Tips Menjayakan Perniagaan Kebab

0
1094

Kebab merupakan sejenis makanan yang baru bagi rakyat Indonesia. Kebab bukanlah makanan kegemaran sepanjang masa. Ia boleh dikategorikan sebagai makanan yang bermusim. Ramai yang ingin tahu bagaimana rasanya semasa mula diperkenalkan. Oleh kerana ia bukanlah makanan kegemaran sepanjang masa, maka orang ramai mungkin akan bosan dengan kebab. Lebih-lebih lagi, apabila kita makan kebab sahaja, mungkin kita rasa belum cukup puas kerana ia tidak cukup mengenyangkan. Kebab sering dianggap sebagai makanan ringan.

Ini berbeza dengan jenis makanan kegemaran sepanjang masa bagi orang Malaysia. Ciri-ciri makanan kegemaran sepanjang masa sudah tentunya enak dan mengenyangkan. Ia boleh dimakan pada waktu siang dan malam. Contoh makanan kegemaran sepanjang masa bagi kebanyakan kita adalah nasi goreng, roti canai, nasi lemak dan ayam goreng.

Bagaimana untuk meneruskan perniagaan kebab anda yang semakin merosot? Ada beberapa pilihan strategi.

1.Teruskan menjual kebab, tetapi tambah pilihan kebab dengan perisa baru.

Anda boleh menukarkan perisa sos, daging yang digunakan, atau tahap kepedasan. Contohnya, tambahkan menu kebab dengan pilihan sos “light”, “standard” sehinggalah “super hot”. Menu baru lain boleh divariasikan dengan jenis daging, bukan setakat lembu dan kambing biri-biri, tetapi cuba pilihan daging ayam dan ikan. Untuk memvariasikan menu, anda boleh fikirkan apakah yang belum ditawarkan oleh peniaga lain ketika ini. Contohnya “Kebab Super Crispy”, iaitu kebab yang mempunyai kulit yang rangup. Inovasi memang perlu bagi para peniaga kerana orang ramai memang berminat mencuba sesuatu yang baru dan boleh bosan menikmati makanan yang sama sahaja. Jangan lupa pasang sepanduk yang menarik perhatian dan memberitakan menu baru supaya lebih ramai yang tertarik dengan kebab anda.

2.Tambah menu baru selain daripada kebab.

Anda boleh tambah menu makanan kegemaran sepanjang masa seperi mi ayam, nasi goreng, kentang goreng . Anda juga boleh membuat pakej seperti pakej kebab dan nasi goreng dengan harga istimewa. Menambah menu baru bertujuan untuk memenuhi kehendak segmen yang mencari makanan standard atau kombinasi. Ternyata dengan menambah menu baru, perniagaan makanan kita tidak menunjukkan ‘kepakaran’ tertentu tetapi ia memperluaskan perniagaan. Ini bertujuan untuk menjangkau pelanggan dengan lebih ramai.

3.Jangan lupa memberi penampilan baru serta layanan yang lebih baik dari sebelum ini.

Ini penting supaya menu baru yang ditawarkan semakin berjaya kerana diiringi dengan layanan yang lebih ramah, sopan, mesra dan bersih.

Demikian tips untuk memajukan perniagaan kebab yang ingin kami kongsikan. Selamat mencuba strategi di atas. Semoga ia dapat menaikkan kembali perniagaan kebab anda.