Perniagaan Penternakan Ikan Arowana (Kelisa)

0
1305

Perairan Malaysia merupakan sumber perairan yang sangat berpotensi sebagai habitat pelbagai jenis ternakan air. Faktor persekitaran fizikal mahupunpun faktor kimia dalam ekosistem perairan Malaysia cukup sesuai untuk populasi ikan arowana. Permintaan ikan arowana sebagai ikan hiasan amat popular di saat ini di Malaysia dan kian meningkat dari masa ke semasa.

Sementara itu, bekalan bagi memenuhi kehendak pasaran masih kurang. Hal ini disebabkan kurangnya pengetahuan para peternak ikan arowana di Malaysia tentang cara menternak ikan arowana dengan betul.

Ikan arowana merupakan ikan ketahanan tinggi yang dapat hidup hingga setengah abad bahkan lebih. Permintaan yang tinggi dengan bekalan semulajadi yang terbatas menyebabkan perlunya kawalan dibuat terhadap eksploitasi persekitaran.

Ikan arowana merupakan sejenis ikan air tawar yang memiliki ciri fizikal yang eksotik. Oleh sebab itu, ikan arowana dijadikan ikan hiasan yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan menjadi daya tarikan terutama sekali kepada kumpulan pencinta ikan hiasan yang mahu menjadikan ikan arowana sebagai peliharaan dan koleksi mereka.

Ikan arowana termasuk dalam keluarga ikan sungai atau dengan kata lain Osteoglossidae atau juga keluarga ikan lidah bertulang (bony-tongue), kerana bahagian dasar mulutnya berupa tulang yang berfungsi sebagai gigi.

Selain itu, arowana juga memiliki berbagai nama, contohnya ikan Naga, Barramundi, Platapad atau Kelisa bergantung dengan habitat hidup mereka. Bentuk dan rupa penampilan ikan arowana disifatkan sebagai cantik dan unik.

Badannya dapat tumbuh memanjang dan ramping, dengan gerak renang yang sangat anggun. Ikan arowana di habitat semulajadinya mempunyai variasi warna seperti perak, hijau, atau merah. Pada bibir bahagian bawahnya terdapat dua sesungut yang berfungsi sebagai pengesan getar untuk mengetahui posisi mangsanya di permukaan air.

Sesungut ini termasuk dalam kriteria penilaian keindahan ikan arowana itu sendiri. arowana merupakan ikan perenang permukaan, dan hal ini dilihat daripada bentuk mulutnya. Peringkat penternakan ikan arowana bermula daripada pemilihan benih yang akan dihasilkan.

Tahap pematangan gonad dapat dilakukan dalam akuarium berukuran 100cm x 80cm x 70cm dan diisi dengan air setinggi 60cm. Pilihlah induk arowana kemudian masukkan induk tersebut ke dalam akuarium yang telah diisi air.

Pembenihan ikan arowana akan dilakukan di kolam tanah yang berukuran ukuran 2000m2 dan diisi air setinggi 80cm. Pastikan bahawa air sentiasa mengalir berterusan dan kemudian masukkan induk ikan arowana tersebut ke dalam kolam.

Anda cuma perlu memberi gizi atau memberi makanan kerana ikan akan bertelur/bersenyawa secara semulajadi tanpa adanya bantuan.

Setelah beberapa bulan maka ikan arowana tersebut telah bersedia untuk diambil, iaitu ketika mencapai umur 3 bulan setelah musim hujan berlalu. Cara untuk mengambil ikan arowana sangat mudah. Anda hanya perlu menyurutkan ketinggian air dan menangkap induk arowana yang berada dalam kolam penternakan dengan skop jaring atau menggunakan jaring yang halus. Kemudian anda boleh mengambil benih arowana yang dihasilkan oleh induk ikan arowana dan bersedia untuk anda memasukkannya ke dalam akuarium pembesaran sepertimana anda melakukan pembesaran pertama tadi.

Demikianlah beberapa tips menjayakan penternakan ikan arowana yang boleh anda cuba.

Semoga berjaya!