Peluang Perniagaan Francais 7-Eleven

1
2507

7-Eleven Reports Sales Increase

7-ELEVEN Malaysia Sdn Bhd, kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36, 000 cawangan di 16 negara. 

Pengarah Eksekutifnya, Ng Su Onn, berkata syarikatnya merancang membuka 2, 000 cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 50 peratus daripadanya dikendalikan francaisi.

Ketika ini, 7-Eleven Malaysia mempunyai 1, 050 cawangan di seluruh negara dan merancang membuka 90 lagi cawangan baru tahun ini, yang mana sehingga 50 daripadanya akan ditawarkan secara francais.

Kami membuka peluang kepada usahawan tempatan khususnya Bumiputera untuk menjadi rakan kongsi 7-Eleven bagi menjalankan operasi kedai serbaneka yang menawarkan lebih 2, 000 pilihan produk dan perkhidmatan, ” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat itu mensasarkan membuka 150 cawangan baru tahun depan dan menawarkan 100 kedai 7-Eleven untuk difrancaiskan kepada usahawan yang berminat. Katanya, 7-Eleven Malaysia melabur kira-kira RM50 juta bagi pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (IT) dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya.

Mengenai program francais 7-Eleven, Ng syarikat tidak mengenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan seperti kebanyakan francaisor lain. Katanya, ini bagi tidak membebankan francaisi dengan kos tetap yang tinggi seperti pelaburan untuk memiliki bangunan dan peralatan.

Sebaliknya, 7-Eleven akan berkongsi keuntungan kasar dengan francaisi, pada nisbah 50:50 bagi kos penyelenggaraan dan bil elektrik, ” katanya sambil menambah program francais 7-Eleven adalah berdasarkan model sokongan yang menyeluruh.

Daripada perkongsian keuntungan kasar itu, katanya, 7-Eleven akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan seperti lesen hartanah, peralatan, insurans am, royalti, audit inventori dan perkhidmatan barangan.

Untuk menjadi francaisi 7-Eleven, katanya bakal francaisi perlu melabur RM250, 000, yang mana RM100, 000 adalah untuk yuran permulaan yang digunakan bagi sistem dan penjenamaan, latihan.

Katanya, RM100, 000 lagi untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi perniagaan selama 10 tahun (perjanjian francais untuk selama lima tahun dengan kontrak secara automatik diperbaharui selama lima tahun lagi).

Sebanyak RM50, 000 pula akan digunakan sebagai deposit sekuriti bagi stok barangan.

Selepas 10 tahun, francaisi yang mahu memperbaharui kontrak mereka hanya perlu membayar yuran pelesenan, ” katanya.

Ng berkata, 7-Eleven Malaysia menyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan dan peralatan. Ini, katanya bagi membolehkan mereka menumpukan kepada operasi perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Katanya, bakal francaisi akan menjalani latihan antara enam hingga lapan minggu yang mana syarikat turut menyediakan bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang meningkatkan perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu.

Ng menambah, 7-Eleven Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM200, 000 kepada francaisi. Syarikat itu juga, katanya sedang memuktamadkan perbincangan dengan OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama.

Beliau menjelaskan, program francais 7-Eleven itu dibuka kepada mereka yang berusia antara 25 hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ia juga dibuka kepada pemilik kedai yang mahu menukarkan perniagaan mereka kepada kedai 7-Eleven. Beliau berkata, francaisi akan ditawarkan dengan kedai 7-Eleven sedia ada untuk menjalankan operasi selain latihan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan.

Daripada pengalaman 7-Eleven global, francaisi kebiasaannya mampu meraih keuntungan jualan antara 30 hingga 50 peratus selepas beroperasi dua hingga tiga tahun, ” katanya.

 

Siapa yang tak pernah membeli belah di 7 eleven? Ya, sila berkata jujur!

Sudah tentu jawapannya hampir kepada…..TIADA!

LATAR BELAKANG 7-ELEVEN

7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald’s dengan 1, 000 cawangan! Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.

7-Eleven menjual produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan “barang serbaneka” seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946.

Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100. Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas.[3] Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.[4]

Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.[5] Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat te;ah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.

Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991. Ito-Yokado kemudiannya membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di Amerika dengan penambahan 1, 000 stor.

Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia pula dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan merancang untuk berkembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun1984 oleh Berjaya Group Berhad.

Sebelum kita singkap apa itu perniagaan francais dengan 7-eleven, mari kita sama-sama fahami maksud perniagaan francais itu sendiri. Pasti ramai yang masih keliru, bukan? 

Perniagaan Francais di kategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula dikenali Francaisor. Perniagaan Francais adalah perniagaan yang memerlukan modal yang agak besar lebih kurang RM200, 000 sehingga RM2.5 juta untuk permulaan. Biarpun Perniagaan Francais sememangnya memerlukan modal yang besar, namun keuntungan yang akan diperoleh juga adalah berganda walaupun pulangan modal mengambil masa yang lama sehingga menjangkau bertahun-tahun. Namun begitu tidak semua orang mampu untuk memiliki peluang berniaga dengan modal yang agak besar tersebut memandangkan status kewangan serta syarat-syarat bank yang agak ketat dalam memberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan tersebut. Perniagaan Francais sememangnya mendatangkan keuntungan dari segi kewangan serta mendatangkan keuntungan yang amat lumayan.

7-ELEVEN Malaysia Sdn Bhd, pemilik dan pengendali rangkaian serbaneka 24 jam terbesar di Malaysia menggalakkan usahawan tempatan menyertai program francais berdasarkan kongsi untung bersama francaisi. Program itu juga tidak dikenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran, pengiklanan dan perkhidmatan selain terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 25 hingga 60 tahun dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Francaisi yang berpotensi perlu melabur RM250, 000 sebagai yuran permulaan francais, pelesenan selama 10 tahun dan sekuriti deposit. Selain itu, pengusaha perlu mengikut peraturan yang menjual produk-produk yang ditetapkan pihak pengurusan.

7-ELEVEN (M) Sdn Bhd (7-Eleven), pemilik dan pengendali rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara, memeterai kerjasama dengan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) untuk menawarkan peluang perniagaan kepada sekurang-kurangnya 100 pesara tentera menerusi sistem francais ditawarkan kedai serbaneka terkemuka itu.

Menerusi kerjasama itu, pesara terpilih mengikuti program francais 7-Eleven akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM100, 000 untuk membayar yuran francais dan kira-kira RM100, 000 lagi untuk tujuan inventori, manakala deposit sekuriti RM50, 000 pula bakal diberikan Pernama dalam bentuk pinjaman korporat.

Pengarah Eksekutif 7-Eleven, Ng Soo Ong, berkata untuk fasa pertama program terbabit, setiap calon terpilih akan diberi latihan sambil bekerja selama tiga bulan seterusnya diberi peluang sama ada untuk mengendalikan kedai 7-Eleven atau bekerja sebagai pengurus stor di mana-mana cawangan kedai serbaneka berkenaan.

Kerjasama ini antara usaha untuk mengukuhkan portfolio syarikat selain menawarkan peluang kepada pesara tentera memilih cara hidup alternatif selepas tamat perkhidmatan ketenteraan dengan menjadi francaisi kami.

Walaupun golongan ini (pesara tentera) mungkin tidak berpengalaman, namun mereka mempunyai tahap disiplin tinggi dan kami yakin mampu menguruskan francais 7-Eleven dengan baik. Malah, maklum balas diterima daripada pengurusan 7-Eleven di Amerika Syarikat (AS) yang memperkenalkan program sama untuk bekas tentera AS begitu positif, ” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara 7-Eleven dan Pernama di Kuala Lumpur, semalam.

Pesara tentera pun merebut peluang untuk berniaga dengan 7-eleven. Mengapa tidak anda?

Bunyinya memang menarik tapi bagi yang beragama Islam, ada sedikit masalah. Memandangkan pengusaha harus menjual produk-produk yang ditetapkan pihak pengurusan 7-eleven, dan produk itu termasuklah menjual arak, ini menyukarkan pengusaha Islam untuk merebut peluang sebaik ini.

Untuk mengelakkan keraguan dalam hal ini, diterangkan beberapa perkara.

Kontrak perjanjian francais itu harus diteliti. Jika di dalamnya ada klausa yang mewajibkan penjualan arak, maka dengan sendirinya kontrak itu tidak sah di sudut syariat (kerana mensyaratkan penjualan barangan yang haram). Jika masih boleh bertolak-ansur (boleh abaikan klausa penjualan arak), maka ianya diharuskan, seperti yang berlaku di 7Eleven di Kelantan yang tidak menjual arak. Ini kerana, 7Eleven itu sendiri bukanlah jenama arak, ataupun perniagaan yang berasaskan arak (seperti Carlsberg, Guiness Stout dsb). Jika Carlsberg itu sendiri menawarkan francais, maka adalah haram untuk menyertainya (sekalipun dalam kedai francais itu turut dijual ubat gigi Mukmin, Jus Tok Guru dsb..) kerana Carlsberg itu sendiri adalah jenama kepada perniagaan arak yang telah di paten.

Diharap artikel ini akan membantu mereka di luar sana untuk menjadi rakan niaga 7-eleven.