10 Cara Meningkatkan Keuntungan Perniagaan (Profit-Margin)

0
2796

Ramai pemilik perniagaan berpendapat bahawa mereka perlu meningkatkan jualan dengan mendadak untuk membolehkannya memperolehi keuntungan yang lebih tinggi. Tetapi selalunya ini sukar dicapai, lebih-lebih lagi dalam jangka masa pendek.

Ambil sebagai contoh, seorang bakal pelanggan yang saya temui lebih kurang setahun yang lalu mengalami masalah. Dia tak putus-putus bercakap tentang meningkatkan harga jualan kepada pelanggan baru. Tetapi saya menganggarkan purata jualan setiap pelanggan dan prospek kadar penukaran (daripada bakal pelanggan kepada pelanggan) adalah sangat rendah sehinggakan dia memerlukan 3, 750 perjumpaan dengan bakal pelanggan pada tahun hadapan hanya untuk mencapai breakeven-point!

Ada cara lain untuk mendapatkan banyak jualan, atau meningkatkan keuntungan. Dengan mengekalkan jumlah pelanggan yang sama, tahap jualan fizikal yang sama, sistem yang sama, tiada pekerja tambahan atau kos overhead tambahan, premis dan kapasiti yang sama – alangkah baik bukan?

Berikut adalah 10 tips:

1. Kira berapa banyak keuntungan kasar anda

Pastikan anda tahu maklumat terkini, keseluruhan keuntungan kasar anda. Jangan gunakan nilai anggaran inventori dalam laporan kewangan tahunan sebelum ini. Sediakan akaun sehingga ke hujung bulan sebelumnya daripada perisian perakaunan anda. Menggunakan sistem inventori, jadi anda tidak lagi perlu membuat kiraan stok (stock take). Gunakan nilai bandingan (benchmark) daripada akauntan anda.

2. Lakukan analisa terhadap nilai keuntungan anda

Nilai keuntungan kasar anda sebelum ini mungkin mengelirukan. Cari nilai untung kasar bagi produk dan perkhidmatan secara berasingan, dan selepas itu lakukan analisa terhadap keuntungan kasar bagi setiap bahagian, kategori produk, pembekal atau pelanggan  bersesuaian dengan perniagaan anda.

Dengan cara ini anda akan dapat mengenalpasti aktiviti atau produk mana yang memberi keuntungan yang rendah atau merugikan dan yang mana lebih menguntungkan. Dengan itu anda boleh menghentikan jualan yang kurang menguntungkan dan fokuskan kepada yang lebih menguntungkan.

3. Naikkan harga

Ya, saya tahu ini mungkin sukar. Tetapi kerapkali pemilik perniagaan lebih bimbang tentang harga berbanding dengan pelanggan. Anda perlu menerima hakikat ini, kos overhead perniagaan sentiasa meningkat. Ya, kita mungkin akan kehilangan sebilangan pelanggan .

Walau bagaimana pun, jika keuntungan anda adalah 50%, kenaikan harga sebanyak 10% bermaksud anda boleh kehilangan 17% daripada pelanggan tetapi anda tidak akan lebih rugi.

4. Kaji semula semua harga

Adakah anda menawarkan harga yang sama untuk semua pelanggan? Jika ya, kenapa? Anda mungkin akan mendapati sesetengah pelanggan kurang sensitif terhadap harga, terutama sekali jika mereka yang tidak membayar sendiri contoh jabatan kerajaan atau organisasi besar. Adakah  anda menaikkan harga sesuai dengan kenaikan harga pengedar untuk mengekalkan persaingan?

5. Tiada Diskaun

Memberikan diskaun boleh memufliskan, banyak perniagaan yang tidak menyedari bagaimana ia mampu menjejaskan keuntungan. Pada nilai keuntungan yang sama pada 50%, jika diskaun harga adalah 10%, anda perlukan 25% dalam kenaikkan jualan hanya untuk kekalkan jualan.

6. Jangan bersaing harga

Gunakan kelainan anda dengan cara lain, samada dengan memberi nilai hebat, memberi layanan yang teristimewa atau mengurangkan kos (bukan kewangan).

7. Perolehi diskaun tunai daripada pengedar anda

Biasanya ini cara lebih baik daripada berunding untuk melewatkan pembayaran, walaupun anda membuat pinjaman.

8. Cegah Kecurian

Samada kecurian oleh pekerja, pelanggan, kehilangan wang tunai amatlah merugikan. Adakah anda mempunyai sistem anti-kecurian, termasuk untuk pekerja? Anda masih mengimbang-duga akaun? Siapa yang menjalankan aktiviti perbankan anda?

9. Teliti Semula Bil Pengedar

Periksa perkara  ini sendiri. Setelah beberapa ketika anda akan dapat merasakan jika ada sesuatu yang tidak kena. Jangan terkejut jika mendapati anda telah dikenakan bayaran lebih untuk barang dan perkhidmatan yang anda tidak terima atau anda dikenakan harga bil yang salah.

10. Gunakan Sistem Inventori

Dengan menggunakan sistem inventori, anda dapat menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada paras yang mencukupi  dan dapat memenuhi permintaan pasaran.  Ia dapat mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok dan produk yang tidak laku. Yang paling penting, anda dapat mengekalkan level inventori  mengikut keperluan supaya tidak menjejaskan aliran tunai perniagaan