3 Sebab Coca Cola Masih Tetap No#1

0
1000

Coca Cola pilihan No 1
3 sebab Coca Cola masih tetap menjadi pilihan ramai;

1.Formula rahsia produk Coke

Coke tetap menjadi pilihan ramai disebabkan keunikan rasanya yang tidak dapat ditiru oleh pesaing yang lain. Strategi pemasarannya adalah dengan menghebahkan kepada orang ramai bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah,  ramuan yang dikenali sebagai ‘7X’ yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Sehingga kini, semua masih tertanya-tanya apakah maksud di sebalik simbol ‘X’ itu.

2.Sistem distribusi yang telah merentasi seluruh dunia

Coca Cola telah beroperasi di lebih daripada 200 negara dan ini adalah satu perkara yang sukar untuk dikejar oleh para pesaingnya. Selain itu, Coca Cola terus mengukuhkan jenamanya dengan mengeluarkan produk baru atau menjenamakan semula produknya (contoh, Diet Coke) selain menggunakan pelbagai jenis slogan bagi menarik perhatian pembeli. Sebagai sebuah perusahaan minuman ringan terbesar di dunia, Coca Cola juga melakukan strategi pemasaran dengan mengambil alih beberapa perusahaan minuman seperti Minute Maid dengan jenamanya Minute Maid, Snow Crop dan Hi.

3.Brand loyalty

Sebagai market leader bagi produk minuman ringan, namanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Brand loyalty produk ini sudah melekat kuat di ingatan masyarakat sehingga kini. Walaupun pesaingnya berpusu-pusu menghasilkan pelbagai produk baru, Coca Cola tetap mendominasi pasaran kerana keunikan rasa dan strategi pemasarannya yang berkesan tetap membuatkan masyarakat setia kepadanya.