4 Ciri-Ciri Kafe Hipster Malaysia

0
448

HIPSTER 1

Kafe hipster sebenarnya terma yang baru untuk rakyat Malaysia. Asalnya idea kafe ini diambil dari konsep barat yang rakyatnya sukakan tempat untuk bersantai sambil minum kopi. Kewujudannya di

Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sejak 2015 ia semakin berkembang. Ramai memilih untuk mencuba kafe-kafe hipster yang wujud di sekitar kawasan mereka terutamanya golongan muda yang suka relaks dan lepak bersama kawan-kawan. Google sahaja carian kafe hipster, berlambak senarai yang di cadangkan untuk anda pilih. Mari kita kenali apa sebenarnya ciri-ciri kafe hipster ini.

 

1) DESIGN UNIK

Setiap kafe hipster akan dilengkapi dengan satu konsep seperti gaya Urban, gaya English, gaya Retro Moden, Tradisional dan sebagainya. Siapa sahaja tidak suka untuk bersantai di tempat-tempat menarik seperti ini. Bahkan ada kafe yang menyediakan sudut untuk pengunjung bergambar sebagai kenang- kenangan. Kalau dahulu, susah hendak mencari tempat makan yang menitikberatkan hiasan dalaman dan hanya golongan berpedapatan tinggi sahaja selalunya mengalaminya. Kini kafe-kafe menarik ini mudah sahaja didapati di mana-mana.

2) SIGNATURE

Kafe hipster pasti ada signature mereka sendiri. Apakah dimaksudkan dengan signature? Ianya satu produk atau ciri-ciri paten yang unik yang membuatkan ianya berbeza dari yang lain. Pelanggan biasanya mahu datang lagi kerana teringat ingat signature dish kafe tersebut seperti menu utamanya yang enak. Contoh lain seperti Chemistry Cafe Lab yang menggunakan conical flask sebagai signature product mereka. Setiap pengunjung yang memesan air akan dihidangkan dalam peralatan makmal tersebut. Terdapat juga kafe-kafe lain yang menghidangkan makanan atas landas dan minuman yang disediakan bersama picagari untuk diminum. Kesemua keunikan selalunya ini diterima baik dan disukai oleh pengunjung.

3) HIDANGAN BARAT

Hidangan barat ini tidak lari dari menu utama kafe hipster kerana ia salah satu ciri yang menyumbang kepada konsep ini. Selalunya hidangan basic yang ditawarkan adalah seperti spaghetti, lasagna, churros,  nachos, dan sebagainya. Untuk menepati citarasa rakyat malaysia, terdapat juga kafe memilih untuk tidak mengecualikan masakan Malaysia dan mencampurkan kuisin barat dan tradisional sebagai menu seperti laksa, tomyam nasi ulam dan lain-lain.

4) KOPI

Pelbagai jenis minuman dihidang dan sudah tentu bukan namanya kafe kalau tidak menghidangkan kopi sebagai sebahagian menu mereka. Bersantai dengan kopi berasap dan latar muzik yang menenangkan memang fuh! Selain itu, biasanya kafe hipster menyediakan pelbagai jenis kek, wafel, penkek dan pastry untuk dinikmati bersama kopi seperti Latte dan Mocha. Terdapat juga kafe-kafe yang menawarkan air yang unik untuk pelanggan mencubainya seperti soda pelbagai perisa yang dihidang di dalam botol kaca berwarna-warni.

HIPSTER 2

KESIMPULAN

Apapun, kafe hipster memang satu peluang periagaan yang bagus mudah diterima oleh masyarakat Malaysia yang mahu lari dari hiruk pikuk dan berkumpul bersama-sama rakan-rakan dan keluarga

mereka. Harga hidangan yang ditawarkan kafe tersebut biasanya tidaklah mahal dan mampu milik.

Di http://www.usahawan.com/ kami menawarkan pakej perniagaan wafel, takoyaki dan lain-lain. Kami

juga mencipta peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil & sederhana.