Faktor Produk Tak Laku

0
756

Bukan sekali atau dua kali sesuatu perniagaan mengalami kegagalan kerana produknya tidak laku. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan produk tidak laris. Tetapi kadang-kadang seorang pemilik perniagaan tidak benar-benar sedar masalah sebenar yang menyebabkan produknya tidak laris di pasaran.

Jika seseorang usahawan memahami kesilapan yang dibuat, ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka bangkit semula dengan tujuan memperbaiki kesilapan yang telah dibuat.

 

Oleh itu, berikut adalah lima perkara utama yang sering menjadi faktor produk tidak laris:

Kurang promosi. Pelanggan mungkin tidak mahu membeli produk anda kerana kurang menarik atau terlalu mahal, tetapi boleh jadi juga kerana pelanggan tidak tahu akan kewujudan produk anda. Pelanggan boleh menyedari kewujudan produk anda melalui promosi, jadi promosi adalah perkara penting bagi sesebuah perniagaan. Di masa akan datang, tekankan aspek promosi untuk memperkenalkan produk anda kepada orang ramai.

Kalah dengan pesaing. Berhati-hatilah dalam membuat produk; dari segi kualiti, harga hingga bungkusan. Anda boleh memerhatikan pesaing anda untuk memahami pola persaingan dan sekurang-kurangnya daya jual produknya. Pelanggan membeli kerana faktor tertentu, jadi wujudkan alasan untuk pelanggan membeli produk anda.

Produk anda kurang jelas. Maksudnya, kadang-kadang pelanggan tidak memahami faedah penggunaan produk anda, kegunaannya dan kenapa mereka harus membeli. Kembali kepada  faktor kedua tadi, ciptakan alasan untuk pelanggan membeli dan sebarkan alasan itu ke pasaran.

Salur penjualan gagal Kadang kala masyarakat sedar kewujudan produk anda, tahu akan manfaatnya tetapi tidak tahu di mana untuk membelinya. Walaupun ada keinginan, mereka tidak akan membeli. Jadi pastikan salur pengedaran anda baik dan tepat.

Proses pembelian rumit. Adakalanya anda menemui sebuah produk yang menarik, tetapi akhirnya anda tidak jadi untuk membeli kerana leceh cara membelinya. Ini mungkin juga menjadi faktor produk tidak laku. Jadi elakkan cara penjualan yang rumit bagi produk anda.