4 Jenis Waffle Wujud Yang Tak Diketahui Ramai

0
644

Waffle adalah adunan atau doh yang dimasak di antara dua plat bercorak untukmembentuk saiz, bentuk dan permukaan yang dikehendaki. Teksturnya rangup dan lembutsedap dimakan waktu masih panas. Terdapat banyak variasi berdasarkan jenis bentukalatan waffle dan resipi yang digunakan. Waffle dikenali di seluruh dunia, terutamanya diBelgium, Perancis, Belanda, Jerman, Poland, Hungary, Scandinavia, Hong Kong, danAmerika Syarikat dan semestinya Malaysia. Berikut adalah 4 jenis waffle yang patut andatahu:

 

bubble waffle

1) Bubble Waffle

Bubble waffle yang popular sebagai makanan segera jalanan turut dikenali di negara barat sebagai “egg puff”. ia merupakan olahan daripada waffle dan teksturnya lebih menyerupai bubble (gelembung- gelembung kecil) atau butiran telur yang bercantum dengan penampilan menarik. Bubble waffle amat sesuai dimakan semasa sarapan pagi, tengah hari, makan malam atau dijadikan sebagai snek.

 

waffle cartoon

2) Cartoon Waffle

Cartoon waffle semakin mendapat perhatian di Malaysia. Keunikan waffle ini terserlah dengan pelbagai bentuk yang wujud menarik perhatian khususnya kanak-kanak yang menggemari watak kartun kegemaran mereka. pelbagai variasi bentuk wujud dan mengikut karakter-karakter polpular seperti watak Doraemon, Pikachu, Hello Kitty yang comel dan banyak lagi.

 

waffle stick

3)Waffle Stick

Ramai yang tidak tahu kewujudan waffle stick ini namun sekali pelanggan sudah rasapasti akan dicari lagi berikutan ciri-cirinya yang unik. Waffle stick didatangi dengan inti sosej mahupun pisang atau jem pelbagai perisa. Pelanggan boleh memilih mengikuti cita rasa mereka.

 

waffle classic

4)Classic Waffle

Waffle ini tidaklah asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia mudah didapati sama ada di pasaraya mahupun gerai-gerai kecil di tepi jalan. Bentuknya berlekuk petak dan dihiasi dengan jem ataupun pelbagai toppings seperti pisang dan manik berwarna warni. Coklat seringkali dijadikan pilihan utama sebagai perisa.

Usahawan.com menawarkan pelbagai pakej perniagaan waffle yang mampu milik.Hubungi hotline 1-300-888-114 atau layari www.usahawan.com