Heat Press adalah satu cara untuk meletakkan karya anda sendiri pada item pakaian atau aksesori
peribadi seperti topi. Satu reka bentuk, imej atau teks yang dicetak dikenakan ke atas baju, beg tote
atau item fabrik lain menggunakan haba dan tekanan yang konsisten dan sama rata dari heat press.
Berikut antara tips tambahan yang membantu proses heat press agar lebih berkualiti hasilnya:
1) Gunakan perisian grafik untuk membuat atau mengedit karya seni T-shirt anda. Flip secara
mendatar (horizontally) imej atau karya seni yang menggunakan perisian tersebut untuk
membalikkannya untuk material Vynil atau Sublimation Paper sahaja. Manakala untuk Dark
Transfer Paper imej tidak perlu diterbalikkan.
2) Cetak imej tersebut ke atas Sublimation Paper atau untuk Dark Transfer Paper.
www.usahawan.com adalah salah satu syarikat yang menjual kertas jenis ini.
3) Anda juga boleh menggunakan seterika sebagai sumber haba untuk memindahkan karya seni ke
T-shirt atau item fabrik lain. Tetapi, seterika TIDAK akan dapat untuk memberikan tahap haba
dan tekanan yang sama rata dan konsisten seperti heat press. Sebaiknya jangan gunakan
seterika.
4) Pencetak inkjet adalah yang terbaik untuk percetakan heat press kerana dakwat pencetak biasa
pada T-shirt atau item lain yang boleh dibasuh dan tidak kalis air. Untuk Sublimation paper
gunakan Sublimation Ink manakala Dark Transfer Paper gunakan Pigment Ink.
5) Gunakan heat transfer paper profesional yang berkualiti untuk mendapatkan hasil pemindahan
yang lebih tahan lama dan kualiti yang lebih baik, terutamanya jika anda membuat T-shirt
sebagai sumber kewangan.
6) Jangan dalam sebarang keadaan mencetak transfer page dari pencetak yang berbeza daripada
tujuan ia direka. Menggunakan inkjet transfer paper dalam pencetak laser akan merosakkan
elemen pemanas dan motor pencetak secara kekal.
7) Jangan gunakan tekanan yang terlalu kuat menggunakan Heat Press. Dikhuatiri akan
merosakkan sendi mesin atau mungkin boleh menyebabkan item seramik boleh pecah.
8) Cetak sekurang-kurangnya dua minggu sekali walaupun tiada aktiviti pencetakan kerana
dikhuatiri dakwat akan beku di printer terutamanya bagi pigment ink. Ini bagi memastikan
dakwat mudah mengalir.
Lawati http://www.usahawan.com/ untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga
kecil & sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang
membantu menjimatkan kos anda!