Idea Bisnes Ketika Berpantang – Untuk Kaum Ibu

0
1028

1.Bisnes freelance

Apa itu freelance? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Tapi, ini serius! Ibu-ibu yang sedang berpantang sangat sesuai menjalankan bisnes ini. Mudah dan anda tidak perlu bergerak banyak sesuai dengan keadaan anda yang sedang berpantang. Apa yang anda perlukan hanyalah computer/laptop dan Internet! Mudah bukan. Waktu kerja juga adalah fleksibel. Kerja-kerja freelance yang boleh anda lakukan adalah typing, menulis artikel, data entry dan juga translation. Ianya tidak memerlukan kelulusan yang tinggi, cukup sekadar jika anda tahu menggunakan Microsoft Word/Excel dan juga mahir dalam Bahasa Inggeris/Melayu. Terdapat banyak syarikat sama ada dalam atau luar negara yang menawarkan kerja-kerja sebegini secara freelance dengan harga yang lumayan. Anda hanya perlu Google dan cari tawaran yang bersesuaian dengan anda. Tapi pastikan dahulu kesahihan tawaran dengan membuat kajian mengenai syarikat tersebut terlebih dahulu. Selepas anda benar-benar yakin, barulah terima tawaran tersebut. Anda bukan sahaja dapat mengisi masa lapang ketika berpantang, malah juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta menjana pendapatan sampingan. Seronok bukan?

2.Bisnes cenderamata atau hamper

Bisnes ini juga tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan boleh dilakukan secara sambilan ketika menjaga anak. Ia hanya memerlukan modal kecil dan boleh dilakukan dari rumah sahaja. Tidak dinafikan, manusia kebiasaanya suka memberi dan menerima hadiah. Gunakan kreativiti anda untuk mencipta dan menjual produk-produk cenderamata ini. Anda boleh memulakan dengan produk cenderamata daripada bahan terbuang seperti bekas bunga telur daripada botol plastik. Selain itu, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan pembungkusan hamper. Pelanggan boleh memilih barangan yang hendak diletakkan di dalam hamper tersebut dan anda menyediakan servis pembungkusannya mengikut kreativiti anda.

3.Bisnes homemade cookies/biskut raya

Bagi ibu-ibu yang mahir membuat biskut, inilah masanya untuk anda menjana pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi sekarang musim hari raya bakal tiba. Ramai yang gemar untuk membeli sahaja memandangkan tidak cukup masa. Anda boleh memasarkan biskut anda secara meluas ke seluruh Malaysia dengan adanya kemudahan Internet dan media sosial.