Semuanya harus diselarikan dengan tujuan pelaburan.
  • Sebaiknya memilih produk pelaburan yang berisiko rendah
  • Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 10% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
  • Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah emas, perdagangan matawang asing dan deposit.

Gaya Hidup Sederhana dan Pelaburan

Siapalah yang tidak mahu mempunyai kondisi kewangan yang stabil? Untuk mencapai dan menikmati keinginan tersebut, pastinya anda perlu terlebih dahulu sanggup berkorban, contohnya dengan cara mengamalkan gaya hidup sederhana dan belajar untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Tips Menguruskan Wang Pendapatan:

  1. Pastikan anda selalu membuat anggaran dan perkiraan perbelanjaan setiap bulan. Jadi, setelah mendapat gaji, wang tersebut boleh terus dibahagikan mengikut kategori yang sesuai dengan anggaran dan perkiraan yang anda telah buat dalam bentuk catatan.
  2. Perkiraan keperluan bulanan, bil-bil, simpanan, simpanan kecemasan atau lebih tepat lagi, pelaburan. Namun perlu diingati, jangan sampai pendapatan anda tidak cukup bagi menampung untuk perbelanjaan sebulan.
  3. Jika masih terikat dengan hutang, sebaiknya catat hutang ditempat pertama pada perkiraan anda. Ini adalah supaya hutang piutang anda dapat diselesaikan segera.
  4. Utamakan keperluan yang lebih penting. Jangan berbelanja ikut keinginan sahaja, adalah lebih baik pertimbangkan dahulu samada penting atau tidak barang tersebut. Ingatlah, berjimat lebih baik dan utamakan simpanan atau pelaburan yang membawa keuntungan kepada anda pada masa akan dating.
  5. Anda boleh juga dapatkan konsultasi kewangan daripada penasihat peribadi kewangan. Dengan cara ini, pengurusan kewangan anda akan lebih tepat dan pastinya kondisi kewangan anda juga akan berjalan dengan lancar.
  6. Jangan lupa untuk semak semula perkiraan kewangan anda yang telah dibuat secara berperingkat, iaitu pada sebulan sekali atau dua bulan sekali. Kerana setiap bulan mesti ada keperluan atau perbelanjaan diluar perkiraan anda.

Berhati-hati Dengan Pelaburan Berasaskan Penipuan

Pada zaman sekarang, terdapat banyak tawaran pelaburan yang berunsurkan penipuan, keuntungannya sangat besar dalam jangka masa yang singkat. Jadilah netizen yang celik informasi tentang pelaburan. Sentiasa periksa semula perniagaan yang menawarkan produk pelaburan, adakah syarikat tersebut adalah syarikat pelaburan yang sah dan dan berlesen atau perniagaan yang berunsurkan penipuan.

Jadi lebih baik memastikan terlebih dahulu supaya tidak tersalah pilih syarikat untuk anda melabur. Anda juga boleh menyemak di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Di situ, anda boleh memastikan kesahihan perniagaan pelaburan tersebut. Ingat, tidak ada jalan pintas untuk menjadi kaya dalam pelaburan! Sentiasa pantau produk pelaburan anda, belajar dan konsisten melakukan pelaburan serta bersabar menunggu untuk menikmati hasilnya.