Mahu Pasarkan Produk Anda? Ke Mana?

0
1331

Apabila anda berhasrat untuk memasarkan produk anda, tentu anda menanyakan diri anda seperti di atas. Di manakah tempat terbaik untuk anda memasarkan produk? Apakah pasaran terbaik yang boleh anda sasarkan? Apakah cara yang sesuai untuk membuat sasaran?

Mahu Pasarkan Produk Anda? Ke Mana?

Pasaran Produk.

Secara umumnya pasaran terbahagi kepada pasaran borong dan pasaran runcit. Maksudnya, produk anda boleh dijual kepada ejen yang akan mengambil produk anda secara borong supaya boleh dijual semula.

Namun ada juga pasaran runcit, yang membolehkan anda bertemu terus dengan para pengguna sebenar produk anda.

Berbicara tentang pasaran dari pengguna sebenar, anda tidak boleh menganggap yang kita hanya bertemu dengan pembeli individu. Berikut adalah beberapa klasifikasi pengguna:

Pengguna individu atau perseorangan yang membeli produk anda mengikut kepentingan peribadi.

Pengguna korporat yang membeli produk anda untuk penggunaan ramai tetapi bukan untuk dijual semula.

Pengguna industry yang membeli produk anda untuk kemudian diolah kembali menjadi produk baru.

Pengguna kerajaan yang membeli produk anda untuk dijual kembali dengan harga lebih rendah , untuk membolehkan penggunaan orang ramai.

Bagaimana anda memasarkan produk anda?

Dalam memasarkan produk, anda perlu terlebih dahulu menentukan sasaran anda. Siapakah pengguna yang anda sasarkan? Selepas itu, tentukan strategi efektif dalam menarik minat bakal pengguna anda.

Teknik atau strategi pemasaran yang biasa digunakan adalah

Penjualan kepada kedai-kedai.

Perkara utama dalam perniagaan dengan kedai atau showroom seperti ini adalah anda perlu berusaha menarik pelanggan datang ke kedai anda. Biasanya pelanggan akan membeli secara automatik jika sudah memasuki sebuah kedai.

Penjualan melalui pelbagai syarikat penjualan. seperti supermarket atau jaringan minimarket.

Cara ini membolehkan produk anda masuk dalam sebuah pasar yang akan selalu didatangi ramai orang yang memang bertujuan untuk berbelanja.

Pemasaran melalui sistem ejen.

Ejen ini befungsi sebagai mesin iklan bagi anda, yang secara lansung mempromosikan produk anda. Biasanya ejen mendapat peratusan bahagian dari jumlah keuntungan.

Pemasaran melalui media promosi.

Biasanya melalui iklan di pelbagai media, baik media cetak mahupun televisyen.

Pemasaran secara online. Ini adalah cara kaedah terbaru dalam pemasaran. Bahkan tak kurang yang menjual pula melalui internet.