Atasi Masalah Bosan di Pejabat Dengan Teknik Simple Ini

0
1410

bored-office

Kita semua pernah mengalami rasa bosan di pejabat. Ia bukan bermakna bosan kerana tiada kerja, tetapi lebih kepada rasa jemu bergelumang dengan perkara yang sama setiap hari. Ada hari-hari yang kita berasa masa sangat lambat berjalan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebosanan di pejabat boleh menyebabkan pekerja menjadi kurang waras, walaupun mereka adalah pekerja yang cemerlang. Mereka terdorong untuk meletakkan jawatan, mensabotaj rakan sekerja, mengabaikan kerja-kerja berkumpulan dan sengaja menggagalkan sesuatu tugasan. Ini adalah sangat serius.

“Apabila pekerja berasa bosan, mereka akan terdorong untuk menarik diri.” Kata Richard Chaifetz, seorang pakar psikologi dan CEO ComPsych, sebuah syarikat yang memberi bantuan konsultansi kepada para pekerja. “Risikonya boleh menjadi terlampau – kurang produktiviti, kesalahan yang sangat signifikan dan pelbagai insiden lagi.” Mari kita lihat bagaimana hendak memberi kesegaran pada diri dan bagaimana hendak menjadikan hari-hari anda lebih menarik di pejabat.

1.    Mulakan hari dengan lebih bersemangat

Respon emosi kita terhadap aktiviti seharian banyak terpengaruh dengan cara kita memulakan hari-hari kita. Sambil bersiap ke tempat kerja atau dalam perjalanan, kita boleh mendengar siaran radio-radio yang segar, kecoh dan bermotivasi. Contohnya untuk mereka yang beragama Islam, mulakan hari anda dengan solat Subuh yang akan menyegarkan permulaan hari. Solat adalah satu kerehatan dan mengecas semula segala emosi dan kepenatan fizikal.

[auth]

Tidur awal juga dapat membantu permulaan hari yang baik. Jika anda mudah berasa penat, apa kata anda amalkan makanan kesihatan yang dapat menambah nutrisi untuk saraf. Berfikir secara positif dan berdoa kepada Tuhan supaya diberi kemudahan dalam urusan seharian. Ini kerana doa memberi pengharapan pada diri kita, seperti kita sedia maklum, harapan yang kita letak akan memberi satu semangat baru untuk meneruskan kehidupan.

2.    Jadikan stesen kerja anda lebih produktif

Percaya atau tidak, stesen kerja anda juga memainkan peranan penting terhadap emosi anda. Perubahan seperti meletakkan pokok kecil atau dekorasi ringkas akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Benda-benda hidup seperti pokok dan mini akuarium dapat membantu memberi tenaga baru. Jangan risau, banyak contoh-contoh haiwan dan tumbuhan yang ‘mesra stesen kerja’ yang boleh anda google di Internet.

Aksesori seperti magnet bar juga boleh diletakkan, biasanya berunsurkan kata-kata motivasi atau tempat-tempat yang dilawati. Aksesori sebegini akan menambah keceriaan di stesen kerja anda. Banyak lagi yang boleh dipelbagaikan bagi menghidupkan stesen kerja anda, tetapi jangan sampai terlalu penuh hingga kelihatan semak pula ya!

3.    Atasi kepenatan

Kadangkala, bukan kerja harian yang menyebabkan kita berasa bosan tetapi lebih kepada rasa penat yang dialami hingga menyebabkan ketiadaan tenaga dan semangat untuk bekerja. Cara terbaik adalah berhenti seketika, tarik nafas sedalamnya kemudian lakukan beberapa gerakan ringkas yang akan melancarkan semula aliran darah dalam badan. Anda juga boleh berhenti untuk kudapan ringkas seperti bijirin sarapan atau biskut. Secawan kopi juga pasti membantu.

Selain itu, bekerja sambil berdiri buat sebentar juga membantu untuk mengecas semula tenaga anda. Sesuatu yang dipanggil ‘power nap’ yakni tidur sebentar dalam tempoh masa 5 minit bagi memberi kesegaran pada tubuh dan minda juga boleh membantu mengatasi kepenatan. Ingat, jangan sampai ditangkap tidur di hadapan bos atau terlebih tidur pula!

4.    Jadikan mesyuarat anda sesuatu yang berbaloi

Mesyuarat biasanya adalah bahagian paling membosan dalam kerja harian di pejabat. Betul atau tidak? Separuh daripadanya telah membazir waktu anda pada kerja sebenar di tangan. Sediakan itinerari mesyuarat agar perjalanan mesyuarat lebih teratur. Sekiranya perlu, bincang dengan pengurus jika ada sebarang penambah baikan terhadap mesyuarat untuk menjadikan ia lebih produktif.

5.    Maju kehadapan dan terima tanggungjawab baru

Jika kerja harian anda kelihatan mudah dan suram, cuba koreksi pembaharuan yang boleh dilakukan dalam kerja harian itu. Beri inisiatif baru terhadap projek yang sedang dilakukan, ia bukan sahaja akan mengecas semangat anda, malah anda juga akan mendapat perhatian istimewa daripada pengurus atas usaha yang dilakukan. Selain itu mungkin anda boleh bertukar-tukar tugasan kecil dengan rakan sekerja, ini akan membuatkan hari anda lebih menarik dek kerana anda akan belajar dan cuba membuat perkara baru.

Pekerja mungkin akan mengalami kesan psikologi sementara akibat kebosanan di pejabat seperti tekanan, tidak gembira serta kurang yakin diri – dalam masa yang sama perasaan bosan di pejabat sebenarnya adalah nilai yang sangat mahal harganya buat seorang pekerja kerana beliau mungkin akan kehilangan bakat dan sumbangan penting dalam jangka masa yang lebih panjang, jika ia dibiarkan berterusan.

Pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh ketua anda, bagi membantu pekerja yang kepenatan emosinya, antaranya dengan perbincangan tentang perkara yang boleh diubah bagi membuatkan pekerja berasa lebih selesa dan kurang tertekan. Menjadi pengurus bukan sahaja melibatkan pengurusan tugasan, tetapi juga termasuk mengurus emosi pekerja bawahan, itulah yang menjadikan seseorang itu pengurus yang hebat!

 [/auth]