Kalau Tahu Benda Ni, Pasti Anda Akan Selalu Minum Kopi

0
1012

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso. Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Namun antara faedah kopi yang paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur dan membantu mengurangkan stres tetapi ianya lebih daripada itu.

Kepada mereka yang mempunyai lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana, kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit. Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.

Paling menggembirakan kebanyakan hawa adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan dan keyakinan seseorang. Kaum hawa juga tidak perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur. Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit seperti masalah jerawat.

Kopi mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin. Selain itu, kopi juga membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan yang lebih langsing. Akan tetapi, aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Kopi juga kaya dengan antioksida yang berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan. Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu. Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu dan biarkan pada kulit dalam tempoh 5- 10 minit sebelum dibersihkan. Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran darah di bahagian mata. Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk melembapkan kulit. Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Banyak kajian juga sudah dilakukan bagi mengenalpasti khasiat kopi dalam faktor kesihatan. Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi. Malahan menurut kajian Sweden pada tahun 2008 pula, mendapati bahawa pengambilan kopi turut menyumbang dalam penurunan risiko penyakit batu karang, kanser payudara, prostat dan juga kanser hati dengan pengambilan sebanyak dua hingga tiga cawan. Tidak lupa juga, kajian dari World Health Organization (WHO) membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kopi adalah satu tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan mahupun dalam kecantikan. Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit telah diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.