Menjual Produk ke Luar Negara dengan Amazon FBA

0
1740

FBA atau Fullfilment by Amazon adalah peluang perniagaan atas talian yang kini sedang terkenal.

Ini adalah kerana prosesnya sangat mudah.

Selain daripada itu, ianya juga boleh dilakukan walaupun anda bukan orang Amerika.

Prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Cari produk dari Alibaba.com untuk dijual
  2. Hantar ke “gudang” Amazon.
  3. Daftarkan produknya untuk dijual di Amazon
  4. Selesai

Selebihnya Amazon yang akan menguruskannya.

Mereka yang akan menghantar produk tersebut kalau ada pesanan.

Sama juga seperti dropshipping yang dibincangkan di atas. Perbezaannya adalah, ini adalah Amazon, kedai atas talian terbesar di dunia.

Anda mungkin tidak memerlukan sebarang pemasaran.

Ini masih boleh dipermudahkan lagi.

Anda boleh memesan produk dari pembekal di China melalui Alibaba.com. Kemudian pembekal ini yang akan menghantar produk-produk tersebut ke Amazon.

Tugas anda hanyalah menjadi penghubung.

Ini beberapa kisah kejayaan dari orang-orang yang telah mencuba berniaga dengan FBA:

• Spencer Haws memperoleh $ 40,639 (RM 166,720) dalam tempoh 30 hari dengan FBA

• Kyle Taylor memperoleh $ 10,000 (RM 41,024) dalam 2 bulan

• Greg Mercer menjadi nombor 1 untuk kategori produk di Amazon