TikTok- Cara Pemasaran Baru 2021

0
283

Apa itu TikTok?

Korang nak tahu asal usul TikTok?? TikTok adalah aplikasi yang dibuat oleh Firma teknologi China bernama ByteDance, ianya adalah aplikasi media sosial yang membolehkan kita merakam, mengedit, dan berkongsi video pendek yang berdurasi 15 atau 60 saat dengan overlay muzik, kesan bunyi, dan kesan visual.

Siapa yang menyangka, aplikasi ini kini mempunyai lebih dari 500 juta pengguna aktif bulanan. Ramai yang menyangka, aplikasi TikTok ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan dirasakan tidak bermanfaat disebabkan video-video orang menari menyebabkan segelintir masyarakat merasakan aplikasi ini akan merosakkan pemikiran manusia.

Ada beberapa jenis video TikTok yang boleh kita hasilkan iaitu:

  1. Muzik video atau montaj
  2. Komedi pendek
  3. Video dengan effect yang menarik.
  4. Video duets.
  5. Challenge video
  6. Tutorial video.

Itu adalah contoh-contoh video yang boleh kita mula marketingkan perniagaan kita jika ingin mula menggunakan TikTok. Walau TikTok mungkin dirasakan seperti platform yang agak pelik untuk menjalankan marketing, populariti dan susun aturnya yang fokus pada video membuka pelbagai peluang pemasaran dan kesedaran jenama yang unik.

TikTok tidak dapat memautkan pautan ke laman web dan baru-baru ini pengiklanan boleh dijalankan. Perniagaan ini lebih fokus pada peningkatan branding dan bukannya untuk terus membuat jualan secara terus.

Contoh video yang mempunyai branding yang kuat, bahkan dari syarikat yang lebih besar dapat membantu kita dengan content berguna yang berkaitan dengan strategi pemasaran kita, muat turun dan mulakan percubaan.

Semasa kita mula untuk mengeluarkan idea TikTok pertama, berikut adalah beberapa cara untuk membantu menghasilkan video TikTok yang menarik:

  1. Cuba gunakan filter serta muzik trending.
  2. Jangan takut untuk menjadi lawak.
  3. Gunakan hastag dan ikuti challenge yang terbaru untuk lebih banyak penglibatan.
  4. Gunakan kaedah kreatif untuk mempamerkan jenama, produk, atau perkhidmatan kita.
  5. Mempertimbangkan untuk menggunakan video untuk memperlihatkan aktiviti tadbir perjalanan perniagaan kita.

Banyak kelebihan aplikasi TikTok ini sekiranya kita bijak memanfaatkan platform ini samaada untuk perniagaan produk kita.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain