5 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Gagal

0
1509

1. BERPUTUS ASA BILA SEMAKIN SUSAH
Kebanyakan usahawan muda hanya benar-benar serius pada kali pertama tetapi mereka cepat bosan dan mereka cepat penat mencuba. Daripada mengharungi separuh jalan, anda perlu teruskan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sekarang, belajar daripada kesilapan dan cuba bangkit untuk menjadi salah seorang daripada beberapa usahawan yang berjaya sejak kali pertama mereka mendirikan perniagaan.

 
2. TIDAK BERFIKIR MASA DEPAN PERNIAGAAN
Antara salah satu ciri usahawan yang tidak berjaya adalah tidak berfikir untuk masa depan sesebuah perniagaan. Usahawan gagal kerana kurangnya perancangan. Jika anda tidak boleh benar-benar melihat diri anda dan bagaimana perniagaan anda jauh ke masa depan hari ini,  maka anda berada di jalan kemusnahan. Mengapa anda beranggapan perniagaan hanya demi hari ini sahaja semata-mata? Disebabkan anda tidak memikirkan tentang masa depan, keperluan untuk terus meningkatkan prestasi dan strategi akan dirasakan kurang penting dan hasilnya, anda akan dikalahkan oleh orang-orang yang berjaya konsisten dalam membina masa depan perniagaan mereka. Pelan bertulis membantu anda untuk membangunkan idea-idea dalam perniagaan anda.

 
3. TERLALU BANYAK PERSAINGAN
Jika anda tidak mempunyai pesaing maka idea anda mungkin terkeluar ataupun asing dari masyarakat umum dan pasaran. Persaingan adalah sesuatu yang sihat, walau bagaimanapun,  persaingan yang terlalu banyak sepanjang masa boleh membunuh perniagaan kerana anda mungkin tidak boleh menghadapinya jika anda baru bermula lagi-lagi berhadapan dengan syarikat-syarikat besar.

 
4. KURANG ILMU PERNIAGAAN
Usahawan yang gagal tidak melihat keperluan untuk meningkatkan ilmu perniagaan kerana hanya beranggapan perniagaan adalah berapa banyak wang yang anda boleh hasilkan dengan hasil jual beli. Bagaimana anda mengetahui cara meningkatkan ilmu pengetahuan? Jika anda sedang membaca artikel ini maka syabas diucapkan. Dengan secara konsisten memberi tumpuan kepada pembangunan diri melalui pembacaan (buku, blog, majalah, dll),
menghadiri seminar, latihan pembangunan perniagaan, program mentor atau jurulatih, sertai keahlian kelab2 perniagaan, khidmat nasihat pakar, dan lain-lain adalah antara cara meningkatkan pengetahuan.

 
5. TIDAK MEHAMAMI KEHENDAK PELANGGAN
Perniagaan anda akan gagal jika anda mengabaikan untuk memahami apa yang pelanggan anda perlukan dan tidak mempedulikan maklum balas mereka. Pelanggan anda mungkin suka produk atau perkhidmatan anda tetapi, mungkin mereka akan lebih suka jika anda menukar ciri-ciri ini atau mengubah cara servis.
Adakah pasaran anda menurun? Adakah mereka juga masih berminat dalam apa yang anda jual? Mungkin anda menawarkan produk atau perkhidmatan yang agak kebelakangan dan tidak mengikuti trend semasa.Antara ciri usahawan berjaya adalah mengetahui trend dan minat pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi.