4 Cara Pantas Memajukan Perniagaan PopCorn

0
1911

Perniagaan makanan boleh dikatakan tidak akan pudar. Perkara ini kerana makanan akan selalu diperlukan oleh setiap orang. Dan keadaan ini serupa untuk semua jenis makanan termasuk makanan ringan.

Popcorn merupakan salah satu makanan ringan yang digemari ramai. Oleh kerana itu, peluang untuk perniagaan popcorn berkembang sangat besar.

Selain daripada berkhasiat, popcorn juga dapat dinikmati bila-bila masa saja. Dan yang paling penting, bahan asas perniagaan ini juga murah. Jadi margin keuntungan dapat mencapai tahap yang cukup tinggi.

Jika Anda berminat dengan perniagaan ini, ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan.

popcorn2

Pelan Perniagaan

Anda perlu membuat pelan perniagaan popcorn dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat Anda masukkan ke dalamnya, seperti:

  • Jenis popcorn, seperti popcorn rendah lemak atau jenis lain

  • Perisa popcorn. Anda perlu merancang khusus perisanya. Ini kerana, rasa merupakan senjata utama Anda dalam bersaing dalam dunia perniagaan popcorn. Contoh rasa yang dapat Anda masukkan, seperti rasa masin, manis dan lain-lain.

Pilih Pelanggan Anda

  • Tentukan lokasi dan cara memasarkan produk popcorn Anda. Anda boleh menjual secara runcit, membuka booth atau menyewa lokasi di depan kedai.

  • Bungkusan popcorn yang akan Anda gunakan

  • Aliran wang perniagaan Anda. Hal ini penting dalam menghadapi naik turunnya jualan.

Peralatan

Sediakan peralatan yang diperlukan. Anda boleh membeli alat menggoreng popcorn dan membungkus popcorn, jika Anda mempunyai satu lokasi tetap untuk berjual. Jika Anda merancang untuk menjaja di beberapa tempat, pilih alat pembuat popcorn yang mudah dialih.

Sediakan peti sejuk jika diperlukan. Sebenarnya, popcorn dapat disimpan lama jika dibungkus dengan baik, tanpa peti sejuk. Tetapi, jika Anda menambah mentega, maka peti sejuk diperlukan.

Pastikan juga peralatan dan tempat anda membuat popcorn adalah bersih.. Pastikan Anda mendapat kebenaran daripada Jabatan Kesihatan untuk perkara ini.

popcorn1

Bahan Asas dan Bungkusan

Anda boleh membeli bahan asas daripada pengedar yang Anda kenali. Atau Anda juga boleh menggunakan khidmat kedai online. Sekarang, sudah banyak kedai online yang menyediakan bahan asas secara borong.

Bungkusan juga perlu Anda pilih. Jika Anda menjual di booth, pastikan bekas popcorn dibuat dengan menarik. Pamerkan logo dan nama produk Anda pada bekas popcorn tersebut.

Jika Anda ingin membungkus dan menjualnya secara runcit, pastikan Anda menyertakan informasi komposisi, berat produk dan lain-lain. Jangan juga lupa kontak perniagaan Anda.

popcorn3

Pemasaran

Gunakan semua kaedah pemasaran yang senang Anda buat. Contohnya, rekaan menarik pada booth Anda, demonstrasi produk Anda, pemberian sampel rasa dan lain-lain.

Kunci keberhasilan perniagaan popcorn adalah inovasi rasa. Oleh itu, Anda harus pandai dan peka terhadap faktor ini. Selalu melakukan kajian, ciptakan rasa baru yang dapat memuaskan citarasa pelanggan.