Tidak Mahu Menjadi Pereka Grafik? Cuba Jual Stockphoto

0
755

Katakanlah saya sedang membuat isi kandungan tutorial bermain gitar, bagi mempercantikkan lagi isi kandungannya, saya memerlukan gambar seseorang yang sedang bermain gitar.

Masalahnya, saya tidak boleh untuk menangkap gambar sendiri.

Mengupah jurugambar juga mahal.

Jalan penyelesaiannya adalah membeli lesen gambar tanpa royalti.

Gambar tanpa royalti merupakan gambar yang kita boleh gunakan untuk apa jua keperluan selepas kita membeli lesennya.

Sama juga seperti membeli stock rekaan grafik, tetapi bezanya dalam bentuk gambar.

Gambar-bgambar yang berkualiti dari jurugambar professional seperti ini banyak diperlukan oleh pemilik-pemilik laman web dan pembuat isi kandungan sebagaimana contoh yang saya berikan tadi.

Oleh kerana itulah peluang perniagaan ini sangat menarik untuk anda yang mempunyai hobi fotografi.

Contoh tempat yang menjual foto royalty-free:

  • iStockPhoto
  • ShutterStock

Peluang ini hanyalah untuk anda yang mempunyai kemahiran dan keperluan fotografi profesiional, kerana hasil gambar anda mesti berkualiti.

Walaupun jarang didengari, tetapi ada juga yang membeli gambar hasil dari kamera telefon bimbit iPhone.