Tips Mendapatkan Banyak Pengunjung Blog

0
445

Rajin kemaskini Blog Anda

Tips Mendapatkan Banyak Pengunjung Blog: Kekerapan menambah posting dalam blog merupakan perkara paling penting untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda.

Semakin banyak artikel yang anda tulis, maka semakin banyak juga artikel yang terindeks oleh mesin carian. Ini menyebabkan blog dianggap berkualiti dan akan disarankan oleh mesin carian, dan mungkin akan ditempatkan di halaman pertama keputusan carian kata kunci.

Namun dalam mengarang sesuatu artikel, janganlah terlalu memikirkan keaslian semata-mata. Ada beberapa etika yang harus diikuti seperti:

  • Artikel harus haris karangan asli. Jangan menciplak artikel orang lain.

  • Pilih kata kunci yang kerap dicari tetapi persaingan rendah (kamu boleh menggunakan Google Adwords)

  • Gunakan struktur artikel yang baik (rujuk kepada laman Wikipedia)

 

Tampilkan URL Blog Di Foto Profil Facebook

Facebook merupakan media sosial yang paling popular di zaman ini. Tidak salah untuk kita memanfaatkan populariti Facebook untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita.

Daripada pelbagai tarikan Facebook, foto profil mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sewaktu pertama kali berkenalan dengan sesiapa di Facebook, nama dan foto profil merupakan perkara yang pertama dilihat. Oleh yang demikian, buatlah pilihan yang terbaik dan yang memberi kesan positif pada foto profil kamu (“Sebuah buku akan laris jika muka depannya bagus dan menarik”).

Jadilah Blogger Jemputan di Blog Lain

Blogger jemputan merupakan seorang blogger yang bertandang ke blog lain untuk menjadi penulis di situ.

Antara faedah yang diperolehi apabila menjadi bloger jemputan adalah:

  • Anda akan dikenali oleh pemilik serta pembaca blog yang kamu lawati
  • Melatih kemampuan kamu dalam penulisan
  • Meningkatkan kredibiliti kita

 

Mengadakan Peraduan

Peraduan merupakan salah satu cara mendapatkan limpahan pengunjung, kerana percaya atau tidak, dengan mengadakan peraduan maka pengunjung blog kita mampu bertambah.

Antara peraduan yang biasa dibuat adalah:

  • Peraduan SEO. Biasanya diadakan berdasarkan kata kunci tertentu
  • Peraduan membuat ulasan. Biasanya dilakukan supaya orang ramai membuat post artikel yang berkaitan dengan blog kita.

Anda tidak perlu risau tentang hadiah. Ini kerana hadiah tidak semestinya mahal, tetapi hadiah yang sederhana dan berguna untuk peserta peraduan.

 

Pakai Baju-T Yang Mempunyai Tulisan Alamat Blog Anda

Baju-T merupakan pakaian yang boleh dipakai sesiapa sahaja. Jadi ambillah kesempatan menggunakan Baju-T untuk mengiklankan blog anda dengan mereka corak Baju-T yang menarik dan muatkan dengan nama dan alamat blog anda.

Anda boleh memakainya sendiri dalam segala aktiviti. Atau anda boleh memberikannya kepada sahabat rapat anda.