Takoyaki – Bisnes Jalanan Yang Menguntungkan

0
1027

Kebiasaannya masyarakat hanya mengenali jemput- jemput pisang, bawang dan ikan bilis yang terdiri daripada adunan tepung bersama bahan- bahan terpilih lain sebelum digoreng di dalam kuali Tak pernahkah anda mendengar mengenai jemput-jemput Jepun atau namanya Takoyaki? Jemput- jemput yang digoreng bersama kobis cincang bersama sotong kurita yang dikemudiannya digoreng dalam kuali khas yang membentuk takoyaki menjadi bulat seperti
bola golf Ianya turut dihias dengan fish flakes, kicap cair dan mayonis

SAMBUTAN HANGAT DARI PELANGGAN

Untuk menjamah jemput- jemput itu kita tidak lagi perlu ke Jepun untuk merasai keenakkan makanan negara Matahari Terbit tersebut kerana juadah enak itu sudah agak lama sebenarnya bertapak di Malaysia. Kiosk atau gerai menjual takoyaki ini kebanyakkan ditemui di shopping mall atau pasaraya besar seperti Jusco. Juadah makanan ringan yang popular di Jepun itu semakin popular di Malaysia sehingga menyebabkan penggemar jemput- jemput
tersebut hingga sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

PULANGAN YANG MEMBERANSANGKAN

Bagi pengusaha perniagaan takoyaki Encik Ahmad Fazrin Abdul Rahman yang
mengusahakan perniagaan ini di ibu kota berkata, takoyaki yang dijual mendapat sambutan hangat dari pelancong dari dalam dan luar negara Katanya, dia boleh menjual sebanyak 700 biji takoyaki sehari. Ada juga yang pelancong dari Jepun yang memuji takoyaki yang dijual lebih sedap dari takoyaki di Jepun.

KREATIF DENGAN MENU

Perniagaan ini mungkin nampak ringkas tapi ianya mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan. Terdapat pelbagai jenis resepi dan ramuan yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti YouTube dan majalah. Disitu anda boleh lah mencuba resepi dan nemambah baik resepi anda mengikut kesesuaian.

Cari alternatif untuk membuat kelainan dari segi menu, anda boleh menambah takoyaki yang berinti dengan kepingan sosej dan cheese atau ketam dan juga udang supaya pelanggam mempunyai pilihan menu yang pelbagai.

PEMBUKAAN KIOSK DI PELBAGAI LOKASI

Takoyaki ini rata-rata dijual dengan harga RM4 sekotak untuk 3 biji. Waktu perniagaan pula bergantung kerana anda boleh melakukan bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Bisnes  pula boleh dijalankan bukan saja dengan membuka kiosk di shopping mall atau pasaraya. Malahan, pengusaha juga boleh membuka kiosk di pasar malam, pasar tani dan downtown. Pendek kata, lokasi- lokasi ini sememangnya ramai pengunjung dan kiosk takoyaki ini pastinya akan menjadi tarikan.