Strategi Membina Pengaruh

0
843

Pengaruh dibina secara berperingkat. Ahli falsafah dan penyair Amerika, Ralph Walda Emerson mengatakan, “Setiap orang adalah pahlawan dan penasihat kepada orang lain. Apa jua kata-katanya, ianya mempunyai nilai yang tinggi”. Jika mahu kata-kata kita berkesan kepada orang lain, maka kita perlu ada pengaruh.

Terdapat empat peringkat, bagaimana pengaruh itu boleh dibina:-

  1. Model : Memperkenalkan diri / menyatakan identiti diri kepada orang lain sedikit sebanyak membuatkan orang lain itu menilai diri anda.

  2. Motivasi : Memotivasikan orang lain mampu membina pengaruh anda. Ia dengan cara memberikan dorongan emosi kepada mereka pada dua peringkat. Pertama, menjalinkan hubungan komunikasi dengan mereka. Kedua, membina kepercayaan dan harga diri mereka.

  3. Mentor : Menyelami kehidupan orang lain dan membantu memaksimakan penggunaan potensi yang mereka ada.

  4. Menggandakan : Membantu membangunkan diri mereka sehingga mereka mampu mempengaruhi orang lain ke arah yang positif dan bukan sahaja untuk membangunkan diri mereka sendiri tetapi membangunkan orang lain juga.

Pengaruh boleh bersifat positif atau negatif. Pengaruh positif akan memberi manfaat kepada orang lain. Ciri-ciri yang perlu dimiliki sekiranya anda ingin menjadi orang yang berpengaruh ialah:-

[auth]

  1. Berintegriti dengan orang lain

Rasa hormat dan mempercayai orang lain adalah ciri yang sangat penting untuk mewujudkan integrasi yang baik dengan masyarakat. Integrasi adalah satu ciri asas untuk menjadi seorang yang berpengaruh. Ianya memerlukan kita untuk berlaku jujur, orang yang menjadi kepercayaan dan menyimpan rahsia.

  1. Memelihara orang lain

Memelihara orang lain adalah dengan prihatin kepada orang lain. Ianya bertujuan untuk membina rasa kebergantungan mereka kepada kita. Kita perlu mendengar pandangan dan masalah yang mereka hadapi dengan ikhlas hati.

Cara yang berkesan untuk mengaplikasi ciri ini:-

  • Kasih : Memperlihatkan kasih sayang kepada orang lain.

  • Hormat : Kesediaan untuk menerima orang lain, mengakui kemampuan atau potensi diri mereka boleh memberikan sesuatu sumbangan kepada masyarakat, mendengar pandangan mereka dan mendahulukan agenda mereka daripada agenda diri kita sendiri.

  • Rasa ketenangan : Menjauhkan rasa risau mereka kepada anda dan mencipta rasa tenang sehingga mereka berada di kalangan orang yang mampu memberikan keputusan yang positif dan terbaik.

  • Dorongan : Menjaga kepentingan atau hak orang lain dengan mendorong mereka :-

  • Menilai diri dari sudut yang positif : Menyemarakkan hubungan yang lebih positif dengan orang lain.

  • Menjadi sebahagian daripada masyarakat : Membuatkan setiap orang di dalam masyarakat berasa penting dan diperlukan di dalam masyarakat.

  • Perspektif : Memberikan perhatian kepada masalah orang lain dan memberikan pandangan anda yang jujur kepada mereka akan membuatkan mereka percaya kepada kita.

  • Perasaan yang sesuai : Supaya mereka berasa dihormati dan dihargai.

  • Harapan : Sentiasa memberikan harapan kepada orang lain meskipun mereka kurang kebolehan diri.

  1. Percaya kepada Orang Lain

Percaya kepada orang lain adalah sifat yang paling penting bagi menjadi seorang yang berpengaruh ketika kita bekerja dengan orang lain.

Empat faktor yang gagal membangunkan pengaruh:-

  • Sebahagian besar orang tidak percaya kepada diri mereka sendiri.

  • Ramai orang tidak mempunyai seseorang yang mempercayai diri mereka.

  • Ramai yang menganggap ada orang yang percayakan diri mereka.

  • Ramai orang akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan orang lain kepada mereka.

Untuk mendapat pengaruh, ianya memerlukan lebih dari sekadar kata-kata atau sikap prihatin terhadap mereka. Bagi mewujudkan rasa percaya orang lain terhadap kita, perkara-perkara berikut perlu dilakukan: Percaya pada mereka sebelum mendapat kepercayaan daripada mereka, menyatukan masyarakat dan memperteguhkan kesatuan sesama mereka, menyebut kejayaan–kejayaan yang mereka telah capai di masa lalu, menanam rasa keyakinan ketika mereka berada di dalam kegagalan, menggambarkan kejayaan yang mereka akan capai di masa akan datang dan menyatakan satu harapan taraf hidup yang baru dan lebih baik di masa akan datang.

  1. Mendengar rintihan dan pandangan orang lain

Kemampuan untuk mendengar rintihan dan pandangan orang lain adalah kunci untuk memperoleh pengaruh. Kelebihan mendengar ini ialah : menunjukkan rasa hormat, menyemarakan hubungan, meningkatkan pengetahuan, menghasilkan idea, meningkatkan kesetiaan, dan ianya cara terbaik untuk membantu orang lain.

Penghalang dalam proses mendengar ialah: Hilang fokus, mengalami keletihan mental, membawa emosi peribadi bersama, leka dengan diri sendiri.

Untuk membangunkan keterampilan mendengar dengan baik: Pandanglah tepat pada si pembicara, jangan menyampuk ketika mereka sedang berbicara, fokus pada isi kandungan ucapan mereka dan memahaminya, tentukan keperluan waktu itu, kenalpasti emosi anda, tangguhkan proses penilaian anda, berikan kesimpulan yang menyeluruh kepada mereka, bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada mereka, menjadikan mendengar sebagai sikap peribadi anda.

  1. Memahami Orang Lain

Memahami orang lain adalah satu proses belajar yang mana kita memahami cara mereka berfikir, apa yang mereka impikan, bagaimana mereka bertindak dan membuat keputusan di dalam situasi tertentu.

Punca pertelingkahan yang berlaku di dalam masyarakat adalah satu penyebab kurang atau gagalnya memahami orang lain. Beberapa sebabnya ialah:

  • Rasa takut : rasa risau sekiranya ada yang menolak keberadaan mereka di dalam masyarakat, rasa takut tidak dihargai, terancam, menimbulkan perbalahan, kehilangan pekerjaan

  • Sikap ego : Mementingkan diri sendiri.

  • Kelalaian menghargai orang lain : Motivasi diri antara seorang dengan seorang yang lain adalah berbeza.

  • Gagal mengakui kesamaan : Kita semua sama di dalam menempuh kehidupan, ada suka, ada duka, ada rasa takut, risau, mengalami kemalangan atau masalah. Semua kita sama.

Perkara-perkara yang diperlukan untuk memahami orang lain:-

  1. Semua orang ingin berasa penting.

  2. Orang lain tidak peduli dengan apa yang anda tahu tetapi orang lain akan peduli apa yang anda mahu ketahui.

  3. Setiap orang memerlukan seseorang di dalam hidupnya.

  4. Seseorang akan berasa penting sekiranya orang lain memahami dan mempercayainya.

  5. Orang yang suka membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan dapat mempengaruhi ramai orang.

Terdapat beberapa tindakan yang mampu kita memahami orang lain iaitu: Memahami seseorang dari prespektif dirinya, berempati, menghulurkan bantuan kepada orang yang di dalam kesusahan dengan ikhlas. Mereka akan membalasnya dengan cara yang positif dan juga bersikap positif terhadap orang lain. Menganggap setiap orang yang dijumpai seolah-olah orang itu orang yang paling penting di dalam hidupnya.

  1. Membangunkan Orang Lain

Untuk menjadi orang yang berpengaruh dan menjadi model terbaik masyarakat, anda harus menyelami dan merasai bersama-sama kehidupan mereka. Dengan meletakkan diri kita sebagai mentor dapat memotivasikan orang lain dan dapat menyelami kehidupan mereka.

Tugas mentor ialah memimpin dan menunjukkan landasan atau arah yang betul kepada orang lain yang berada di dalam bidang yang sama supaya mereka mampu melakukan sesuatu dengan sendiri di masa akan datang. Menggalakkan perkembangan diri orang lain sebagai contoh menigkatkan taraf hidup mereka, meningkatkan potensi diri, meningkatkan kemampuan diri dan seterusnya meningkatkan potensi organisasi.

Sekiranya pemimpin tersebut memiliki keterampilan dan tokoh kepimpinan yang lemah, sukar untuk orang lain mengikutinya. Perlunya seorang pemimpin meningkat dan membangunkan diri terlebih dahulu. Pemimpin perlu memilih dengan teliti orang yang mahu dipimpin dari segi falsafah yang sama, orang yang punyai potensi diri, dapat dipengaruhi secara positif, dapat dipacu ke mana pun arah dan hendaklah ketika waktu yang tepat.

Meningkatkan potensi diri orang lain memerlukan masa, wang dan usaha yang berterusan. Oleh itu perlu untuk memaksimakan pengembangan mereka secara : melihat potensi mereka, menggambarkan visi masa depan mereka dengan jelas, mewujudkan rasa ghairah mereka untuk mencapai visi tersebut, membincangkan kelemahan diri mereka sendiri, fokuskan kepada kekuatan diri mereka, meningkatkan potensi diri mereka selangkah demi selangkah dengan menilai melalui sikap, hubungan, kepimpinan dan keterampilan serta profesionalisme. Meletakkan hak membuat keputusan di tangan mereka, memperlihatkan kepada mereka kepada pengalaman bagaimana mempengaruhi orang lain juga.

Seseorang mampu meningkatkan potensi diri orang lain akan meningkatkan potensi orang lain juga.

  1. Menunjukkan jalan kepada Orang Lain

Menunjukkan jalan kepada orang lain adalah dengan mampu memberikan bantuan kepada orang lain, khususnya kepada orang sedang ditimpa masalah atau kesusahan. Seorang penunjuk arah akan menyelami dan mengetahui potensi diri, visi dan keghairahan di dalam kehidupan orang lain bagi merencanakan jalan hidup mereka. Mereka perlu mempertimbangkan hal: kemana mereka perlu pergi, apa yang perlu mereka ketahui dan bagaimana mereka perlu mengembangkan potensi diri mereka.

Cara untuk menunjukkan jalan kepada orang lain ialah : melatih mereka untuk tidak mendengar kritikan yang membuatkan mereka menjadi ragu, melatih mereka untuk tidak dikuasai oleh musuh mereka, mendorong mereka unuk tidak mengambil mudah mencari jalan penyelesaian masalah dan percaya dengan diri sendiri.

Seorang menunjuk jalan yang baik akan membimbing orang lain, tidak memberikan arahan dan kemudian pergi begitu sahaja. Mereka perlulah bersama-sama melalui liku-liku kehidupan mereka bersama sebagai sahabat.

  1. Hubungan dengan Orang Lain

Sebagai pemimpin, kita perlu mengetahui apa harapan masyarakat terhadap kehidupan masa hadapan mereka. Pemimpin perlu mencari ruang untuk rapat dengan mereka dan mendapatkan maklumat. Terdapat 9 langkah mewujudkan hubungan dengan orang lain:-

  1. Jangan menipu orang lain

  2. Memiliki cara pemikiran dan membuat keputusan tersendiri

  3. Mulakan hubungan dengan mereka

  4. Carilah landasan yang sama

  5. Kenalilah dan hormatilah keperibadian yang berbeza

Sanguitas : Menginginkan kesamaan, ramah, berorientasikan pada hubungan, jenaka, santai, popular, artistik, emosi, berterus terang dan optimis.

Melankolis : Menginginkan kesempurnaan, introvet, berorientasikan pada tugas dan tujuan, artistik, emosi, teratur dan pesimis.

Plegmatik : Menginginkan kedamaian, introvet, tidak beremosi, kemahuan yang kuat, pesimis, digerakkan oleh tujuan.

Kolerik : Menginginkan kuasa / suka mengawal, mahu kuat, tegas, berorientasikan pada tujuan, teratur, tidak emosi, santai, terus terang, optimis.

  1. Temukan kunci bagi kehidupan orang lain.

  2. Berkomunikasilah dengan hati.

  3. Jalanilah pengalaman bersama.

  4. Menyelesaikan masalah bersama-sama dengan mereka.

Pengaruh bererti menjalinkan hubungan dengan orang lain, mendidik mereka, kemudian melepaskan mereka membuat keputusan ke atas kehidupan orang lain. Menjalinkan hubungan adalah perkara dasar di dalam proses itu.

  1. Melengkapi orang lain

Membantu mengubah kehidupan orang lain adalah satu proses yang menguntungkan seperti kita memberi maklumat dan kita tidak kehilangan apa-apa pun. Kita masih mampu meningatkan potensi orang lain tanpa mengurangkan potensi diri kita sendiri.

Dengan syarat : Kedudukan (mempunyai kuasa rasmi atau tidak rasmi ), hormat, komited (menuruti segala ketetapan atau tujuan yang telah ditetapkan.

Cara-cara melengkapi orang lain: Membuat penilaian bersama mereka, membuat penilaian dari segi tahap pengetahuan, keterampilan dan keinginan mereka. Berikan contoh kepada mereka. Memberikan peluang kepada mereka untuk berjaya menyelesaikan masalah, memberikan semangat kepada mereka bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah mereka.

  1. Mencipta lebih ramai orang yang berpengaruh

Cara mencipta orang lain untuk jadi orang yang berpengaruh:-

  1. Mencipta pemimpin yang mampu meningkatkan lagi pengaruh anda.

  2. Mencipa pemimpin yang mampu meningkatkan potensi peribadi pemimpin yang baru.

  3. Mencipta pemimpin yang mampu melipatgandakan sumber.

  4. Mempengaruhi pemimpin untuk memastikan masa depan orang lain ke arah yang lebih positif

Kaedah yang terbaik untuk mencipta lebih ramai orang yang berpengaruh ialah: carilah pemimpin yang berpotensi, dahulukan pasukan, bertekad mengembangkan pemimpin, bukan pengikut.

Oleh itu, menjadi orang yang berpengaruh adalah anda hendaklah melihat kehidupan orang lain berubah di depan mata anda sendiri.

[/auth]