Reka Laman Web Yang Dapat Mengganggu SEO (Search Engine Optimization) Kesilapan SEO

0
438

Jangan silap, SEO bukan sentiasa berkenaan kata kunci semata-mata. Banyak faktor yang dapat mempengaruhi kejayaan atau kegagalan SEO yang telah anda rancangkan, salah satunya adalah reka laman web. Sudah tentunya jika anda ingin Laman Web yang mudah ditemui, anda perlu mempertimbangkan reka laman web anda.

Sebagai contoh; setelah meneliti, bulan lalu laman web anda dikunjungi secara rawak, sebanyak 10 ribu pengunjung setiap minggu, tetapi setelah melakukan sedikit perubahan terhadap reka laman web – pengunjung laman web anda berkurang menjadi hanya 100 orang. Oleh yang demikian, maka anda harus mencurigai ia berpunca daripada perubahan yang dibuat terhadap reka laman web baru.

1. Menggunakan Java pada laman web

Semua pasti ingin mempunyai halaman utama yang ranggi, tetapi sekiranya ini menyebabkan masalah SEO, maka lebih baik anda mempertimbangkannya semula. Ramai yang terjebak dalam penggunaan Java kerana ia dianggap ranggi, tetapi akibatnya, Java akan menjadi penghalang diantara laman web dan mesin carian.

2. Penggunaan Bingkai

Jangan membuat tulisan yang kemudian terbahagi dalam beberapa bingkai pada laman web anda. Sayang sekali, setelah anda penat menulis, tetapi mesin carian tidak mampu menemui penulisan anda.

Ini disebabkan laman web yang menggunakan bingkai memerlukan tiga fail html yang berbeza untuk menghasilkan satu laman web. Ini berbeza dengan laman web biasa yang hanya memerlukan satu fail html. Fail yang berbeza ini akan menyebabkan mesin carian terkeliru, hingga akhirnya, mesin carian harus memilih satu sahaja daripadanya. Oleh itu, bagi laman web yang biasa, keberkesanan carian adalah satu, maka untuk halaman web yang mempunyai bingkai keberkesanan carian berkurangan menjadi satu per tiga.

3. Mengganti Judul Dengan Gambar

Kadangkala anda ingin membuat judul tampak lebih ranggi, dan mengambil keputusan untuk menggunakan judul berformat jpg atau gif. Memanglah ranggi, tetapi ini juga akan menyukarkan SEO laman web anda.
Ini kerana SEO lebih mudah mengesan kata kunci dalam bentuk teks. Malah, kata kunci yang anda letakkan pada judul juga akan banyak mempengaruhi. Oleh itu lebih baik untuk membuat judul yang mempunyai kata kunci isi laman anda dalam format teks.

4. Menggunakan ‘pop-up’

Apakah tindakan anda apabila melihat pop-up muncul di laman web yang anda buka? Sudah tentu anda akan mengklik tutup, kerana anda memang tidak menyukainya. Seperti anda juga, mesin carian juga berpendapat demikian, ia tidak mengenali pop-up sebagai sebahagian daripada laman web anda.
Untuk membuat sebuah laman web yang banyak dikunjungi, anda perlu memahami kedua-duanya, iaitu mesin carian dan manusia.