Tips Mengawal Pengeluaran Perniagaan (Apabila Diusahakan Oleh Orang Lain

0
1011

• Lakukan kawalan pada catatan pengeluaran secara berkala, misalnya setiap hari untuk pengiraan jumlah, pengiraan mingguan, atau setiap bulan. Buatlah sistem perbelanjaan kewangan ini diser takan dengan saksi.

• Apabila melakukan transaksi pengeluaran perlu disertakan tanda bukti pengeluaran seperti nota, resit tanda terima, dan sebagainya. Maka pemilik perniagaan dengan mudah boleh melakukan pemeriksaan pengeluaran kerana dapat merujuk dari dokumen sokongan yang di sertakan.

• Untuk perniagaan makanan kiosk bergerak yang sudah berkembang dan memiliki banyak cawangan, sebaiknya pembelian bahan mentah mestilah melalui agen atau pembekal supaya dapat mengawal pengeluaran kerana terdapat dokumen sokongan sebagai bukti yang dikeluarkan oleh mereka.

• Pengeluaran yang akan dilakukan, perlu dirancang terlebih dahulu (seperti anggaran perbelanjaan) contoh: setiap 25hb, pembayaran gaji pekerja dan sebagainya. 26hb, perbelanjaan bahan tambahan secara bulanan dan sebagainya. Sehingga anda dapat menyediakan jumlah kewangan yang cukup dan adanya kawalan dalam penerimaan jumlah wang kepada pekerja. Jangan memberikan keseluruhan wang perniagaan pada orang lain untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini seperti penyelewengan. Berikanlah wang tunai yang nilainya tidak besar untuk perbelanjaan kecemasan dan mempermudahkan transaksi pembelian yang harus dilakukan.

• Buat bajet untuk pengeluaran dalam nilai tertentu (nilai besar) untuk mendapatkan persetujuan dengan tandatangan anda.

• Bila kewangan dipegang pihak lain, persetujuan pengeluaran dalam jumlah tertentu harus ditandatangani walaupun anda secara lisan sudah mengetahuinya.

Contoh: Pengeluaran dalam jumlah di atas RM1, 000  harus mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.