6 Langkah Menghasilkan Iklan Produk yang Boleh Menjual

0
266

Keterangan atau description seumpama brochure bagi kedai online anda. Keterangan yang baik akan memberi maklumat terperinci tentang produk sekaligus membantu anda menjual produk tanpa perlu melakukannya secara bersemuka. Dalam bidang pemasaran, seni penulisan meyakinkan atau persuasive untuk menarik pelanggan disebut sebagai copywriting. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa untuk menulis keterangan tentang produk yang hendak dijual, anda boleh mempraktikkan tips-tips mudah seperti di bawah:

Berikut adalah 6 perkara yang dapat anda lakukan untuk membuat keterangan produk yang dijual:

1. Tulis Kepada Pasaran Sasaran

Sesuaikan gaya penulisan dan pemilihan kata-kata anda dengan pasaran sasaran. Adakah pelanggan anda kebanyakannya wanita? Atau kanak-kanak? Berapa usia mereka? Bagaimana mereka berbicara dalam kehidupan sehari-hari? Apakah perkataan yang jarang digunakan? Semakin banyak yang anda ketahui tentang hal-hal seperti ini, semakin berkesan keterangan produk, dan ini membuatkan pelanggan anda berasa selesa seperti di rumah.

2. Jangkakan Pertanyaan Yang Sering Disoal

Jika produk anda mempunyai ramai peminat, anda akan menyedari pola pertanyaan yang sering ditanya tentang produk yang dijual. Anda boleh menulis senarai FAQ (frequently asked questions) atau soalan yang sering ditanya serta jawapannya dalam bahagian keterangan. Selain membantu anda mengurangkan sedikit penjelasan melalui telefon, SMS dan e-mel kepada pelanggan, ia juga akan membantu pelanggan anda menjawab soalan-soalan umum yang mungkin ingin ditanya.

3. Jangan Copy-Paste

Terutamanya bagi anda yang bertindak sebagai reseller produk tertentu, jangan sekali-kali copy bulat-bulat keterangan produk dari pengilang ke kedai online anda. Apa tah lagi jika keterangan produk dalam Bahasa Inggeris, sedangkan pasaran anda dalam Bahasa Malaysia. Walaupun pendek, buat penulisan tentang produk yang original, yang memang sesuai dengan kedai online anda. Jika boleh, setiap produk dalam kedai yang berbeza, mempunyai keterangan yang berbeza, kecuali spesifikasi produk.

4. Contoh Keterangan Produk Orang Lain Yang Sudah Laku
Jika anda runsing tentang bagaimana untuk mula menulis keterangan produk anda, rujuk saja produk paling popular di halaman ebay, lelong.com.my. Pelajari bagaimana pemilik kedai tersebut menulis keterangan produknya. Kenalpasti gaya penulisan keterangan produk dan sesuaikan dalam penulisan keterangan produk anda.

5. Optimise Keterangan Produk Anda Untuk Enjin Carian
Setelah selesai menulis keterangan produk, baca semula perlahan-lahan. Edit dan tambah kata kunci yang sesuai dengan produk anda. Ini akan membantu produk anda dari segi SEO.

6. Buat Tawaran
Perasaan takut kehilangan lebih berpengaruh daripada perasaan ingin memiliki. Tulis tentang tawaran anda dan berikan tempoh atau perkara lain yang menimbulkan perasaan kehilangan jika pelanggan anda tidak membuat pembelian segera. Contohnya:

“Kiriman percuma untuk semua jenis produk sehingga pukul 17:00.”
“Jualan Larut Malam! Diskaun 20% untuk semua produk dari jam 00:00 hingga 01:00.”
Atau yang sering anda lihat di TV:
“……Isnin harga NAIK!”
Dengan tawaran seperti ini, anda akan mewujudkan perasaan tergesa-gesa dalam hati pelanggan dan membina momentum supaya mereka segera membeli.

Selamat mencuba.