4 Tips Hasilkan Content Facebook Yang Hot

0
94

Adalah salah jika anda berfikir bahawa dengan membuat post  (content) dalam Facebook, maka ianya akan terus dapat dibaca oleh para peminat anda. Belum tentu lagi. Terdapat lebih daripada satu billion pengguna Facebook dan lebih 18 juta halaman jenama di Facebook. Ini menyebabkan kebarangkalian untuk mesej anda muncul tepat di tengah halaman Facebook seseorang adalah sangat kecil.

Ini belum mengambil kira algoritma news feed Facebook yang diatur untuk kemudahan pengguna, tetapi menyukarkan lagi tugas seorang penghubung. Sebagai seorang penghubung, anda harus mempertimbangkan semua faktor tersebut ketika membuat post konten dalam Facebook.

Michelle Mastrobattista, Pengarah Komunikasi Digital Syarikat Solomon McCown & Company, menunjukkan cara untuk mendapat pendedahan konten dalam Facebook sewaktu Digital PR Summit di San Francisco baru-baru ini.

Berikut adalah tips yang diberikan:

a.Kenali algoritma yang digunakan
Terdapat 100, 000 individu yang menentukan penempatan algoritma news feed dan cara mendapatkan penempatan yang baik merupakan rahsia yang dijaga rapi. Tetapi ada beberapa perkara yang mungkin dapat membantu. Perhatikan status hubungan, jenis pos, ad clicks, peranti yang digunakan dan pertimbangan teknikal, serta 50 interaksi terakhir yang anda lakukan.

b.Kenali audiens anda
Insights adalah aplikasi yang ditawarkan oleh Facebook secara percuma. Aplikasi ini membolehkan anda mengetahui banyak perkara tentang para peminat anda. Anda dapat mengetahui pola aktiviti dan merancang waktu dan konten dari post anda agar ianya lebih efektif.

c.Menganalisa jenis post
Anda dapat melakukan analisa penglibatan orang untuk membantu dalam menentukan jenis post yang lebih menarik perhatian dan popular di kalangan para peminat. Adakah mereka lebih menyukai post berupa teks, foto, video atau pautan (link)? Kenalpasti dan atur post anda mengikut hasil analisa tersebut.

d.Buat content yang bagus
Akhir sekali, pastikan content post anda menarik, unik dan original. Sia-sia sahaja mengetahui semua data algoritma tetapi konten post tidak bagus. Ketika membuat konten, cuba tanya pada diri sendiri, adakah anda akan memberi konten ini kepada orang lain? Jika jawapannya tidak, segera gantikan konten dan cari yang lebih menarik. post yang tidak mendapat like atau komen dapat mengganggu skor affinity anda dan mengurangkan carian organik anda.