5 CARA MUDAH UNTUK MERAWAT SAKIT KEPALA DI RUMAH SECARA SEMULAJADI

Sakit kepala merupakan sejenis penyakit yang kurang digemari kerana ia akan menjejaskan segala aktiviti harian kita. Betul tak? Ini kerana, sakit kepala akan menyukarkan kita untuk melakukan sesuatu kerja dengan efisien dan teratur. Untuk itu, kita hendaklah mengambil langkah awal bagi mengubati penyakit kepala yang menimbulkan ketidakselesaan pada diri. Berikut dikongsikan antara cara mudah yang anda boleh lakukan hanya menggunakan bahan yang terdapat di rumah. Mari kita lihat.

  1. Menggunakan Ice Pack
    Tahukah anda bahawa sejumlah ais boleh melegakan sakit kepala? Kini anda boleh menggunakan bahan yang sedia ada di rumah untuk mendapatkan rawatan segera.
    Anda boleh menggunakan Ice Pack dengan meletakkan ais yang mencukupi ke dalam ice pack. Kemudian, anda boleh meletakkan ke bahagian tengkuk, dahi atau di kawasan kepala yang mengalami kesakitan.
  1. Minum Air Kosong Secukupnya
    Kekurangan cecair dalam badan manusia adalah disebabkan kurangnya pengambilan air kosong atau air masak. Jika anda nak tahu, kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi. Di samping itu, dengan mengambil air kosong, anda boleh melancarkan aliran darah dan akan membantu proses pengangkutan oksigen ke dalam tubuh anda.
  1. Membuat Senaman Ringkas
    Penyakit kepala boleh berlaku sekiranya terdapat tekanan dan stres yang dihadapi sehingga tidak mampu menjalankan aktiviti harian. Jadi, anda dinasihati untuk membuat senaman yang mudah bagi meregangkan sedikit tubuh anda.
  1. Bermeditasi
    Menurut sumber Dewan Bahasa dan Pustaka, meditasi boleh ditakrifkan sebagai perbuatan duduk dengan menumpukan sepenuh fikiran terhadap sesuatu dengan mendalam. Bermeditasi merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk merawat sakit kepala. Bagi umat Islam, ini merupakan ikhtiar yang anda boleh praktikkan. Contoh meditasi yang anda boleh lakukan adalah seperti menjalani ibadah solat, berzikir dan membaca Al-Quran.Dengan melakukan perkara ini, insha Allah anda boleh mengalihkan perhatian anda dan menumpukan perkara yang boleh memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  1. Mendapatkan Tidur yang Cukup
    Tahukah anda bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan kepala sakit? Ini merupakan cara termudah yang anda boleh lakukan di rumah! Anda juga boleh melegakan sakit kepala dengan mendapat tidur yang berkualiti dan cukup. Caranya, anda dinasihati untuk tidur di bilik yang gelap kerana terdapat individu yang agak sensitif terhadap pencahayaan sehingga mengundang sakit kepala yang teruk.

Akhir kata, jika sakit kepala yang anda alami tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Jika dibiarkan, ia mungkin akan menimbulkan penyakit lain yang lebih serius. Jadi, jagalah kesihatan anda! Semoga bermanfaat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain