5 Perkara Yang Dipelajari Daripada Strategi Content Marketing Coca Cola

0
1398

Coca Cola telah menjadi budaya popular selama lebih 100 tahun dan digelar “Jenama Visi” atau “Vision Brand”.

Kegiatan pemasaran dan komunikasinya mempunyai tujuan dan menghubungkan para audience dengan cara yang menjadikannya lebih unggul daripada pesaing-pesaing.

Misi Coca Cola bukan tentang penjualan produk tetapi melakukan perubahan positif yang nyata di dunia, yakni menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Pernyataan misi Coca Cola

  • Untuk menyegarkan dunia
  • Untuk menjadi inspirasi detik optimis dan kebahagiaan
  • Menghasilkan nilai dan melakukan perubahan

Akhir-akhir ini mereka menyedari bahawa strategi pemasaran yang telah membuahkan kejayaan bagi mereka berdekad lamanya perlu diubah dan dengan itu mereka telah beralih daripada “Kecemerlangan Ciptaan” (Creative Excellence) kepada “Kecemerlangan Content” (Content Excellence).

Kecemerlangan ciptaan telah lama menjadi jiwa pengiklanan Coca Cola dan mereka telah mengambil keputusan yang sekarang, content adalah kunci pemasaran abad ke-21 di jaringan sosial.

Coca Cola menganggap content sebagai suatu kemestian dan unsur untuk “brand engagement”.

Apakah yang boleh dipelajari daripada strategi pemasaran Coca Cola?

Pelajaran 1: Hasilkan Liquid Content

Tujuan kecemerlangan content ialah penghasilan idea yang boleh tersebar luas sehingga ia tidak terkawal. Inilah yang dinamakan “liquid content”.

Dalam jaringan sosial, orang ramai dapat berkongsi idea, video dan foto dengan mudah dalam media sosial seperti Facebook.

Jadi, hasilkan content yang menarik untuk dikongsikan, dalam bentuk imej, video mahu pun artikel.

Pelajaran 2: Pastikan Content Anda Berkait

Langkah seterusnya, pastikan idea-idea ini menghasilkan content yang berhubung kait dengan

  • Objektif perniagaan syarikat anda
  • Jenama
  • Minat pelanggan

Inilah yang dikatakan content yang berkait…. Content yang relevan dan berhubung kait dengan objektif dan jenama syarikat.

Pastikan content tersebut menyampaikan mesej yang sejajar dengan misi dan nilai-nilai syarikat anda.

Pelajaran 3: Mulakan Perbualan

Coca Cola menyedari bahawa pelanggan mempunyai lebih banyak cerita dan idea daripada syarikat itu sendiri, maka galakkan perbualan, bertindak dan bertindak balas dalam perbualan itu 365 hari dalam setahun.

“Distribution Technologies” terbaru dalam bentuk Twitter, YouTube and Facebook memberi jangkauan dan kuasa dalam tangan pelanggan yang lebih kuat dari sebelum ini.

Jangan hanya membuat paparan, tetapi berinteraksilah dengan audience dan tribe anda.

Pelajaran 4: Beralih Kepada “Penyampaian Cerita Dinamik”

Dalam media tradisional, penyampaian cerita adalah statik dan sehala. Televisyen dan surat khabar menyampaikan cerita pada anda tanpa saluran untuk berinteraksi.

Coca Cola telah menyedari bahawa untuk memajukan perniagaan dalam media sosial, mereka perlu beralih daripada “Penyampaian Cerita Sehala” kepada

“Penyampaian Cerita Dinamik”.

Ini bermaksud anda perlu membenarkan suatu cerita digubah ketika anda berinteraksi dan berbual dengan pelanggan-pelanggan anda. Anda perlu berbual dengan pelanggan anda melalui pelbagai format media dan jarngan sosial.
Penyampaian cerita telah beralih daripada statik dan sehala, kepada cerita dari pelbagai sudut pandangan, menarik dan boleh disebarkan.

Pelajaran 5: Berani dan Kreatif Dengan Ciptaan Content Anda

Sebahagian daripada strategi pemasaran content Coca Coala ialah menerapkan prinsip pelaburan 70/20/10 bagi menghasilkan “liquid content“.

  • 70% daripada content anda mesti berisiko rendah. Ia pendapatan tetap dan periuk nasi dalam pemasaran (mudah dilakukan dan hanya memerlukan 50% dari masa anda).
  • 20% daripada penghasilan content harus berbentuk inovasi terhadap kaedah-kaedah yang telah berjaya.
  • 10% daripada pemasaran content adalah idea berisiko tinggi yang di masa hadapan berpotensi menjadi yang 70% atau 20%…. Bersedia untuk gagal.

Ini memberikan anda blueprint untuk kemajuan daripada suatu draf kertas putih; untuk mencuba content yang lebih visual, berani dan menarik dalam dunia internet yang banyak menggunakan multimedia dan content yang interaktif.

Iklan 30 Saat Di TV Bukan Lagi Raja

Coca Cola telah membuat kesimpulan yang dunia telah berganjak daripada iklan TV 30 Saat. Begitu juga dengan jenama Old Spice dan banyak lagi perniagaaan lain yang telah mempergunakan media sosial sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran mereka.

Kita perlu bergerak ke arah model kerjasama dengan pelanggan yang mencipta buzz dan pendekatan yang lebih interaktif untuk menghasilkan content.

Mempelajari cara untuk membuatkan perbualan lebih menarik, bertindak dan berinteraksi menjadi sangat penting.

Idea pelanggan, kreativiti dan perbualan bebas dilakukan lewat evolusi jejaring sosial. Mempelajari cara untuk memanfaat dan mengolah perbualan-perbualan tersebut bagi menonjolkan jenama telah menjadi semakin penting dalam pemasaran.

Bagaimana Dengan Anda?

Adakah anda memulakan perbualan melalui pemasaran? Berapa ramai yang bercerita tentang anda dalam Facebook?

Adalah anda membunyai liquid content, berkait dan mempunyai pelbagai aspek?