10 Perkara Yang Menyebabkan Anda Gagal Menjual

0
95

Sebagai seorang pekerja atau pengusaha perniagaan yang ditugaskan dalam bidang penjualan dan pemasaran, komunikasi yang baik adalah kunci yang penting. Meski pun penampilan luaran nampak cool, tetapi jika komunikasi kurang efektif maka strategi penjualan yang diterapkan tidak akan membuahkan hasil. Keadaan semakin teruk dengan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan para jurujual.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang banyak dilakukan dalam berjual:

1. Terlalu Banyak Bercakap
Mendominasi perbualan dalam memperkenalkan produk yang anda tawarkan boleh menjadi boomerang dalam pemasaran perniagaan anda. Gunakan perkataan-perkataan yang padat, namun jangan lupa tokok tambah seperlunya.

2. Tidak lengkap
Melakukan apa sahaja separuh jalan adalah perkara yang tidak baik. Persiapan lengkap dalam mempersembahkan jualan termasuklah secara mental, fizikal, pakaian, kelengkapan produk dan sebagainya.

3. Tidak Melakukan Kajian
Kegiatan kajian yang sering dilakukan oleh syarikat besar, dapat memberi gambaran umum sebelum terus memasuki pasaran. Sebaik-baiknya anda juga harus melakukan kajian, misalnya dengan memerhati habit pelanggan di sesuatu kawasan atau menentukan lokasi yang tepat dalam mengadakan penjualan jika perniagaan anda bersifat mobile. Ini untuk memastikan kerja-kerja promosi dan persembahan produk anda tidak sia-sia.

4. Memberi Maklumat Produk Yang Kurang Memuaskan
Kesilapan yang sering dibuat adalah memberikan maklumat yang kurang tepat dan mengelirukan. Pembeli yang pintar akan memberi persepsi yang negatif terhadap usaha anda.

5. Kurang Maklum Balas
Kurang maklum balas terhadap pertanyaan atau pendapat pelanggan juga dapat menggagalkan usaha anda. Memberi maklum balas merupakan salah satu kemestian bagi menunjukkan penghargaan terhadap para pelanggan.

6. Terlalu Awal Mengajukan Soalan “Beli yang mana?”
Ramai jurujual yang hanya penerangan ringkas dan terus bertanya “Mahu beli yang mana?”. Kadang kala ada yang lansung tidak memberi salam tetapi terus menyambut kedatangan calon pembeli dengan pertanyaan tersebut. Cara ini kurang berkesan kerana ia dapat memberi tekanan psikologi kepada calon pembeli sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa.

7. Banyak Janji dan Bercakap
Jika anda menawarkan produk anda dengan konsep hiperbola, terlalu menokok-tambah, maka tiada bezanya dengan penjual ubat yang mencanangkan dagangannya dan berteriak-teriak di tengah pasar.

8. Terlalu Kerap Mengkritik Produk Pesaing
Membandingkan suatu jenama dengan jenama lain adalah hal yang wajar dalam menarik minat beli pelanggan. Namun jika dilakukan tanpa tujuan kukuh dan terlalu banyak mencemuh produk pesaing, maka anda sendiri yang akan nampak hina kerana strategi tersebut.

9. Menggunakan Gaya Percakapan Yang Senada
Pembeli datang ke tempat anda dengan pelbagai kerenah dan pelbagai usia. Jadi dalam komunikasi, belajarlah mengadaptasikan diri dengan pelbagai ragam tersebut.

10. Tidak Mampu Memahami Keperluan Pembeli
Sama dengan perkara ke-9, setiap orang mungkin mempunyai keperluan dan kepentingan yang berbeza-beza. Anda harus cuba memahami dan menyelidiki keinginan sebenar dan keperluan konsumer anda.

11. Leka Berdebat
Terdapat calon pembeli yang mungkin ragu dan tidak bersetuju dengan produk atau pendapat anda. Memaksa mereka untuk menerima pendapat anda hanya akan membawa kepada perdebatan panjang. Elakkan dari berbuat demikian dan mengalahlah sekali sekala.

12. Suasana Tegang
Kesilapan lain yang sering dilakukan dalam menawarkan produk atau perkhidmatan kepada para pelanggan adalah suasana yang kurang menyenangkan. Untuk itu, selain daripada menyediakan tempat yang selesa, suasana perbincangan yang bersahaja harus diadakan. Maka senyumlah dengan ceria.

13. Menunjukkan Raut Wajah Kecewa
Sesiapa pun pasti akan merasa kecewa jika apa yang telah diusahakan tidak mendatangkan keberhasilan; ini termasuk ketika menawarkan produk dan gagal menarik minat calon pembeli. Jadi, jika dapat jangan tunjukkan raut wajah kecewa atau marah bila calon pelanggan tidak jadi membeli. Jika anda tetap tersenyum menerima keputusan calon pembeli, maka percayalah suatu hari nanti mereka akan mempertimbangkan apa yang anda tawarkan.