Bolehkah Bisnes Survive Dengan Kontrak Kerajaan Sahaja?

0
290

kerajaan&swasta copy

Kontrak boleh lah diumpamakan secara simboliknya nadi kepada setiap syarikat. Usahawan melihat banyak kelebihan apabila syarikatnya berjaya memenangi sesebuah kontrak, sehingga ada yang menubuhkan syarikat semata-mata untuk mendapatkan kontrak. Tidak kira sama ada penender nya pihak kerajaan ataupun pihak swasta, memenangi kontrak bererti kita juga telah terdedah kepada banyak risiko. Bagi sesetengah usahawan, itu risiko yang mesti ditanggung – tidak boleh dielakkan dalam usaha mencari keuntungan. Ada juga usahawan yang beranggapan mendapat kontrak kerajaan seumpama satu rahmat besar dalam perniagaan!

Bagi memohon tender kontrak dengan kerajaan, usahawan tidak memerlukan modal yang besar. Hanya dengan RM2 sahaja mereka sudah boleh menubuhkan syarikat sendirian berhad dengan aktiviti kontraktornya, kemudian mendaftarkan nama syarikat itu di Kementerian Kewangan sebagai kontraktor. Sebagai mereka yang bakal mendapat kontrak sehingga ratusan juta, kontraktor tersebut perlu mempunyai pengalaman kerja yang baik dan telah membuktikan kebolehannya melalui rekod prestasi yang memuaskan. Kontraktor juga harus menunjukkan kesungguhan serta sanggup untuk mengeluarkan modal terlebih dahulu. Di samping itu, pengetahuan yang cukup daripada aspek teknikal dan pengurusan adalah perlu, agar mampu bersaing merebut peluang perniagaan yang semakin kompetitif.

[auth]

Ada pendapat yang mengatakan bahawa untuk mendapatkan kontrak kerajaan, seseorang itu perlu ada ‘kabel’ kuat dengan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, terutama mereka yang mempunyai kuasa memberikan kontrak-kontrak kerajaan. Ada juga usahawan yang dianugerahkan kontrak berdasarkan kebolehan mereka sendiri. Survival perniagaan dilihat banyak bergantung pada cara bagaimana mereka memperoleh kontrak tersebut. Sekiranya kontrak yang diperoleh atas sebab ‘kabel’ yang kuat, maka survival period mungkin agak singkat dan risiko yang bakal dihadapi juga agak besar. Kita harus sedar, bahawa ‘kabel’ yang kita ada itu, kebiasaannya tidak akan kekal lama dalam sesebuah kementerian atau jabatan. Kekerapan pegawai kerajaan bertukar jabatan ataupun atas sebab sudah mencapai umur persaraan, akan menyebabkan kita kehilangan ‘kabel’ tadi, lantas mengehendaki kita menjalinkan hubungan dengan pegawai yang baru pula. Begitu juga jika ‘kabel’ kita tadi terjalin atas dasar kesefahaman parti politik yang sama. Pertukaran pegawai akan menyukarkan urusan kerja-kerja kontrak, kerana kemungkinan besar pegawai yang baru mempunyai pilihan kontraktor nya sendiri.

Ini merupakan antara sebab mengapa kita juga perlu belajar untuk survive dalam pasaran terbuka dan jangan sesekali mengehadkan diri kita dengan kontrak kerajaan sahaja. Usahawan sepatutnya perlu mengelakkan diri daripada amalan ‘spoon-fed’, dan sebaliknya cuba untuk mencari peluang lain dalam pasaran luar. Ikut lah strategi perniagaan bangsa Cina yang sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik agar mereka berpeluang untuk mengembangkan syarikat yang mereka miliki. Kontraktor Bumiputera juga sepatutnya hanya menjadikan kontrak dengan kerajaan sebagai titik permulaan dalam perniagaan mereka. Mereka perlu memberikan komitmen dan kualiti kerja yang bagus agar mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Dengan rekod kerja yang bagus, tentu lah tidak sukar untuk masuk ke dalam pasaran terbuka yang lebih kompetitif. Namun pelbagai alasan diberikan oleh ‘usahawan kerajaan’ apabila disuruh untuk mencuba peluang di luar. Kata mereka sukar untuk bersaing disebabkan wujudnya diskriminasi terhadap kontraktor Bumiputera dengan hanya syarikat yang menjadi kroni sahaja layak mendapat kontrak. Sebagai kontraktor Bumiputera, kita seharusnya mencuba kesemua peluang yang ada dan lebih berani menghadapi risiko menceburkan diri dalam pasaran baru.

[/auth]