MANFAAT MINUM KOPI UNTUK KESIHATAN ANDA!

Pada hari ini, minuman kopi merupakan antara minuman yang cukup digemari ramai tidak mengira usia. Selain itu, kopi juga banyak dijual di merata tempat. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kopi di Starbucks, Old Town White Coffee, The Coffee Bean atau anda boleh juga bancuh sendiri mengikut citarasa anda. Tahukah anda bahawa kopi juga bagus untuk kesihatan? Berikut dikongsikan antara manfaat kopi yang boleh didapati dan kaitannya dengan kesihatan.

  1. Mampu Meningkatkan Daya Ingatan Jangka Pendek
  • Tahukah anda dengan pengambilan secawan kopi boleh meningkatkan keupayaan ingatan manusia dalam jangka pendek? Ini kerana terdapat kajian yang telah membuktikan dengan minum secawan kopi, boleh meningkatkan fokus dan dalam masa yang sama dapat mengingati sesuatu perkara dengan efektif.
  • Selain itu, ada juga yang mengambil minuman kopi sekurang-kurangnya satu cawan di pejabat supaya dapat fokus dan berupaya melakukan kerja dengan pantas.
  • Seterusnya, untuk pengetahuan anda, terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Finland mendapati bahawa dengan mengambil minuman kopi, anda mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia sebanyak 65% di kemudian hari.
  1. Merupakan Sumber Antioksida yang Sihat
  • Apakah yang dimaksudkan dengan antioksida? Jika anda nak tahu, antioksida yang dimaksudkan di sini ialah merupakan sejenis bahan yang berupaya melindungi sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Tambahan pula, radikal bebas boleh memudaratkan kesihatan kerana boleh mendatangkan risiko penyakit jantung, kanser dan penyakit-penyakit lain.
  • Di samping itu, antioksida juga membantu meningkatkan tahap kualiti kesihatan kita. Bagaimana? Dengan cara melindungi sel-sel yang terdapat dalam badan kita daripada mengalami sebarang kerosakan. Selain itu, minum kopi juga dipercayai berupaya mencegah penyakit kardiovaskular.
  1. Membantu untuk Mencegah Kanser Tertentu dan Penyakit Diabetes
  • Menurut kajian, lelaki yang minum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dijangkiti penyakit kanser prostat.
  • Bagi wanita pula, terdapat kajian yang menunjukkan dengan pengambilan kopi secara rutin akan berupaya mengurangkan risiko kanser endometrium atau dikenali sebagai kanser lapisan rahim sebanyak 25%.
  • Seterusnya, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan ke atas kopi yang menyatakan bahawa kopi boleh mengurangkan risiko penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis. Dalam pada ini, kajian pada tahun 2009 mendapati bahawa dengan pengambilan kopi secara rutin berupaya menurunkan risiko penyakit diabetes sebanyak 7%.
  • Selain itu, kopi juga berupaya melindungi kita daripada risiko kanser hati, payudara dan penyakit kardiovaskular.

Akhir kata, suka untuk diingatkan bahawa pengambilan kopi dengan perasa atau gula tambahan yang berlebihan adalah tidak digalakkan kerana akan menjejaskan tahap kesihatan anda. Pengambilan kopi yang berlebihan juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, minumlah kopi dengan kadar yang sederhana. Semoga bermanfaat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain