Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Cetak T-Shirt dengan Mesin Heat Press

0
3641

Perniagaan pencetakan t-shirt adalah merupakan industri yang murah untuk memulakan dengan operasi skala kecil, sesuai untuk usahawan yag baru menapak. Untuk memulakan perniagaan t-shirt, kaedah heat-transfer dan dakwat ink jet hanya memerlukan latihan yang tidak berat berbanding kaedah lain.

Operasi ini tidak memerlukan banyak ruang dan boleh dijalankan sama ada dari rumah atau bilik yang sedia ada.

Langkah 1

Tentukan sama ada ingin memulakan pencetakan material vinyl, dark paper atau sublimation paper. Untuk material vynil, anda memerlukan mesin cutting plotter untuk memotong design.

&nbs

Langkah 2

Mendaftar nama perniagaan anda dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tiada permit khas atau perlesenan diperlukan untuk menjalankan perniagaan cetakan t-shirt.

 

Langkah 3

Hubungi pembekal bahan cetakan tempatan untuk mengetahui cara operasi pencetakan t-shirt yang betul seperti Usahawan.com. Kami berpengetahuan dalam perniagaan percetakan dan boleh membantu membawa anda ke arah yang betul, menyediakan bantuan dari segi teknikal dan juga memberi latihan sehingga anda benar-benar mahir.

 

Langkah 4

Membeli peralatan anda dan menggunakannya mengikut arahan. Anda boleh menggunakan komputer di rumah anda, ia akan memerlukan software seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Paint atau Microsoft Word dan mesin  seperti heat press single, heat press combo 8 in 1, heat press combo 4 in 1/

 

Langkah 5

Berlatih membuat pencetakan t-shirt sebelum anda benar-benar mengambil tempahan secara serius.

 

Langkah 6

Buat pengiklanan dan pasarkan perniagaan anda kepada organisasi tempatan, sekolah dengan mengedarkan kad bisnes dan fliers.

Langkah 7

Buat satu file contoh-contoh design yang boleh dicetak supaya pelanggan anda mendapat gambaran kepada t-shirt keinginan mereka. Tunjukkan kepada pelanggan contoh t-shirt yang sudah dicetak dalam saiz, warna yang sama.

 

Langkah 8

Tunjukkan pelanggan bukti reka bentuk yang dicetak dari pencetak komputer anda dalam saiz yang tepat dan warna yang anda akan gunakan untuk mencetak baju. Buat perhatian khusus kepada ejaan untuk mengelakkan kemungkinan kesilapan nama, perkataan.

 

Langkah 9

Mula cetak baju dan kutip bayaran. Tanya pelanggan maklumbalas dan apa yang boleh anda baiki untuk membant mengembangkan bisnes anda.

 

Layari www.usahawan.com untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil dan sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang membantu menjimatkan kos anda bersama dengan bantuan teknikal dan latihan percuma!